gegedik laak nak currypuff. karipap sudahhh ;)
aku memang sangat-sangat suka makan kuih nih. Tapi kan, nak cari yang bebetul sedap, rapuh @ rangup tu memang la payah. Selalu makan karipap mesti liat. Inti plak kedekut betul nak isi banyak-banyak. Orang meniaga biasalah kan..
Alkisahnya masa awal pregnant tu aku teringin sangat nak makan karipap pusing inti keledek. Nak cari kat seri kembangan time tu tak tahu plak kat mana ada jual. last-last dapat beli masa bulan puasa ni. Jenjalan kat bazaar dengan husband tu baru beli. Dapat makan dua ketul tapi cam tak puas. Tak berapa sedap lak dengan tekak aku. huhu..
Then google laaa kat tenet ni camne nak buat karipap pusing nih.. aduhh..tengok cam senang jek. Duk tengok resepi tu, khatamkan cara dan resepinya. Pastu fikir-fikir, nak buat ke tak, nak buat ke taakkk nihhh.. tapi kan tekak mak buyong ni ko jangan memainla...kalau tak dapat memang haru je rasanya.. hehe
makanya, lepas solat terawih tadi (sebab buat sendiri kat rumah, makanya habis dulu laa dari orang-orang kat masjid kan.. hehehe)
terus beroperasi kung kang laa kat dapur. adoiii....memang mencabar betul bab menguli nih. lenguh tau! huhuhuuu...
After almost one hour, baru laaa siap. Tapi aku just goreng beberapa ketul jek. Bahan-bahan tu simpan. Esok baru nak buat bebanyak tuk berbuka. Yelah, baru first time buat..kot tak sedap ke kan. Sekali tu, ya ampuuunnnnn!!! sedaaaaaapppp!!! hahahaha..gilo puji diri sendiri. Tapi betol..sedap sangat. puas hati laa berpeluh-peluh kat dapur. huhuhu.. inti keledek tu aku siap buh daging lagi. Yang terbaiknya kulit tu jadi sangaaaat rapuh. Tak liat langsung even dah sejuk. nyum nyummmmm!!
tapi bab nak kelim tu memang fail! ni mak aku belum tengok lagi. Sure kena gegelak nanti. Huduh betul kelim aku buat. hahaha..xkesah la..janji sedaaappp..
nyum nyummmm..rasa nak makan atas katil sambil layan cite ketika cinta bertasbih ni syokkk!!
nyum nyumm..simpan cket bagi mak abah rasa. hehehe..kalau tak mau semua selamat masuk perut aku. huhahuahaha..
okay, kalau nak try buat sila click disini. memang step by step diajar camna nak buat. simple and delicious! :)
tapi aku tak sukat pakai timbang pon. main agak agak jek. penimbang udah rosak. kihkih
tengok pasal karipap je punya panjang entry nih. memang hantu karipap betol..
..............................................................
updated: 1141pm
kena buat second round plak. adik aku abis baham yang memula buat tadi. my mom siap tanya camna aku buat..pakai ape suma..kihkih..pastu mak makan 3 ketul. abah pon sama..bukti betapa sedaaaaappp karipap aku tu.. muahahaha..sonok sonok.. ;)
esok berbuka kena buat bape puluh ketul ek??
(^,*)
0 comments:
Post a Comment