Friday, March 6, 2015

Pengalaman mengandung anak kembar (v.2)

Assalamualaikum..

Bila tengok pageview blog ni ramai datang utk kisah ni. Pengalaman mengandung anak kembar. Hihi..so aku rasa nak sambung balik cerita.

Lepas ni nak story pulak pengalaman menjaga anak kembar plus tips and trick yang aku guna pakai. Hihi

Tak lah hebat mana tapi sekadar berkongsi pengalaman. Lain ibu lain cara okay?

Sebenarnya masa mengandung anak kembar aku rasa berat sangat nak bawak badan dan perut. Masuk bulan ke 7 rasa macam belon nak meletop je tengok perut. Hehe.. Sampaikan aku selalu je nak jatuh terkangkang bila jalan. Memang rasa berat sungguh!

Itulah yang terjadi masa minggu ke 34. Aku masuk bilik air nak cuci muka dan kaki sebelum tidokan aisy. Entah macamana tergerak nak pakai selipar. Biasanya tak pakai pun. Nak dijadikan cerita aku almost jatuh terduduk tapi aku sempat pegang batang paip so takla terduduk. Kalau terduduk nauzubillah entah apelah yang jadi kat aku. Tapi sebab terkangkang makanya effect sakit tu sangat hebat.

Masa tu bleh jalan lagi. Bleh baring sebelah aisy. After few minutes, aku tak leh gerak langsung. Nak pusing tak boleh nak gerak pun tak boleh. Rasa macam lumpuh! Dah lah masa tu takde sape. Parents pegi masjid. Nasib baik handphone memang sentiasa dekat dengan tangan.

Call my mom tak berjawab. Tapi masih bertenang sebab perut tak rasa sakit sangat. Cuma badan dan kaki. Lepas setengah jam baru dapat bercakap dengan my mom. Dia tanya nak ke hospital ke. Aku blur. Tapi pergi jugakla sebab rasa macam leaking.

Then sampai hospital rasa sakit makin teruk. Tak boleh nak jalan je rasanya. Bila dah baring nak bangun memang seksa. Buat ctg memang ada contraction. Malam tu jugak aku dibawak ke sungai buloh. Sebab babies songsang. Kena emergency czer.

Sampai sungai buloh trus buat ctg bagai. Doctor macam tak mau czer atas alasan baru 34weeks. Walaupun babies dah 2.2kg each. Sepanjang malam menahan sakit tak terkata. Husband pulak tak boleh datang sebab esoknya ada final exam. Double pain.

Masa tu baru dapat rasa real contraction. Masa time aisy aku kena induce. Sakit dipaksa ni lain sangat. Rasa nak tumbuk terajang je tine tu weh.. Tapi paling seksa bila tak boleh makan dan minum sampai esok paginya. Dengan lapar haus nak kena tahan sakit lagi. Àllahuakbar.. Sebab tulah jangan derhaka pada ibu weh!

Tapi my mom paksa juga nurse bagi aku minum air zam zam sikit. Aku minum jugakla sebab dah terlalu haus. Sampai pagi doktor pelatih still xmau bagi aku operate. Aku pujuk dia suh decide cepat sebab aku tak tahan. Contraction dah makin kuat. Sampai dah 3cm. Nurse marah2 dah. Dia kata takkan nak tunggu sampai tangan kaki baby keluar pulak. Dah la songsang suma. Huhuhu nangis aku.

Dalam pukul 10 aku dibawak masuk OT. Takutnya tak terkata weh. Tahan nangis masa nih. Sebelum nak cucuk doktor bius bagi penerangan bagai. Masa dalam OT punyala ramai doktor pelatih. Dahlah handsome handsome belaka. Masa inject belakang kita tak leh terkejut or tersentak sedikit pun. Aku punya takut tu sampai terkejut. Nasib baik takde pape. Then tangan kiri kanan kena drip. Aku tak tahu ape purposenya. Doktor ada explain tapi masa tu aku dah exhausted. Tahan lapar dan sakit untuk berjam jam.

Then doktor belah perut. Walaupun mata nak pejam celik pejam celik (bukan sebab bius tapi sebab sangat penat) aku masih boleh nampak dengan jelas perut aku dibelah. Bau macam daging dibakar pun ada. Huhuhu..then entah macamana aku punya terlalu takut tu sampai aku tak boleh bernafas. Memang masa tu aku fikir macam nak mati pun ada. Doktor tiba-tiba suruh berhenti semuanya sebab denyutan jantung aku drop drastik. Doktor bagi alat bantuan pernafasan dan aku jadi okay balik. Doktor tanya takut ke? Aku jawab sangat-sangat takut.


Weh panjangnya! Sambung la nanti v.3 plak. Haha bye!

1 comments:

suezen said...

cpt smbung..berdebar2 aku bc ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails