Sunday, August 14, 2011

Debaran semakin terasa..

ok aku dah terus jadi cuak habis dah nih.




baru dapat tahu my friend (actually wife kpd hubby's friend but da jd my friend too) dah selamat deliver baby girl. actually due date kami memang tak lari jauh. Maybe beza dua tiga hari jek. Dia sama minggu dengan aku. 34 weeks. Tapi dah beranak dulu.. baby premature. Kena masuk incubator.



Baru dapat call dia just now. Asking apa tanda-tanda yang buatkan dia rasa nak bersalin awal ni suma. Few days ago baca status msg dia cakap tak leh tidor. Baring ngiring kiri sakit. Kanan sakit. Telentang pon sama. Adehh..ni dah sama simptom dengan aku nih..Memang sekarang aku sangat seksa bab nak tdo. huhu..kena laa golek-golek sampai selesa..



actually, masa 33weeks aritu aku ada rasa false alam. minor contraction kot. memang sakit betul time tu. 4-5 kali sakit. Tapi aku tak terus menggelabah pegi spital. Aku tunggu dulu. If non stop baru pergi. Lepas beberapa kali baru stop. so itu kira false alarm la.. Masih awal lagi tu.. huhuhu



Rasanya kalau terberanak awal ni maybe husband tak sempat nak rushing balik kot. Maybe jugak tak dapat teman masuk labor room. sob sob sob




so kena laa redha dan pasrah dari sekarang.hubby ai jauh 7 jam drive dari sini. Nak buat camne kan...




apa pun semoga semuanya dipermudahkan untuk aku. ameeen... :)




........................................................


tetiba nak suh mak masak ketupat rendang suma esok. kot kot terkeluar awal nanti aku dah 'beraya' dulu. hihihi



Saturday, August 13, 2011

deferment of semester-approved!


yayyyy!!! my application for deferment approved!!!




buleh cuti beranak dengan senang hati.. wehuuuuuuu ;)





hahaha..tah hape hape la aku nih.



yelah mana tak sonoknya..dah la cuti semester ni 5 bulan..pastu tambah lagi 5 bulan..10 bulan cuti siutt..hahaha..pastu jenuh nak refresh balik otak nih..hahaha..



actually lega sudah bila selesai satu bab ni. risau jugak application aku ni approved ke tak? sebab before ni statusnya just supported. Just isi form online je..senang. Takde pos ape-ape pun. karang satu dua ayat kenapa nak apply cuti dan submit! kalau medical reason kena sertakan sekali dengan surat doktor.. Alasan aku, this is going to be my first experience of delivering a baby so tak leh nak concentrate tuk study. hihihi..betul la kan. camne nak pegi kelas terkepit kepit plaaakkk ;D



Teringat dulu time buat degree, aku ada jugak apply tuk defer sem. mak aih, punya laaa payah nak approved! aku siap kena interview lagik. Dah la kena perli maki-maki dengan timbalan dekan fakulti pastu tak approve pulak! hampeh siuttt.. tah hape-hape. memang u lama aku tu susah kalau nak apply ape-ape. huhuhu..




semester mula masa tengah-tengah bulan 9 nih. Aku pulak due around time tu. camne kalau tak cuti kan? ramai suh proceed jek tapi aku tatau la camne nak handle new situation plus pressure kelas nanti. Sian baby kan..so tak pelah sacrifice cuti kejap. lambat cket la abis. Insyaallah hujung tahun depan. Masa nak mula sem nanti baby dah besar cket. kalau tak atok dia jaga, buleh dah nak tinggalkan kat nursery.. wahhh..jauh dah planning aku. hehehe.. :D





Aku teringat masa sembang-sembang dengan beberapa orang lecturer lepas habis kelas sambil makan-makan..insiden ni kalau tak silap masa hujung tahun lepas..



"tahun depan kita cuti sem lama...dalam 5 bulan kalau tak silap.."


"nape pulak cuti lama prof??"



"pasal nak selaraskan semua universiti..nak ikut UK kot. so semua start serentak nanti bulan 9.."



"owh..i see"



"cuti lama ni nanti kamu buleh ler ngandung beranak sekali... sure ramai plan nak mengandung nanti..hehehe.."



" erk???!!"




hahaha..it turned out memang betul pun! tak lama lepas tu aku dapat tau mengandung sudaahh.. masin mulut prof tu. hehehe.. ;)



Friday, August 12, 2011

34weeks ++




aku pun confuse sebenarnya nak ikut mana. Kejap cepat, kejap lambat. Maksud aku weeks tu lah. Second trimester cam lambat cket weeks ni (by scan). Masuk 3rd trimester cepat lak. Ikut LMP sekarang dah 34 weeks lebih. Kalau ikut scan rasanya dah masuk 35 weeks. huhuhu...Takpelah, if orang tanya aku just cakap lebih kurang sebulan lagi nak bersalin.




fuhh!! tak lama dah tu kan? Doktor kata awal raya dah boleh bersalin dah..Kalau boleh dan diizinkan Allah, aku nak sangat baby lahir on 4th september nanti. Sebab apa? i want to give this baby as a special birthday gift to my husband. Harap-harap dimakbulkan Allah.. :). Ini je hadiah yang mampu nak bagi. Nak bagi hadiah volkswagen golf ni aku tak mampu lagik.. sob sob sob.





(pic from google)


Kadang-kadang rasa tak sabar nak tengok baby ni lahir. Sebab geram tengok gambar anak orang lain. comel comel! aku siap save lagi gambar baby orang. Anak cousin, mirza hadif tu aku siap jadikan wallpaper kat laptop ni lagik. comel betul! hehe..







Tapi kadang-kadang risau jugak camne nak handle situasi bila ada baby. Kawan-kawan ramai yang mengadu macam-macam. Tak cukup tidur lah, letih, mata dah sembab, lembik time puasa ni sebab breastfeed baby..dan macam-macam lagi. Seriously aku memang tak boleh nak bayangkan macamana keadaannya nanti. huhuhu




(pic from google)




Kita just go with the flow la kan? tunggu dan lihat camna nanti. hehe





(pic from google)

Thursday, August 11, 2011

"10 perkara memeranjatkan di dalam perkahwinan"

aku terbaca artikel ini dan rasa menarik juga untuk dikongsi bersama. Terutama untuk pasangan yang baru berkahwin seperti aku ni. Baru ke?? baru laa..setahun lebih. :D


Ada perkara yang memang boleh dijangka. Takde la terperanjat, cuma bila diri sendiri dah hadapi kadang-kadang blurr je camne nak handle kan? lagi la takde pengalaman.. Cuma sikap dan kematangan diri yang boleh menyelesaikan masalah dalam rumah tangga ni.. :)


Meh kita baca sesama..


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”


hukhukhuk..betullah..dah kawen tak semestinya kena berkepit 24jam kan? masing-masing perlukan ruang untuk diri sendir. Tapi jangan pulak sampai abaikan pasangan. ye dak? hee


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


iya dong! cinta itu seperti pokok bunga, jika tidak disiram dan dibajai, habis layu dan mati la ia.. :D makanya, sangat perlu untuk tunjukkan kasih sayang secara verbal dan juga perbuatan kepada pasangan. Tunjuk kat pasangan je yang penting. Tak yah nak show off kat public sangat nanti orang menyampah! hehe



3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”


wahhh!!! suweet jek kan kalau camtu. hik hik hik (gelak gatai). betul la kan..kena laa buat sesuatu untuk menceriakan dan menghangatkan hubungan lagi. Pasangan bukan lah sekadar teman sebilik atau teman serumah..atau pun bibik anda!!! ingat tu ye! hehehe


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”


iyaaa..kalau tengah baik, happy, memang laaa seronok kan. cuba kalau tengah gado ke tak puas hati ke..masa tu menyampah gila tengok pasangan sendirik kan kannnn? hehehehe..no laa..kidding! marriage is fun kalau masing-masing tahu untuk menggembirakan antara satu sama lain... :D tapi memang menyengeh je la kalau dapat msg romantik ni kan.. ;)


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”


humm...kebiasaannya macamtu lah kot. Isteri yang banyak berkorban. Tapi suami jugak ada banyak berkorban kan? dependsla..huhuhu


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


betol betol! dulu sblm kawen kurus, dah kawen ada anak cam dugung da badannya..huahuahua..kena terima pasangan seadanya...betul tak?


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


hehehe...biasalah tuuu..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula laki bini.kihkih..sokong ajela ape yang dia nak. (But yang relevan ye!) dah dia yang kerja pepenat kan kann?? hehe..dapat paw sikit jadiklaaaa :D hehehe


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


yelah, dah lama kenal pasangan seharusnya begitu..makin matang menghadapi masalah..ye dak? :)


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.


hehehehe......mood mesti mau bagus maaa.... ;)


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


waduuhhhhhh!!! bab ego ni memang masalah utama betul la kan??? dengan degilnya..keras kepalanya...egonya...hish hishhh...saya?? mana adaaaaaaa...saya isteri yang baik apeee ;D




sumber dari sini
......................................................................



Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday (v.2)









ketagih main game nih.. ;D

Tuesday, August 9, 2011

~short & sweet~

short & sweet merujuk kepada Elia Jejariruncing


Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah putus tunang mereka yang dipaparkan di muka depan surat khabar dan juga blog-blog gossip. Yelah, putus tunang diberitahu melalui surat khabar, apa kes???


entry terbaru elia tentang peritnya dugaan yang terpaksa diharungi dan ketabahan beliau menghadapinya. Sedih memang sedih.. Rasanya tak ramai boleh faham. Yes, putus tunang @ putus cinta masing-masing ada merasainya. Aku pun sama. Tapi bila putus tunang melalui surat khabar, dengan orang yang terkenal, it's different. Sebab kena terima juga fitnah, makian, kata-kata kesat dan keji yang turut sama dilemparkan..





Lagi pulak rata-rata menyalahkan sikap elia yang terlalu over expose tentang kisah cintanya. Dan juga cerita dia melepaskan amarah di facebook. Tapi bila keluar pulak bukti gambar khairul fahmi berpegangan tangan @ dating dengan skandalnya tu, masing-masing tak pulak hamburkan makian ke apa. Semuanya kata, "tak ape lah..takde jodoh.."





tak adil betul.






hanya sebab yang curang itu dari pihak lelaki, dan terkenal pulak dengan bakatnya bermain bola..maka, yang salah hanya dipihak perempuan? dan okay pulak? cuba kalau pihak perempuan yang macam tu, sure dah macam-macam makian keluar kan?





Yes, of course ada salah dari dua-dua pihak. Bukan apa, tak perlu laa nak maki, hina, kutuk ke apa. Tak kesah la dia over expose ke. Lantak dia. hanya sebab ex tunang dia orang terkenal..makanya itu yang jadi masalah. Cuba kalau orang biasa, ada orang pedulik?? takde kan??





apa pun, aku turut simpati pada elia. kesian. rasanya tak tertanggung dugaan ni. Walau setabah mana pun cuba menerima, sedikit sebanyak hancur remuk jugak la hati tu.. Tak kesah la salah sapa pun, tapi tak perlu nak kutuk-kutuk or maki-maki.



Tak baik..cuba kalau kena kat diri sendiri..camne??




Lagi satu, aku memang pantaaaangg betul kalau bab curang-curang nih. Tak kira baik lelaki mahupun perempuan. CURANG tu memang satu perkara yang tak boleh dimaafkan! (huhuu...). Yelah, dah sayang sangatkan, pastu pasangan curang pulak, siapa boleh sabar??








haih, entahlah.







emo betul aku bila baca kisah diorang nih. emo sebab tengok orang-orang yang meroyan mengutuk tak tentu hala... Tapi yelah, perangai manusia ni macam-macam. Kadang-kadang dah tak macam manusia pun iya jugak.





apa pun, semoga elia semakin kuat dan tabah harungi dugaan ini. Aku tak rasa dia baca pun blog aku nih.. hehehe.. but aku doakan dari jauh. ameen..insyaallah.






Monday, August 8, 2011

scan baby

last saturday, we went to clinic kat taman melati, gombak tuk scan baby 4D. Klinik Medina ni antara yang termurah la untuk scan kat area KL nih. Yang mahalnya kalau ambik ubat-ubat. beratus-ratus jadiknya. huhuhu.. Pergi klinik hari sabtu so memang laa ramai orang kan. Menunggu tu dekat 3 jam lebih kot! me and husband siap tido terlentok-lentok lagi. Dari tidur terjaga tidur balik pun tak setel-setel. Last-last kami di panggil dalam jam 7 petang. huhu..



Demi nak tengok anak dalam perut ni kan..sanggup laaa tahan. huhu..



but i never told my mom pasal nak scan nih. Dia tak suka kalau aku scan. dunno why maybe ada alasan tersendiri kot. tak kesahlah.. hehe



then, bila scan tu cam blur jek. sebab baby sangat aktif. Dia memang macamtu. Kalau nurse check perut, habis dia tendang-tendang nurse tu. Notti betol!



Jenuh doktor nak tengok jantina baby. Padahal kami dah tahu jantinanya.. haha..bila doktor cakap maybe gegirl jugak, aku pun terkejut..biar betol?? aritu scan boy.. then, lepas aku cakap camtu, terus baby tunjuk 'anu' dia tu. hahaha..memang notti!



asyik tendang dan gerak kaki tangan susah betul nak tengok muka dia. hehe..memang sangat aktif. alhamdulillah... baby aktif ni menunjukkan dia sihat kan? Kepala baby dah kat bawah. dan semuanya okay. Takde problem pape pun. Insyaallah boleh deliver secara normal. pastu bila doktor cakap berat dia 2.5 kg, menjerit aku. biar betull!!!!???? masih ada 6++weeks lagi to EDD. bape laaa berat anak aku time lahir nih. Mau lebih 3kg. huk huk huk



husband cakap.. "tu laaa...mummynya makan banyak.."




hahaha..ada ke cenggitu..





doktor kata sebab genetik gak nih. Ikut mummynya yang tinggi dan besar. muahahaha... memang agak panjang size baby aku nih. tak kesahlah janji dia sihat..





pastu, bila doktor dapat tangkap muka dia....aku dan husband cam terdiam. blurrr... Awat tembam benor pipi budak nih????????sampai terpenyek-penyek mata dia dek sebab pipi yang tembam. huahahaha



"ni ikut mummynyaa ni doktor..pipi tembaaaammmm!"




lagi sekali mummynyaaa yang kena..hahaha..husband pipi kurus. hehehe..aku jugak yang diikutnya. Tapi nampak gaya tang idung cam mancung ikut husband. hehehe.. ;)




According to scan, aku dah 34 minggu lebih. Dan ada kemungkinan akan beranak awal. so kena prepare siap-siap time last check up nanti. Kot-kot dah terbukak 5cm ke kan.. hehe




nervous nervous. my first time experience!




..........................................


gambar later k!


Sunday, August 7, 2011

currypuff or karipaaappp


gegedik laak nak currypuff. karipap sudahhh ;)


aku memang sangat-sangat suka makan kuih nih. Tapi kan, nak cari yang bebetul sedap, rapuh @ rangup tu memang la payah. Selalu makan karipap mesti liat. Inti plak kedekut betul nak isi banyak-banyak. Orang meniaga biasalah kan..





Alkisahnya masa awal pregnant tu aku teringin sangat nak makan karipap pusing inti keledek. Nak cari kat seri kembangan time tu tak tahu plak kat mana ada jual. last-last dapat beli masa bulan puasa ni. Jenjalan kat bazaar dengan husband tu baru beli. Dapat makan dua ketul tapi cam tak puas. Tak berapa sedap lak dengan tekak aku. huhu..





Then google laaa kat tenet ni camne nak buat karipap pusing nih.. aduhh..tengok cam senang jek. Duk tengok resepi tu, khatamkan cara dan resepinya. Pastu fikir-fikir, nak buat ke tak, nak buat ke taakkk nihhh.. tapi kan tekak mak buyong ni ko jangan memainla...kalau tak dapat memang haru je rasanya.. hehe






makanya, lepas solat terawih tadi (sebab buat sendiri kat rumah, makanya habis dulu laa dari orang-orang kat masjid kan.. hehehe)





terus beroperasi kung kang laa kat dapur. adoiii....memang mencabar betul bab menguli nih. lenguh tau! huhuhuuu...





After almost one hour, baru laaa siap. Tapi aku just goreng beberapa ketul jek. Bahan-bahan tu simpan. Esok baru nak buat bebanyak tuk berbuka. Yelah, baru first time buat..kot tak sedap ke kan. Sekali tu, ya ampuuunnnnn!!! sedaaaaaapppp!!! hahahaha..gilo puji diri sendiri. Tapi betol..sedap sangat. puas hati laa berpeluh-peluh kat dapur. huhuhu.. inti keledek tu aku siap buh daging lagi. Yang terbaiknya kulit tu jadi sangaaaat rapuh. Tak liat langsung even dah sejuk. nyum nyummmmm!!






tapi bab nak kelim tu memang fail! ni mak aku belum tengok lagi. Sure kena gegelak nanti. Huduh betul kelim aku buat. hahaha..xkesah la..janji sedaaappp..








nyum nyummmm..rasa nak makan atas katil sambil layan cite ketika cinta bertasbih ni syokkk!!




nyum nyumm..simpan cket bagi mak abah rasa. hehehe..kalau tak mau semua selamat masuk perut aku. huhahuahaha..






okay, kalau nak try buat sila click disini. memang step by step diajar camna nak buat. simple and delicious! :)





tapi aku tak sukat pakai timbang pon. main agak agak jek. penimbang udah rosak. kihkih





tengok pasal karipap je punya panjang entry nih. memang hantu karipap betol..



..............................................................


updated: 1141pm

kena buat second round plak. adik aku abis baham yang memula buat tadi. my mom siap tanya camna aku buat..pakai ape suma..kihkih..pastu mak makan 3 ketul. abah pon sama..bukti betapa sedaaaaappp karipap aku tu.. muahahaha..sonok sonok.. ;)



esok berbuka kena buat bape puluh ketul ek??


(^,*)

surprise!! cont...

continue from previous entry.




Actually, my friend ada yang boleh agak apakah surprisenya tu. hehe..



Hari Jumaat lepas sahur, terus tido. then my mom kejutkan tuk subuh. Few seconds after mak ketuk dan bukak pintu, terdengar orang bukak pintu bilik dan samar-samar ternampak bayang-bayang seorang lelaki. Sebab tersangat la lalok masa tu. Sekali tu husband sendiri daaa... Memula ingatkan mimpi, sambung tido balik. Hahaha...



Memang terkejut!!!




Then my mom pun siap menjerit-jerit punyalah terkejut. huhu..



Yelah, apa lagi yang boleh buatkan hati gembira bila suami ada disisi.. ye tak?? hehe


So my husband la surprise nya!



Memang tak tahu langsung dia akan balik sini. Before that ada jugak message tapi balas pun ringkas so i guess dia busy sangat. Malas nak berdrama so i just ignore. hehe..tak sangka dia nak balik sini. Tak cakap pun cuti dua hari.. Nampak exhausted. Drive sensorang dari kangar, just for me. sob sob sob..terharu siuttt ..he's so sweet!



Memang spend time 24hours laa.. nak melekaaat je. haha..seronok btul. Dapat request macam-macam, i meant tang makan ye. hehehe..



Then mulutku tak henti-henti membebel. Banyak sangat benda nak cerita...husband sesengih jek dengar. haha....




Alhamdulillah...walaupun just 2days one night tapi sangat bermakna.. i kept on smiling jek. Tapi yang sedih of course time nak berpisah kan..siap mengigau terdengar suara husband lagi. adoi..parah betul. haha..


not sure bila lagi dia nak balik. Dah cuti tak tentu kan..hopefully before raya ni dapat la jumpa lagi.. :)



tengkiu myHunnybunny! (^o^)


Friday, August 5, 2011

surprise!!

nasib baik tengah lalok. Kalau tak mau kena heart attack (na'uzubillah..) terkejut yang teramat. i got surprise after sahur tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa yang surprise nya??






jeng jeng jenggg.... ;)






nanti aku update lain. hehehe...tengah enjoy dengan 'surprise' tu.. hihihi





sangat-sangat happy lor! (^o^)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers