Monday, April 18, 2011

Rehat sebentar...no kit kat laa

Monday blues ke?

Entahlah..sejak preggy ni aku memang tak larat sangat nak drive jejauh..sejam setengah perjalanan pun aku rasa macam 7jam..


Everyweek kalau takde kelas aku memang balik kampung. Malas nak duk uma sensorang. Malas nak masak suma..kat kg adik n my mom yg masak..hehe

Rite now aku on the way nak ke upm sbb ada diskusi nak siapkan assignment..tapi dah sampai tol setia alam ni mata tak tertahan dah..so bentila sebelum anything bad happen. Dapat lelap 5min pun jadila kan..


Tonite my darling balik dari korea. Katanya muka dia dah macam RAIN. Hehe..muka mcm shah rukh khan perasan nak jadi RAIN..kasi can jela kan..



...................................................................

Berhati-hati dijalan raya..malang tidak berbau. Sian my big brother yg accident truck terbalik. Nasib baik dia xde pape..cuak kami dibuatnya..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 16, 2011

Hargailah sementara mereka masih ada

Pernah tak terfikir atau terbayang oleh kalian,tatkala bangun dari tidur tiada lagi insan tersayang disisi..?


Apa perasaannya?


Tak terkata sedih kan..


Bangun saja dari lena, lihat ibu bapa,suami atau isteri,anak-anak, adik beradik sudah tiada. Pergi bertemuNya buat selama-lamanya...rasa seolah-olah menyesal kerana masih banyak pengorbanan dan kasih sayang mereka tak terbalas..rasa menyesal kerana kerap menyakiti hati mereka..rasa seperti masih tidak lagi puas bersama mereka..rasa seperti mahu mengundurkan semula masa...


Jadi, sementara mereka yang tersayang masih ada,hargailah dengan sebaiknya...

:)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 11, 2011

mari belajar peribahasa

sorry la tak rajin nak hapdet. seriusly kepala tengah sarat dgn assignment. dah nak abis sem ni. abis sem nnt aku rajin hapdet ye.. (cakap mcmlaaa ramai readers..haha)


hari ni aku nak cakap pasal satu peribahasa. tetiba teringat peribahasa ni pasal terbaca status seorang kawan lama kat fb. hehe..

"mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.."

ayat yang depan tu aku tak pasti betul ke tak sebab aku google ada banyak version pulaakk..nak tanya pakar bahasa, my mom tak balik lagi. hehe


rasanya suma tahu maksud peribahasa tu kan? mengata orang tapi diri sendiri pun sama teruk jugak..


aku terbaca la status sorang kawan ni..actually aku rasa 'membuak-buak' didada untuk membalas komennya...dengan cara yang 'berhemah' agar dia sedar yang dia pun sama juga dengan orang-orang yang dikutuknya tu..tapi dah kata 'membuak-buak' kan..makanya aku tak dapat fikir ayat 'yang berhemah' untuk sedarkan kawan tu..hahaha..takut nanti terputus terus relationship tu..hehe



oh, isu yang dikatanya kat fb tu..tentang sikap sesetengah 'kawan' dalam fbnya yang menjengkelkan..sebabnya suka buat status yang entah hape-hape. gaduh ke ape suma nak bagitahu public..menyampah dan meluat la...



hahaha..gelak jugakla aku baca..sebab aku rasa macam describe diri sendiri pulak. bukan diri aku ..diri penulis tu la..aku selalu rasa rimas dengan status yang ditulis orang tu..maki hamun suma..gaduh dengan bf... tak pelah kalau nak luahkan kesedihan ke...tulis kata-kata hikmah ke..atau kata-kata cinta yang sadis ke..aku ok je..tapi kalau bab maki hamun ni..aiseh...lagi-lagi pompuan...



tu yang aku gelak bila tulis status duk menyampah dengan status orang tapi kita tak sedar yang status kita pun menjengkelkan ramai orang...hahaha


moral of the story, tak yaahlaa duk mengutuk orang..kadang-kadang kita pun lebih kurang atau lagi teruk lagi...kan? hehe



well, aku pun dah remove more than 200 'friends' dalam fb sebab annoying dengan status, sikap, mcm2..walaupun my husband cakap it just a facebook.. tapi kalau dah bagi kesan kat life aku...so better aku remove jelah..bukan nak putuskan 'persahabatan' ke hape..tapi kadang-kadang mereka ni beria laaa add kat fb suma..tapi bila aku nak tegur diluar bila jumpa/berselisih boleh pulak buat-buat tak kenal. haih...so aku remove jela dari fb. sebab bagi aku mereka ni hanya stalker.


senang je..kalau rimas, menyampah..remove je orang tu. tak pun deactivate. tu je la yang aku slalu buat. fb tempat nak bersantai...tapi kalau dah jadi tempat menyemakkan kepala....baik tutup aje..kan? =)



have a nice day!



.......................................................


amacam theme blog baru saya? biru biru gitu.. ;)

Thursday, March 31, 2011

in the class


minggu ni sangat tak produktif duk kat uma. tak leh buat keje langsung..balik uma baring, tido, layan tv, layan radio sampai terlelap.


assignment suma tak pandang langsung..


so aku terpaksa la spend more time kat fakulti or library. but those who know me mmg sure tau aku tak gemar ke library. dpt pinjam buku then blah! aku rs tak bebas duk ctu..haha


ni lepak dalam kelas sementara tunggu kelas kul 3 ptg. kelas straight till 9pm. letih dowh..but what to do. aku xnak kelas on friday n monday so kenala ambik satu hari dua kelas..


lama xletak pic aku kat blog kan..so ni laa tempek cket..haha..


oklah..malam ni after klas balik kg with yat. sabtu ni nak anta my parents pegi umrah. next week hantar husband pergi korea. benci betul..suma duk pegi obersi tinggalkan aku. asyik anta orang je bila plak tah orang nak anta aku..hish...ni yg rs nak buat PHD kat obersi neehhhh... ;)





hari ni baik dan rajin, pakai baju kurung, bawak byk buku..bwk laptop..haha..

Monday, March 28, 2011

puh! hidup lagi rupanya

hampir sebulan tak berhapdet blog ni. berhabuk habis..hehe..


ingat mcm nak delete jek. tapi sayang plak. kang jenuh plak nak set up balik. walaupun tak berhapdet tp aku selalu juga berblogwalking kalau dah bosan dan tepu sangat otak mengadap assignment yang.....masyaAllah punya la susah dan banyak!


ok. tak mau ckp psl assignment. nnt aku dan kalian skali pun muntah.


alhamdulillah syukur aku dah sihat semula..kalau nak kira percent, dalam 80%. balance tu sebab ada waktunya aku akan tingtong cam nak pitam. esp kalau drive lelama. badan rasa nak baring je. nak rehat. tapi xleh la nak diikutkan sangat..cuma kadang-kadang kalau duduk kat rumah ni aku blur nak buat aktiviti ape selain tgk tv dan tdo (lupakan psl assignment ye). kalau kat kg, pun begitu aktivitinya. my mom n ami aje la yang masak suma. even baju aku pun ada orang basuh kan n lipatkan. but not my mom la..hehe


duk sendiri aku kena buat semua tu. dan bila dah lembik memang terlantar ajelah dibuatnya..kalau ikutkan 24jam tidur pun tak cukup. 24jam makan pun tak kenyang-kenyang. bukan sebab nafsu aku nak makan sangat. kalau tak sebab fikir baby memang aku takde selera nak makan. risau berat naik over plak kan..huhu


sekarang dah nak masuk 4 bulan. aku tak pasti week keberapa. malas nk kira. hahaha..


tak sabar nk shopping barang baby. ramai cakap aku ngandung baby boy. hehe..meramaikan lagi laaa boys in our family. family aku n husband mmg sama. hanya ada sorang je perempuan out of 5. hehe..aku tak kesah baby ape. asalkan sihat sempurna..


erm, aku nak kemaskinikan blog ni. nak remove mana tak perlu. nak add shopping list or blog rujukan tentang baby dan yang sewaktu dengannya..hehe..nak ada anak dah kan. kena tambah lagi ilmu. ;)


perkara yang buat aku risau...bila fikirkan baby tu lahir nanti..what to do..what to do..


haha..


okla..nanti hapdet lagi kalau 'mood' tu datang. biasalah ibu ngandung ni, mood tak tentu hala..hehe




Friday, March 4, 2011

latest me

how to begin?


sesiapa yang jd my friend kat fb sure tahu yang aku been warded for 8days. itu pun setelah berjumpa pakar dan aku cakap, just let me go home. im too tired to stay here.


8hari duduk wad bersalin. huhu..macam-macam perasaan ada. of course la tak boleh tido. demam kejap ok kejap tak. sampai suhu 40. dr terus suspek H1N1. aiseh!


nanti la aku cerita lebih detail pengalaman duduk spital kat wad bersalin tu ye. skg ni mood memang takde langsung nak berblog. hampir sebulan aku ignore blog ni. walaupun ada bb tapi nak menaip tu memang leteeeehhhhhh!


tambah pulak husband kena transfer ke perlis sudah dalam masa aku kat wad tu. tambah haru la dibuatnya..yeah, i know i will survive without him. what to do kan?


tangan abis luka sana sini kesan kena cucuk masuk drip berpuluh botol plus depa amik banyak gila darah aku. kejap cucuk sana..kejap cucuk sini. seriusly aku rasa mcm jd bahan experimen diorang je..sabau jelah.


dugaan memang mencabar. semalam force myself to get up to go to class. mintak pak arab temankan jadi driver sebab aku masih xde tenaga nak drive. oh, forget to mention. dari minggu lepas aku memang stay di kampung jek. tak balik umah kami lagi. cant imagine kena stay all alone for another month. haish...sabar la kan..lepas ni memang kena kuatkan semangat. ive to do all by myself. orang lain boleh, insyaallah aku pun boleh.


another thing, after abis sem ni, im going to move to perlis. stay with husband. itu juga perkara besar yang aku terpaksa buat dan sacrifice. it is not easy for me. jangan bandingkan aku dengan sesapa. aku rasa memang sangat berat nak kesana. sangat tak seronok bila fikir nak kesana. tp just fikir husband jek. huhu..aku sangat memerlukan berada dekat dengan husband. itu je. huhuhu..


sian my mom kena jaga aku sepanjang sakit ni. hmm.. nnt after pantang pun kena jaga lagi. aku ni dah la degil tak nak dengar cakap..payah la kan..hehe


i guess that's all untuk masa sekarang. bagi aku pulih mentally, physically, emotionally..etc. huhuhu..


.....................................................


Friday, February 11, 2011

give me strength

blog ni memang akan terabai je la kebelakangan ni.. keadaan kesihatan dan emosi aku yang tak berapa stabil membuatkan aku tak mampu nak update blog ni sekerap dulu. semua bergantung pada keadaan. sekarang ni perut dan badan masih dalam kondisi tak selesa yang amat. aku rasa letih dengan situasi macam ni. Buat ape pun semua serba tak kena..


im too tired nak buat kerja tapi dont have any other choice. rasa tak sabar nak cuti sem. kadang-kadang rasa macam nak berhenti belajar je. tu belum kerja lagi. Kalau kerja tak tahu la camne nak buat...




oh, lupa nak mention. aku menang hadiah pertama entry give away anjuran blog kak epi tu!!! yayyyy!!!! seronok sangat..dapat hadiah tudung syria and shawl. heeee... thank u so much kak epi..hehehe..really made my day. terus ada sedikit semangat nak siapkan order chocolate..




em...esok nak balik my kampung. i miss my mom. miss my family. miss my home. that's the best place ever. huhuhuhu... rasa macam nak stay kat my home tu je sampai bersalin nanti...but still have classes to attend.




hmm...pray the best for me k.



Wednesday, February 9, 2011

semaakk

lamanyaaa tak berhapdet blog ni. bersawang-sawang dah. letih kemas rumah..nak kemas blog memang takde mood. cuti raya cina aku balik kg husband kat perlis for 4days. dengar memasing merungut stuck dalam jam lama. Aku balik KL on isnin malam selasa..so memang lancar je la..xde jam langsung..


mood aku beberapa hari ni memang hancus teruk. aku memang takde mood langsung. senyap je sepanjang bercuti tu. malas nak cakap. perut tak selesa. kejap-kejap memulas. rasa loya sepanjang hari. dua tiga hari tak hilang-hilang rasa loya. aku just nak baring jek. memang tak larat nak buat ape pun. selesa baring je. so memang tak buat ape sangat pun masa bercuti.. more time spend kat atas katil. ;(


pastu runsing dengan assignment dan kelas yang berlambak-lambak ni.. lagi laaa menambahkan rasa tak seronok tu..jenuh fikir nak buat assignment suma..huhuhu


sekarang kandungan dah masuk 2 bulan. Belum berkesempatan lagi nak pergi buat kad merah tu..entah bila..kena tunggu husband free la. Aku tatau klinik kat mana kat area sini. Kalau kat kampung aku tau la..


okayla ek.. xleh update lelama. cepat letih duk depan laptop ni. ive to cook. sangat lapar ni..huhuh..will update later!

Thursday, February 3, 2011

lega sikit


finally, my brother dah dalam flight on the way balik ke KL. Katanya duit terpaksa 'pau' dari kawan-kawan sebab cash di tangan tak cukup. tapi takpelah..nanti boleh bayar balik. Janji dia dapat balik. Sian juga kawan-kawan yang lain tu. Lambat sangat bertindak. Rakyat msia kat sana bukan sikit. patutnya tindakan yang lebih cekap dan pantas diperlukan dalam tangani isu-isu macam ni...




walaupun ada yang kata takde ape-ape pun..biasa je..tak kecoh pun macam dalam tv dan paper tu.. but still risau. sebab mereka berada di negara orang. rakyat dia pun tak dipedulikan ape tah lagi dengan orang luar kan?? ini bab keselamatan..bab nyawa. risau..




hope semuanya selamat di sana..




rasanya macam nak suruh adik aku tu sambung belajar je kat sini. habiskan aje la belajar tu kat sini. tinggal setahun lebih je lagi. suma duk pegi overseas tinggal aku dengan si yat aje kat msia ni. kadang-kadang kelam-kabut juga keadaan kami. si yat tu lagi kesian. selalu jadi mangsa keadaan. asyik kena marah je dia. hmm..sunyi rumah kat kampung tu..lagi sunyi hati mak pak aku tu.. sob sob sob


selalu mak aku tu cakap, jeles tengok jiran depan rumah. anak-anak menantu cucu suma duduk dekat-dekat. selalu jumpa dan kumpul bersama. meriah je rumah..


aiseh..kelu lidah aku dibuatnya.


but what to do kan? that's life. rezeki abang dan adik-adik kat luar negara. cuma kondisi mak aku yang tak boleh kerap ikut mereka tu yang agak payah. aku pulak dah ada komitmen lain yang menyekat pergerakan aku untuk selalu balik ke kampung. kadang-kadang serba-salah juga.. huhuhu..




bila macam ni, masa bersama tu memang sangat limited. kali terakhir kami dapat kumpul bersama masa raya last year. itu pun my husband tak leh join sangat sebab dia sibuk dengan kes pembunuhan Sosilawati. tak tahu la bila lagi dapat berkumpul ramai-ramai.


bila ramai-ramai, aktiviti yang kami semua suka buat, bbq @makan besar. haha..memang syokla. semua kaki makan. then, bermandi manda sama ada di pantai atau air terjun. uh, memang syokk laaa..bawak khemah suma. hehe..



insyaallah nanti ada rezeki dapatlah berkumpul lagi..

Wednesday, February 2, 2011

Hangin hangin

Pepagi buta ni memang aku masih tak leh lena tidur. Teringatkan adik kat mesir tu buat kepala aku makin tak baik-baik.


Asal la kerajaan lambat sangat hantar bantuan?? Students lebih 11k kot. Bukan boleh sekali hangkut. Dengan keselamatan dihujung tanduk. Duit ditangan dah habis. Makanan mahal dan kehabisan stok. Penjenayah dah lepas bebas. Memag huru hara!


Yang buat aku sakit hati bila ada yang kata kerajaan lambat hantar bantuan atas sebab disengajakan. Tanak bdk2 tu bwk balik semangat demonstrasi tu ke msia. Sbb pilihanraya kan dah nak dekat. Come on!!!! Ni nyawa orang lah! Bukan sikit tau!! Igt orang tak bengang ke?? Cuba ahli keluarga korang yang ada kat mesir sana tu?? Tak susah hati ke??


Then, dgr kata student disana, premis kedutaan dah dikosongkan dan dah takde sape pun. Sbb tu kalau call memang tak berangkat pun!!


Dahlah diorang tak leh berhubung satu sama lain. Mcmana nak sampaikan msg suruh berkumpul ke ape? Nak contact diorang pun tak dapat. Hish...hangin hangin

Kalau dapat ke airport pun tak dapat balik ke msia sebab katanya byk flight kena cancel. Aduhaaaiiii....


Aku harap keselamatan semua rakyat msia disana dilindungi dari perkara yang tak elok. Semoga semua selamat sampai ke tanah air.


Hmm..risau risau. My mom tu dah stress tahap gaban dah. Kami kat sini memang risau je duk baca news ni. Hmm..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers