Tuesday, October 5, 2010

enggak bisa



korang suka layan tak drama atau cerita dari seberang???




mesti suka kan kannnn???




Dulu glamer dengan Bawang Putih, Bawang Merah..sekarang ni ada macam-macam drama bersiri Indonesia. Episodnya sampai beratus pun ada. Naik muak dah tengok. Sejak bila mula drama bersiri dari seberang ni pun aku tak pasti...





(pic from google)






Yang pasti, aku tak berapa suka nak layan cerita-cerita ni. Dulu ada la layan sekejap bawang putih bawang merah tu..pastu dah malas dah nak tengok. Buat aku sakit jiwa je. hehehe.. iya, pelakon-pelakonnya begitu mantaaappp sekali lakonannya.. kalau bawak watak jahat tu memang mengundang berbakul-bakul aje makian masa tengok tu..hehe..





sebab tu malas nak tengok. hihihihi..






entahlah. tak tahu kenapa tapi cerita dari seberang ni tak banyak yang boleh aku suka. Yang aku suka sebelum ni ada satu, eiffel, im in love!





(pic from google)





ha..satu tu je yang aku beli dvd nya..and kadang-kadang layan lagi bila bosan. hehehe..



tengok jela cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..dah berkurun baru la aku nak tengok. Tu pun husband dok paksa-paksa tengok. hahahaha..dah tengok, terus suka. ;)






Lagu-lagu dari sana pun aku kurang gemar. Setakat nak dengar ke..nak karaoke tu boleh la...tp bukan jadi kegemaran..uh, ini bukak entry@statement berlagak ke ape.. cuma aku tak berapa gemar dengan drama@lagu dari sana..walaupun karya mereka hebat-hebat belaka. Lain orang lain tastenya..







Pernah aku tanya husband (masa tu br jd tunang) dia suka ke layan lagu Indonesia tu..sebab bukan main banyak lagu dia tahu..siap boleh nyanyi sekali..hehehe..






sekarang ni banyak sangat dah band dan lagu-lagu dari sana. Janganla tanya aku..langsung tak tau.hehehehe..






tapi kalau bab shopping dan joli sakan..haaa..aku sukaaa!!! suka shopping kat Jakarta @ Bandung...atau kat mana2 part of Indonesia..waduhhhh!!! syokkkk!!!! Datang sana terus jadi jutawan gitu.. ;)





hehehehe...




opsss! sudah lari topik..hehehe..nanti kita buat entry lain citer pasal jenjalan and shopping-shopping ni ya! ;)




Monday, October 4, 2010

menu kedai mamak


weeehhhuuu..!! kenyang perot suka hati..lalalalalala~


sekarang dah 12 lebih. Mata dah kuyu sebenarnya. Tunggu husband belum balik lagi. Assignment pun baru siapkan sikit. Kepala dah ting tong cam orang terover dose. suma gara-gara menu dari kedai mamak.



menu hape???



okay okay.



sebelum tu nak tanya ape menu kegemaran korang kalau ke kedai mamak?


i guess most malaysian suka makan kat mamak nih kan kannnn?? including chinese. i saw lots of chinese makan roti canai kat mamak. ;) 1Malaysia! hihihihihi





kalau aku...jaaaarang sangat order roti canai. melainkan kat beberapa kedai favourite my parents kat kampong yang super duper sedap nyummmyyy nyummmyyy dia punya roti canai. Tapi bukan mamak buat.hehehe..warung orang melayu..orang kampong.hehehe..





Biasanya kalau ke mamak ni yang aku suka order ialah... TOSEI dengan NAN!




pergggghhhhh!! terbaiklaaaa..!!




kalau kat U dulu, memang mamak tu tau muka aku ni memang sukaaaa order TOSEI..sebab nan biasanya lewat petang baru ada kan? so pagi-pagi tu suka la nak order TOSEI..


mamak! cam biasa ye!!


hahaha..sampaikan kalau aku lalu depan kedai tu sure dia tanya..


dei, arini tak makan tosei ka???


hahahaha..sengal tau mamak ni!



entah kenapa suka sangat tosei ni..sedap! nipis dan tak rasa berminyak. lagi besh kalau crunchy!! kadang-kadang dia bagi sampai 4 jenis kuah..dari kari, dalca, sambal merah dengan sambal lemak hijau dia tu..kalau dapat camtu, aku akan cicah dari satu kuah ke satu kuah yg lain..hahaha..




tadi mengidam sangat nak makan nan. Lama dah rasanya tak makan. Dulu time dating dengan husband suka naaauu order garlic nan..pastu mula la berlaga-laga angin dalam perut.hahahaha..



(husband tapaukan nan dengan ayam tandoori)



sekarang ni dapat nan biasa pon da sedap menjilat jari. plus dengan ayam tandoori..uh! terangkat you!!



ouch..memalam citer pasal makanan pulak ek.hihihi



lagi satu yang aku suka makan kat kedai mamak....MEE GORENG MAMAK!



fuhhh!!! rasanya ramai suka ni kan kaaannn??




Ingat lagi masa baru beberapa hari kahwin..masa tu kan tengah sibuk dengan World Cup..so temankan lah husband baru balik makan kat mamak sambil tengok bola. Kami order mee goreng...dia punya sedap sampai habis licin aku makan..banyak gila mamak tu bagi tuk satu pinggan. Tapi aku boleh abis makan..geleng kepala cik abang aku tu..



tak sangka wife dia ni kebulur tahap naga dok bertapa dalam gua tak makan 10 tahun.


hahahaha!!



tapi ape-ape pun pilih la kedai yang bersih ye..kang makan sakit perut pulak keracunan..




Sunday, October 3, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER


baru terfikir berkira-kira nak cerita pasal ape untuk entry ahad ni tetiba bila singgah blog BEN ASHAARI ada lagi open tuk blog list. so, ape lagi? boleh la join..hehehe..tumpang glamer kat En. BEN ni ha.. ;)



adios!





Friday, October 1, 2010

peneman siang malam ku sudah kembali disisi!!!


setelah sekian lama hari ku sepi dan suram. tanpa dia disisi...menemani siang dan malam. menceriakan hidup seharianku..penawar duka dihati..oh, sekarang dia sudah kembali disisi..kembali menemani aku dikala aku kesunyian..keseorangan..



woopppsss!!!


aku melalut sudah.


hahahaha


cerita bersiri kegemaran aku sudah kembali. Dah boleh mula download semula setelah lama senyaaapp je.. ;)


Desperate Housewives, How I Met Your Mother, Grey's
Anatomy, Private Practice..etc.

hehe..actually banyak yang aku nak layan tapi sebab hard disk aku sentiasa full, dok keje burn dvd sampai dah bersepah-sepah dvd aku.hahaha..


yeah, cerita-cerita tu semua mengisi masa lapang aku. Menemani aku bila bosan..bila tak tahu buat ape..bila tengh moody..bila tengah tension..bila tengah seronok..semua situasi la! Memang syok..kadang-kadang layan balik siri friends..semua season aku ada. syok sangat. Cerita bersiri tu semua bagi kesan pada aku. Ah, aku pernah juga cerita pasal siri kegemaran aku dulu. Mungkin di blog lama. tak ingat dah.



Kadang-kadang..bila tengok How I Met Your Mother and FRIENDS, aku rasa seronok bila ada kawan-kawan yang sangat close..yang dah macam keluarga..dah macam darah daging sendiri. Kenal perangai dan hati budi. Sampaikan nak grow old together. hehehe..bila kawan susah, ada yang menolong..(tapi pasal culture yang diorang amalkan tu memang tak boleh nak kata ape lah..itu life diorang as non muslim. Tak yah nak ikut..)



(pic from google)

ada ke kisah macam tu in real life ek?


maybe ada..cuma bukan in my real life. Tak kesah la..ape-ape pun memang sudah sukaaa la suma cerita bersiri tu. oh, desperate housewives..macam sesuai je dengan title aku.hahahaha..desperate ke??


;) ;)



bermula la sesi mendownloaaaddddd!!!



jom layaaaannn


............................................................


ps: oh..lupa diri pulak yang assignment tengah berlambak lambaaakkk.. ;(



Thursday, September 30, 2010

...you are amazing..just the way you are!


penutup entry untuk bulan september. Bulan yang penuh dengan ke'busy'an. maafkan hamba kerana merosakkan bahasa ibunda kita. ;)


hari ini, 30 september 2010..hari lahir my mOm yang ke 57 tahun. Juga hari lahir my friend, aya..yang ke 26.

semoga kalian berdua panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..ameenn!!


takde bagi hadiah ape kat mak kali ini. Tak tahu nak belikan ape sebenarnya. Tunggulah nanti kalau aku dah kerja, belikan dia handbag LV or CHANEL ke..hehehehe..ya ampun, entah bila laaa..kalau blog aku ni glamer gempak habis buleh la kan..dapat income beribu-ribu ko! ;)) uh, entah bila juga laaa..


tapi, rezeki yang Tuhan beri pada setiap hambaNya berbeza-beza kan?


oh, i made oreo cheese cake for my mOm. Since rumah xde oven, makanya mencari resepi yang tak memerlukan sesi 'pembakaran'.. terjumpa pulak resepi yang simple and mudah..so buleh la..kali ke dua aku try cheese cake nih..memang sedap dan mudah. MUDAH ye..bukan MURAH. hehehe..well known la..bahan buat cheese cake nih bukan murah.. ;)

okay..bahan-bahannya..

biskut oreo (lg byk lg sedap wo!)
90gmbutter or marjerin
250gm creamcheese
200ml whipping cream
100gm gula kastor (leh adjust)
15gm gelatin (rendam dgn air panas dan sejukkan)
lemon

Memula..hancurkan biskut oreo..ada yang kata buang cream kat tengah tu. Tapi sebab aku TAK SUKA MEMBAZIR plus NAK MUDAH aku just blend kasi hancus lebur biskut tu..hehehe..pastu buh butter or marjerin yg dicairkan. aku tak timbang sgt pun..main agak-agak.

oh, bukan sebab aku dah HEBAT or PRO..tapi sebab takde penimbang..maafkan hamba ya.. ;D

hehehehe


okay..teruskan..dah gaul-gaul pastu penyek-penyek kan biskut tadi dalam loyang.masukkan dalam peti ais selama 30min (aku nak cepat, bantai letak
dalam tempat beku..muahahahaa)

pastu, pukul whipping cream..sampai pekat. dalam bekas yang lain pukul cream cheese..masukkan gula dan pes lemon (ikut suka laa..suka masam, buh banyak cket) dan juga gelatin tu. dah kembang dan sebati masukkan pula whipping cream yang dipukul mula-mula tadi..pastu masukkan cket biskut oreo yang dihancurkan..(tok sah hancur sangat la..baru syok)

dah siap..tuang atas loyang tadi.masukkan dalam peti ais..lagi lama dia dalam tu lagi sedap..hehehe..tp aku nak cepat so masukkan dalam fridge..ehehe..

dalam kul 130pagi aku dan husband terus gerak balik kg..nk buat surprise kat mak.


taddaa!!


okayla kan..hehehe..sedap tau! hee..first time buat tak berapa jadi.kurang gelatin..hehehe

yang ni dah okay da..hehehe

aku hias guna lebihan white choc yang diwarnakan pink..plus benda warna warni tu..

kalau rajin, boleh la try!

(^,^)



...................................................................

ps: tetiba rasa mcm nak ponteng kelas pulak ptg nih..tp ada exam lor! huhuhu..






Monday, September 27, 2010

tiba-tiba terasa seperti tidak cukup 24jam sehari



Lamanya tak berhapdet blog ni??!!!! huhuhu..terasa banyak pulak sawang kat rumah aku nih.

hah! hambik kau! sebelum ni rasa macam terlebih-lebih masa tu..sampai dok asyik tido je keje nya kalau takde kelas. (huh, kantoi!) Sekarang ni rasa macam tak cukup pulak 24jam sehari tu.

Cant imagine kalau aku dah bekerja sepenuh masa, plus belajar (owh, lambat lagi nak habis..), plus ada anak nanti..(ameeennnn!)..huaaaa...!!!

Sekarang ni, aku tengah sibuk dengan assignment, presentation dan exam. Lagi sebulan setengah dah nak habis semester 1. So, macam-macam benda nak
setelkan. Busy tambah lagi dengan order choc yang tak putus-p
utus. alhamdulillah...rezeki kan? sampai tak tido ke subuh semata-mata menyiapkan order choc tu. yeah, aku buat sorang-sorang..takde assistant lagi. kadang-kadang je husband tolong. Tapi dia pun dah super duper keletihan dengan kerjanya tu.


minggu lepas, husband dapat lebih kurang 10 invitation open house
..tapi yang dapat kami attend cuma 2 termasuk satu di kl golf country club.

(pic-with husband's friends)

then, hari ahad wedding my friend kat kampong. sebelum pegi open house sibuk d
engan delivery choc kesana sini..my parents balik johor pulak. so dapat jumpa sekejap je.


(pic-congrats to both of you)

tak sabar pulak nak tunggu bila husband boleh cuti lelama. Dia hutang 'honeymoon' dengan saya nih! huhuhu..kami masih belom dapat ber
cuti lagi.. ;((


okay..tu je yang sempat nak cerita. tunggu la lepas habis exam ni mungkin mood baru seronok nak mengarang.. :)




Tuesday, September 21, 2010

back to reality

yeah..minggu ni ramai dah mula kerja. kebanyakan ambik cuti seminggu kan? aku cuti 2 minggu. hee..minggu ni dah mula kuliah seperti biasa..plus dengan assignment plus presentation plus exammm!!!


huaaa..


mana best? kerja ke belajar?


hehehehe..


dok uma juga laa yang besh!


hahaha..


pastu nak makan ape??


huuu~~



baru tadi dapat email from my leader in our group. sudah bising-bising. he's from oman. group aku nih international..macam-macam negara ada so macam-macam pe'el ada. adatlah kerja berkumpulan ni kan? seriusly aku rasa SANGAT TAK ENJOY masuk kelas tu. bosaaaannn sangat-sangat.


Banyak sebabnya. First, kelas terlalu ramai. Susah nak fokus. Kelas master ni aku rasa memang sangat TAK SESUAI kalau ramai-ramai..20 orang pun dah kira ramai. but what to do..huhu..ada satu kelas ni, just 5 orang je. pergghhhh! seronok betul. Sampaikan 3 jam tu rasa macam tak cukup je. Tak terlalu skema..tak terlalu ikut protokol. Kami boleh makan dan minum sambil belajar. soooo relaaaaax! kerjanya banyak gak but ape yang kami dapat dari kelas tu banyak sangat membantu..dan belajar banyak perkara...


apa-apa pun aku berharap dapat habiskan dengan baik dan cemerlang.


okay. enuf pasal study.


oh, korang jangan lupa jengah blog coklatku. hehe..sudah banyak yang menempah. Alhamdulillah..syukur~



bila bosan-bosan..leh buat coklat..

bila tensen-tensen..leh makan coklat..

hehehe


kalau nak order, jangan malu-malu tuk email ya!

izy_anmz@yahoo.com


insyaAllah akan balas secepat mungkin..







Sunday, September 19, 2010

raya oh raya II


Bulan lepas boleh dikatakan setiap hari berupdate. setiap hari buat entry. kadang-kadang sampai 2-3 entry satu hari. entah kenapa tiba-tiba super duper rajin nak update blog bulan lepas. Kalau tengok blog archive tu memang nampak sangat bezanya kan? hehehe



masuk bulan ni, jadi menurun pulak. mungkin sebab raya, maka masa jadi kurang pulak nak menulis.



okay. nak sambung cerita pasal raya. mood pon dah kembali pulih. ;)




Masa raya di rumah mertua, aku kena jadi chef. mak mertua banyak kali sebut nak suruh aku masak rendang. Mula-mula aku ingat just joking, tapi bila dah banyak kali...gulp!




nervous betul bila jadi main chef nih. mak mertua memang ikut je stail aku. kuah kacang pon aku masak sekali. Tapi kuah kacang tu aku dah praktis banyak kali time kat KL ni. Jenuh adik aku si yat merasa..dari sampai pahit kuah kacang tu (masa first time buat..) sampai dah jadi sedap hingga menjilat jari! hahaha..ayat tak leh blah.




pasal rendang tu aku memang TAK PERNAH buat sendiri. so mula la rewind balik masa aku tolong mak masak rendang time nak raya..




dengan confidentnya buat. campur itu ini. blend suma..tumis la bahan-bahannya..main agak-agak je berapa banyak bahannya tuk 2 ekor ayam. bila dah nak hampir siap masak, terus call mak. Masa tu mak mertua ke depan kejap. mak kata semua bahan okay tapi aku tertinggal 'secret recipe' mak. petang tu juga keluar kejap beli barang tu..




semua adik-beradik plus mak ayah mertua kata sedap! adik ipar bongsu aku, suhail memang tak lokek dengan pujian. pandai dia ambik hati kak ipar dia sorang nih. ' wahhh..sedap la kak long masak..' hehehe..




masa malam raya, kami keluar beramai-ramai ke bandar kangar. pergi ke bazaar. saja nak cuci mata sambil cari-cari ape yang menarik. aku sempat sambar 3 helai selendang. sebab murah gila..RM5 satu. hehe..




lepas solat raya dan bermaaf-maafan. kami beraya ke rumah sedara mara sampai ke lewat petang. sempat rehat sekejap je. Lepas maghrib kami terus bergerak pulang. Aku singgah di penang untuk hantar coklat. Lama sangat dah tak ke tanjong..naik jambatan pulau pinang@ feri. tapi sebab kesuntukan masa kami tak sempat nak berjalan-jalan sangat..




disebabkan keletihan sangat, kami berada atas jalan lebih 10jam. lama wo! aku hanya dapat tolong drive beberapa jam je. tapi mata dah tak larat nak bukak lagi dah. husband pun. kami berhenti tido di stesen minyak. Masa ni tak lalu highway dah. dalam jam 730 pagi kami selamat sampai kampungku dengan mata bengkak. hahaha..




cepat-cepat masuk bilik sambung tido.




3-4 hari aku demam urat. gara-gara tido dalam kereta. huhuhu




lepas zohor raya kedua, kami beraya ramai-ramai dengan familiku. singgah rumah yang memang tiap-tiap tahun pergi. tapi tak dapat pergi banyak rumah sebab ramai pulak orang datang rumah aku dan keep calling mak aku.



kalau ikutkan memang raya kedua ni kami tak kemana. tetamu datang dari pagi sampai ke malam.




raya ketiga, husband dah mula kerja. aku masih di kampung. kami tak kemana pun..hanya beraya rumah sedara-mara dan jiran terdekat ja. selebihnya melayan tetamu yang datang. mak aku dah sampai 3-4 kali masak rendang. lebih 6 ekor ayam. hahaha..punya la sedap rendang mak tu. sekali masak kejap je abis. kuat melantak pon ye gak adik beradik aku nih. hahaha




raya ke empat, abang dan kakak ipar aku balik rumah. paginya tu mak cepat-cepat kejut kami semua dan suruh pakai lawa-lawa untuk bergambar. dah lama sangat tak bergambar ramai-ramai ni. biasanya tak cukup ahli. ni raya pertama abang aku disini sejak kawin. mak nampak sangat-sangat seronok. sesi bergambar sangat happening. macam-macam gaya diorang buat..hahaha



masa hari khamis, adik beradik plan nak berjalan-jalan @ bercuti. tapi balik hari. Maka, timbullah plan ke Teluk Batik. Tempat favourite family kalau nak bermandi manda. Siap bawak pelbagai jenis makanan dan khemah kami kesana. Tapi entah macamana, khemah tu tertinggal. yang dibawa tu hanya covernya ja. hahaha..so terpaksa la pasang gak dan ikat dengan tali. kelakar je orang tengok khemah kami. hahahaha


mula-mula aku tanak mandi. tapi memasing ajak sebab nak naik banana boat tu..so turun lak kami semua kecuali mak. memang seronok sangat-sangat. tapi jauh sudut hati, terasa sedih sebab husband takde. Nak buat macamana, dia kerja kan? masa tu dia tengah sibuk dengan kes datuk sosilawati tu.



hari jumaat, hantar abang dan kakak ipar balik ke canada. owh, kami tak ikut sekali..cuma hantar kat klia ja. ;)



dan aku pulak terus balik ke teratak kecil kami. owh, masa nih dah 3-4 hari dah tak jumpa husband. rindu. ;p



but at the same time, sedih pulak nak tinggalkan rumah. raya kali ni penuh makna...tak tergambar dengan kata-kata. entah bila kami semua dapat berkumpul bersama lagi. sejak kahwin memang tak dapat peluang duduk lama-lama kat kampong bersama keluarga. masa raya ni je la. tapi tak best sebab husband tak dapat join sama.



so, abislah cerita raya aku.


....................................................................

gambar akan diupload kemudian..tenet tengah 'moody' ;)










Thursday, September 16, 2010

raya oh raya!




orang tua kata, buat kerja jangan bertangguh..bila dah bertangguh..silap-silap tak buat terus. hehehe..itu la..dok postpone je nak buat entry pasal raya..terus rasa malas dah nak buat.


okla..aku cerita la juga ye..


tahun ni, pertama kali menyambut raya sebagai isteri orang.


pertama kali menyambut raya tanpa keluarga sendiri.


pertama kali menyambut raya bersama keluarga baru..


kami balik ke kangar pada 8hb selepas bersahur di kampung ku. sempat tengok kejap abah sibuk mengacau dodol..memang acara setiap tahun..tapi aku jadi tukang tengok je..hihihi


sampai perlis dalam waktu asar. sebab singgah Alor Setar cari bahan buat coklat. Kebetulan ada kawan dari Penang order..so ingat nak buat kat uma mertua then hantarkan semasa on the way balik selangor.


tema raya pertama, grey. sebab suami nak pakai baju melayu masa kahwin belah dia dulu. so ulang balik la memori tu..hehe..cuma aku tak pakai baju sanding aku. glamer sangat la pulak kan..hahaha..kebetulan ada sepasang baju kurung moden grey tak pakai lagi. Kainnya beli semasa berjalan ke Bandung awal tahun aritu..aku ada buat 3 pasang. semua tak pakai lagi sebab tu tak sibuk pun nak cari baju raya.. ;)


pagi-pagi kami semua pegi sembahyang raya. ini pertama kali juga untuk aku. Selama ni aku dan emak hanya stay di rumah aja..agak teruja..


lepas abis solat, sesi bermaaf-maafan. owh, actually aku ingat nak bermaafan dengan suami dalam bilik ja.hahaha..malu la pulak nak minta maaf depan semua orang. banyak sangat buat dosa dengan dia nih..hahahaha..tapi kena minta maaf juga depan semua orang..pastu aku blur tatau nak cakap camna..haha.. yang aku ingat.. 'kosong-kosong ya bang.. ' sambil tergelak-gelak..hahaha..sengal tul aku nih..


pastu kami bergambar sekejap sebelum memulakan sesi kunjung mengunjung..sampailah ke petang..penat juga sebab cuaca sangat terik masa tu..


lepas rehat sekejap..kami terus gerak balik selangor malam tu juga lepas isya'. singgah di penang menghantar order coklat kawan. fuhh! lama betul aku xjejak kaki ke tanjong tu..dah bertahun-tahun..last pun tak ingat bila.


tapi sekejap je la..sebab nak rushing balik. Masa tunggu feri punya lama..sampai kul 1 lebih baru sampai..


tapi sebab keletihan..kami banyak kali berhenti. Aku cuma dapat tolong drive dari penang sampai ke area mana tah..sampai kat pantai remis kot..tak ingat da..memang dah ngantuk habis laa..sian husband..dia pun larat drive kejap. pastu berhenti tido. beberapa kali la kami berhenti tido. sampai kat kampong aku 7pagi..10jam lebih kami atas jalan..


balik tu aku demam..sakit tekak..urat-urat suma sakit..


huhuhu..


tu la pengalaman atas jalan yang paling lama kami tempuhi setakat ini..biasanya tak la lama macam tu..


okayla..sambung episode seterusnya ya..!



......................................................................................


actually im not really in the mood. mood mati.
Align Center

Tuesday, September 14, 2010

mereka diseksa lebih teruk dari binatang!

aku masih takde mood lagi nak cerita tentang raya. postponed dulu ya. sebab hati masih bengkak dan marah dengan apa yang diperlakukan terhadap mangsa 4 orang itu. Datuk Sosilawati dan 3 yang lain.


berdasarkan sumber yang baru diperolehi...mereka di pukul dengan kayu kriket, kerongkong mereka dicangkuk dengan penyangkuk sebelum disembelih oleh remaja yang berusia 19 tahun.


perrghhh..apa korang rasa sekarang?


memang takde hati perut!!!


gila punya manusia! aku rasa binatang pun tak diperlakukan macam tu rupa..bayangkan ape perasaan keluarga mangsa-mangsa semua..mau tak sedih. Kalau aku mau meroyan jugakla..


Walaupun masih tak tau lagi sohih ke tak..tapi yang sembelih tu dah keluar paper hari ini..rsnya suspek yang buat pengakuan tu. hmm..tak tahu dah nak cakap apa..tak tahu dah nak gambarkan macamana..isu ni boleh jadi sangat sensitif. Aku tak tahu manusia jenis apa semua suspek-suspek tersebut sampai tergamak nak buat mangsa sedemikian rupa..


mari sama-sama kita doakan mereka yang bersalah diberi hukuman setimpal. kalau boleh, biar mereka diseksa juga seperti mangsa..beri pengajaran pada yang lain. Kalau setakat gantung, kejap je mati.


hmm...sedih siut. sedihhhh!!!



sebal betul hati aku dibuatnya..



kesian kat semua mangsa dan ahli keluarga. apalah salah mereka diperlakukan macamtu..


apa-apa pun doakan mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers