Tuesday, March 3, 2015

Fulltime housewife

Assalamualaikum..

Rasanya kebanyakan isteri dan ibu idamkan pekerjaan ini. Tapi disebabkan faktor kewangan dan kestabilan family memerlukan para ibu ini bekerja.

Aku dah hampir 5tahun menyandang jawatan ini. Hehe.. Sejak kahwin memang tidak pernah bekerja. Hanya buat bisnes sendiri. Bakery, advertising and now food stall.

Actually masa sebelum kahwin, aku pernah cakap pada seseorang yang aku nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa. Nak jaga anak dan suami. Tapi entahlah..tak ramai suami yang nak isteri duduk rumah. Atas alasan kewangan sedangkan itu adalah tugas hakiki suami. Tapi aku tak judge apa pun pada isteri/ibu yang bekerjaya. Ada kelebihan masing-masing. Kan?

Cuma itulah.. Orang selalu beranggapan surirumah ni banyak masa luang. Duduk rumah mengangkang je abiskan duit laki. Fuh statement tu memang membakar jiwa! Bagi aku orang yang cakap macamtu mesti tak pernah duduk rumah dan jaga anak-anak sambil buat kerja rumah kan? Lagi haru anak-anak kecik yang makin ligat keletahnya. Kita kemas rumah tak sampai 5minit dah sepah balik. Si suami balik tengok rumah macam xde beza dengan sebelum waktu pergi kerja. Dah dikata isteri macam-macam.

Tu belum bab berjaga malam anak nak susu. Time anak sakit lagi haru. Bermata panda la jawabnya.

Apa pun mentally and physically exhausted bila jadi surirumah sepenuh masa ni. Kena sangat bijak urus waktu. Kena pandai curi masa untuk diri sendiri. :)

Dan suami kena pandai ambik hati isteri. Walaupun dia hanya surirumah tapi jasanya sangat besar. Mengandung beranak dan menjaga anak anak bukan tugas mudah.

As for me.. Aku nak sangat holiday berdua saja dengan husband. Without kids. Selama kahwin tak pernah lagi honeymoon bagai pun. Haha. Dekat2 pun jadiklaaa.. Tapi entah bila. Dah keluar yang ke 4 ni lagi payah nak tinggal. Huuu..

2 comments:

suezen said...

ko pregnnt kan babe???

~ez~ said...

@sue aah babe! Dah 17weeks. Hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails