Assalamualaikum w.b.t
sempena birthday my twin girls yang kedua tak lama lagi, biar aku sambung lagi cerita tentang mereka.
Bila aku diberitahu akan czer pagi dalam pukul 8pagi 22december 2013 aku dah rasa sangat tak sabar. itupun dah tak tahan penat. penat menahan lapar dan sejuk. penat juga menahan contraction. tapi to be honest, aku rasa tak sakit teruk macam sakit induce. aku rasa sakit natural ni masih bearable. hehe..induce ni sakitnta kau rasa nak terajang je semua yang ada depan mata. hehe
dalam pukul 10 aku disuruh bersiap sedia untuk dibawa ke bilik bedah. takutnya tak boleh kata. aku rasa nak nangis. dah la tak dapat jumpa husband. beliau ada final exam untuk final semester master masa tu. memang tak boleh elak. huuu.. nasib baik memang takde sape bleh masuk OT. kalau normal lagi sedih husband takde. mak abah masih setia menunggu di lobby.
bila masuk bilik bedah..makin laju jantung berdegup. tengok ramai pulak doktor pelatih. ramai gila weh! doktor lelaki muda-muda belaka. terus ingat adik lelaki aku. malu siut. kemudian, doktor bius suruh bangun dan beritahu nak bius dan segala procedure suma. Doc bagitahu tak leh terkejut bila dicucuk tu tapi aku tersentap kejap. takut sangat. cucuk kat tulang belakang ni sapa tak takut hoi! (ok dah ada cerita ni last entry kan)
masa ni aku dah tak larat sebenarnya. bila lapar tenaga takde even nak bukak mata. jadi bila dibius tu aku rasa nak tido je.. tup tup bila dengar bunyi jantung sendiri baru paksa mata bukak. then..... tak lama lepas tu aku dengar bunyi berdesir dan bau hangit macam daging dibakar. tengok kat lampu bedah tu taulah yang perut aku sudah dibelah....
memangla tak rasa sakit ke ape tapi bila doc henyak tolak perut kita tu rasa la sakitnya. tak lama lepas dibelah tu tiba-tiba something happened. baby belum keluar lagi..
tiba-tiba aku dengar bunyi jantung aku makin laju dan laju seolah-olah macam nak mati. dan masa tu aku rasa tak boleh bernafas. Allahuakbar...masa tu memang aku ingat mati je. sedih dan takut. :,(
semua doktor terus pause. semua kalut masa tu. aku tercungap-cungap cakap tak boleh bernafas berulang kali. doktor bagi oksigen dan tanya aku... "awak takut sangat ke..?"
dan aku cuma mampu mengangguk.
then bila tengok heartbeat aku dah kembali ok. doktor sambung balik.. tak lama lepas tu baby first keluar. terus dia bagi aku tengok jantina. baby kedua doktor agak payah nak tarik dia keluar. dihenyak tolak tolak perut aku. nyorok ape budak ni.
Alhamdulillah semua selamat. lega walaupun macam-macam dugaan. dari mengandung sampailah melahirkan. dah keluar ni lagi kuat cabarannya... nak handle diorang sekali dua ni memang kalau tak sabar payahla..
disebabkan kes aku susah nak bernafas masa tengah bedah, aku kena tunggu diluar OT lebih sejam sebelum ditolak masuk ke wad bersalin. bayangkan sehari lebih tak makan minum. letih yang amat. lepas 6jam operate baru boleh makan. Alhamdulillah aku ok after tu. lepas dah masuk wad my parents bergilir-gilir melawat aku. yang paling aku tak boleh lupa bila mak bagitahu yang abah macam sedih nak nangis masa aku nak operate. masa jumpa kat wad pun abah siap cium tgn aku nampak dia risau dan lega bila tengok aku selamat. well, ini first experience operate dalam family aku. huhu..
husband sampai lewat malam. Beliau terus ke nicu. oh lupa nak bagitahu babies di masukkan ke nicu. aku sendiri tak dapat pegang dan susukan mereka. sebab tak cukup bulan walaupun berat masing-masing 2.26kg dan 2.28kg. Tak masuk incubator tapi doc masih perlu memantau keadaan mereka.
sesudah husband iqamatkan mereka, beliau melawat aku sekejap diwad.aku pun merengek mintak tolak ke nicu nak tengok babies. walaupun nurse bising kata tunggu esok pagi jelah katanya tapi aku tetap degil tak sabar nk cuba susukan mereka. kalau tak silap aku stay kat wad dalam 3hari 2 malam. bila malam kedua aku dengan twins di wad bermula la episod haru biru nak handle twins nangis serentak. takde sape pulak bleh tolong.susu aku plak lambat keluar. nangis ajela dedua ni. last-last nurse datang bebel kata aku kena sediakan formula milk kalau tau susu lambat keluar. sobs.. dan nurse tu tolong jaga sorang baby sebab aku memang takleh handle sorang-sorang lagi. husband pun boleh masuk kejap kejap aje. yelah gov hospital kan..korang kalau ada bajet lebih silakan pegi swasta. husband boleh temankan 24jam.
masa dalam pantang aku dibantu my mom dan seorang makcik yang diupah mak. untuk tolong aku apa yang patut. mula-mula tu struggle jugakla..sebab twins aku menyusu sangat kuat. orang kata baby girl tak kuat menyusu tapi diorang lagi kuat menyusu banding anak sulung aku. biasanya aku menyusukan serentak sebab bila dua-dua dah kenyang kita bleh rehat. tapi aku penah layan diorang ngempeng sampai 6jam direct tak lepas. letih weh. last-last aku pump dan bagi botol. bagi gilir-gilir so aku tak kalut nak handle serentak. korang yang ada twins kena try n error mana cara yang sesuai dengan korang. either menyusukan serentak atau gilir-gilir. kalau gilir-gilir time malam senangla sikit. bleh direct sorang sambil baring. lagi sorang bangun tukar breast sebelah pulak. ha gitulah..
maybe disebabkan diorang ni premature agaknya masing-masing jaundice sampai sebulan lebih baru betul-betul ok. anak aku semua jaundice. yang ke empat ni pun. twins pun kena warded dalam semalam kalau tak silap. aku merayu kat doc mintak balik. tak larat. baru keluar hospital kena masuk balik. nasib baik masa tu turun sikit. tapi kena pantau kat kk setiap hari amik darah. kejap turun kejap naik. Allah..memang mencabar sungguh.. petua macam-macam cuba. tapi korang tak yah lah buat bebukan kat baby. bagi susu badan je. kalau susu badan tak cukup bagi jela susu formula.kalau nak minum or makan ape-ape petua korang jela yg makan ye...
nak cerita pasal bf journey aku tak la berjaya mana. anak ke empat ni baru berjaya fully bf. maybe aku akan cerita dalam lain entry ye.. kena dengar cerita dari orang yang gagal mcm aku so tau kesilapan dan korang boleh belajar dari kesilapan.
apa pun nak bf ni kena dapat sokongan dari orang sekeliling especially husband dan family. kalau mereka tak sokong, korang yang kena mentally kuat.
pejam celik dah nak dua tahun dan my twins dan dah ada adik lagi. Allah bagi rezeki 2 lelaki 2 perempuan. syukur alhamdulillah. but i realllllllyyyy need to rest. sekarang fasa yang lebih mencabar- membesarkan mereka semua. bila tengok isu isu semasa yang makin menakutkan risau keadaan anak anak kita nanti. Moga aku dapat didik mereka sebaiknya..
ok jumpa lagi!
posted from Bloggeroid
1 comments:
kagummm aku bc blog ko babe.....aku yg anak sorg ni pun berperang mcm apa....kagum2....rezeki semua tu babe...harta akhirat. hehehehhe
Post a Comment