Tuesday, February 23, 2010
sudah ajal
okay.
Tengah khusyuk menjahit di stor belakang, tiba-tiba hidungku terbau sesuatu yang sangat busuk. Haish..bau bangkai ape pulak nih. Tapi cari-cari tak jumpa pulak. Tiba-tiba aku ternampak seekor kucing hitam kesayanganku tak bergerak dibawah kerusi.
Alamak!
Tengok-tengok dah mati dah 'abby'. Berlendir dan badannya dah keras. Berlagak seperti CSI, aku menjangka kan dia sudah mati dari malam tadi. Patutla petang semalam waktu aku nak bagi makan dia tak respon je. Sempat juga belai dan berbual dengan abby. pujuk suruh makan tapi tetap tak mahu. Nak tanak terpaksala aku tanam. Part ni la yang paling aku tak suka dan benci. Tak sanggup..kesian sangat-sangat. Tapi siapa lagi nak tanam. Bukan ada orang lain. :((
Menitik gak la air mata tadi. Abby kucing yang paling best sebab tak banyak kerenah jaga dia. Seekor kucing yang sangat-sangat cool. Kalau lapar pun dia takde nak mengeow bising-bising cam kucing lain. Dah ajal nak buat camna. Aku balik dari johor tengok kucing-kucing tengah nazak. Tak tahula ape yang dimakan sampai jatuh sakit mcmni.. Anak kucing yang kecik-kecik ok je. 3 ekor yang besar ni suma tengah nazak. lagi dua ekor dah hujung nyawa.. Sedih je tengok.
hmm..nak buat mcmana kan. dah sampai ajal. huhuhu...
Friday, February 19, 2010
zraassss!!!
naik semak muka dengan sawang dan habuk kat page ni.
;p
lama sangat tak update blog. bukan sibuk. bukan malas. tapi otak seolah-olah beku dan tiada idea langsung untuk bercerita. mungkin nafsu untuk berblog dah menurun. heh!
okay, mula-mula sekali aku nak ucapkan TAHNIAH untuk lilly maimunah dan her husband to be insyaAllah, amir hafiz. Mereka akan bertunang pada 20hb aka esok la.. Maaf banyak2 sebab tak dapat hadir. Aku kena balik johor sebentar lagi. Sepupu sebelah ayah nikah dan takde sape lagi yang boleh teman. Rasa bersalah juga tak dapat hadir ke majlis kau la lilly. Ampun yaa...
apa-apa pun, im so happy for you guys. Setelah bertahun-tahun mengharung badai dalam hubungan akhirnya terjadi juga perkara ini. Tinggal lagi selangkah. InsyaAllah akan dipermudahkan..Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.. Thanks for everything esp jadi my gOOd listener..(sob sob sob)
at the same day juga hari besday my buddy, jerro. hahaha..mamat ni pun byk juga tolong aku time susah. Memang byk. Satu sekolah dari form 1. tapi tak pernah pun sekelas. aku kelas aliran arab. dia kelas biasa. so mmg tak leh sama. Apa-apa pun happy birthday to him la..(walaupun dia tak baca blog aku.. hihihi..) May always in His blessing dan dipermudahkan bertemu jodoh yang terbaik..ameeenn..
oklah. got to go.
tata!
Tuesday, February 9, 2010
berbakat ke?
Entah macamana..minggu lepas sedang aku mengemaskan barang di stor, terjumpala satu ikatan buku-buku. Belek punya belek itula koleksi majalah sekolah dari aku tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Bila tak dicari boleh pulak jumpanya..ajaib betul. Malas nak fikir panjang terus la aku baca majalah-majalah tu...
Tengok balik gambar-gambar masa sekolah dulu..senyum dan gelak sorang -sorang dibuatnya. Entah macamana tiba-tiba terjumpa pulak koleksi sajak yang aku karang dan dipublish dalam majalah tu. Baru teringat masa aku tingkatan 4 dan 5, aku agak rajin mengarang sajak. Siap ada buku khas lagi. Tapi entah mana buku tu aku tak tau.. hehehe..seriusly tak sangka pulak ada bakat mengarang camtu. Sekarang ni kalau suruh karang balik sajak-sajak mungkin agak 'lembab' sedikit. hahaha..
Mungkin dulu masa kat sekolah belajar kesusasteraan bahasa melayu dan juga bahasa melayu klasik..tu yang duk rajin nak buat sajak. Memang bahasa melayu merupakan subjek kegemaran aku. Kawan-kawan sampai menggelarkan aku 'pakar' berbahasa especially kalau buat ayat bunga-bunga dan ada jugak yang mintak tolong kalau nak mengarang surat cinta.. hahahaha..klaka sungguh.
sebut pasal surat cinta..baru teringat..masa sekolah dulu aku rajin berutus surat dengan boyfriend..dia tingkatan 6 dan aku tingkatan 5. Siap berlawan sapa dapat karang paling panjang. Kalau tak silap paling banyak aku dapat karang dalam 11 muka surat. perrggghh! tataula ape yang aku tulis..semua surat-surat yang boyfriend bagi aku dah bakar. Malas pulak nak simpan.. hehehe.. seriusly aku tak leh igt ape yang aku karang sampai begitu panjang..hahaha..jiwang siuuttt.... ;p
sekarang nih? entah..rasanya dah kurang la kot. hehehehe..
Sunday, February 7, 2010
For the rest of My Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
......................................................
huh..sebak betul
Tuesday, January 26, 2010
sunyi
huhuhu..seriusly rindu betul kat adik sorang ni. :(
Kalau dia ada semua terhibur hati dengan keletah dia yang sangat suka mengusik dan buat lawak..
takpelah, ada rezeki leh jumpa lagi. huhuh~
Monday, January 25, 2010
Lidah setajam pisau
Sebelum berkata-kata, fikir panjang la dahulu. Dah terlepas tak boleh nak patah balik @ berundur. Kelak akan melukakan hati banyak pihak. Hati dah tercalar, susah nak hilang parutnya..
Sekarang ni kecoh sana sini tentang kes farhani tarmizi yang mengutuk perempuan sarawak tu. Dan baru-baru ni pulak kecoh tentang AdukaTaruna ni pulak..
Tak suka pun jangan la guna perkataan yang kesat. Kan tak baik. Apa-apa pun nanti diri sendiri yang tanggung akibatnya. Hmm...walaupun tak menggunakan perkataan kesat, kadang-kadang pun boleh buat orang lain terasa dan marah. Lagi la kalau guna kata-kata yang sangat kurang ajar tu. Zaman sekarang ni kalau silap cakap ke..silap tulis ke..semua masuk court. Jadi, kenala kawal dengan apa yang kita nak tulis atau cakap tu. Tak kira la di facebook ke blog ke atau apa-apa laman web lain.
Kadang-kadang manusia ni tak sedar apa yang dikatakan itu sangat kurang ajar walaupun menggunakan kata-kata yang biasa. Bagi mereka semua tu tak salah..mungkin sekadar 'bergurau'. Tapi kalau dah sampai menghina tu camna pula? Sultan pulak tu yang dihinanya.hish!
Rasanya kita semua pun pernah lukakan hati orang lain dengan kata-kata sendiri. Tidak kira dari segi percakapan atau penulisan. Huhu..Kita tak terlepas dari melakukan silap. Mungkin juga tidak sengaja dan ada juga yang sengaja. Yang penting mohon maaf dan cuba untuk tidak mengulanginya semula..Tapi dalam kes ni rasanya memang sengaja cari nahas.
Kalau mohon maaf pun belum tentu boleh selesaikan masalah. Orang lebih suka saman menyaman..kalau dah bersalah kenala tanggung akibatnya. Akhirnya diri sendiri juga yang susah. hish...kalau dah melampau sangat sampai guna m****s untuk orang yang dah meninggal..pastu kutuk pulak satu negeri..aduhai...camne orang nak maafkan?
Jangan rasa kita sudah cukup bagus sampai rasa layak untuk menghina orang lain..Hidup tak selalu di atas. Nikmat yang Tuhan beri tu boleh ditarik sekelip mata.
Sama-sama kita ambil iktibar..

update.
si fahrin nak saman linda onn pasal fitnah dia kaki pukul. ha...kan dah kena. Kerana mulut badan binasa..hish...tanggungla akibatnya. Kan lebih baik diam je. Benda dah lepas buat apa nak ungkit dan kecohkan lagi. Cukup-cukupla tu...
(haish..jarang pulak aku cerita hal-hal artis kat blog ni. huhuhu)
.....................................................................
ish...bertangguhla entry psl trip ke jakarta tu.. nanti la ye! :)
Saturday, January 16, 2010
BbQ time!
Memang syok la sebab lama dah tak bersembang camni. Meriah! lagi besh kalau adik aku yang lagi dua orang tu balik. Nak buat camne..masing-masing masih sekolah lagi. Yang ada ikan pari, ikan ape tah lagi..aku tatau nama ..then ada sotong, kentang, daging kambing..wahh..mmg syok laaa..hehe
ahh..dah syok-syok layan bbQ lupa pulak nak snap gambar..hehe
Bila dah kenyang, aku plak termenung panjang. Bukan ape risau dengan berat yang makin naik ni. Huhuhu...kang tak muat pulak baju. Asyik keje makan yang berkalori tinggi, hancur lebur diet. huhuhu...
okayla, have a nice weekend!
Tuesday, January 12, 2010
susah nya nak pilih
Bila dah booking terasa cam nak batalkan bila tengok ada yang lebih cantik dan murah. haish..kena pilih betul-betul so tak rasa menyesal. huhuhu..
esok, family buat kenduri doa selamat. untuk ape? selamat utk semua la kot. adik yang sakit tu dah beransur baik sedikit. abang dan kakak ipar pun ada balik sekali. Jadi buatla kenduri... moga-moga kami sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya.
minggu depan pulak...nak travel ke satu negara yang aku tak pernah jejak. Walaupun berjiran tapi tak pernah pun kesana. Ni abang offer bercuti kesana. Orang dah sponsor takkan nak tolak kan? kebetulan aku jadi penganggur tersohor sekarang ni..manfaatkan sepenuhnya..hehehe..
.
.
.
.
.
walaupun online 24jam..mood nak berblog macam malas je. Tiba-tiba blur nak cerita ape..hehe..
Thursday, January 7, 2010
Penangan Facebook
Rasanya aku macam dah addicted pulak dengan facebook. Sehari kalau tak jengah mula la cam cacing kepanasan. Terutama kalau ada main game. Aduhh...abis mati semua tanaman tu. haha..Ramai kan yang addict macam ni.
Sindrom addict dengan facebook ni melanda bukan sahaja di Malaysia tapi di luar negara juga. Ada yang turut menyekat penggunaan facebook sewaktu masa kerja. Rasanya di Malaysia pun ada juga yang berbuat sedemikian.
Dan facebook juga menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial lain..suami isteri berlaku curang sehingga cerai berai. Dah banyak kes di serata dunia yang suami isteri bercerai kerana facebook. Buat sex chat di facebook la..macam-macam. Dan aku sendiri turut pernah kena kes macam tu. Ada makhluk-makhluk tak guna ajak buat benda tak senonoh..cakap lucah..cakap kurang ajar. Ikut aku senang je, sound sikit then delete dan terus block. Walaupun orang yang dikenali.
Apa-apa pun biarlah berpada-pada. Jangan kerana facebook semua kerja tak buat. Semuanya tak menjadi..hubungan yang elok jadi putus..keadaan elok jadi huru hara..jangan jadikan facebook tu tempat untuk berlaku curang dengan pasangan. Manfaatkan teknologi untuk perkara yang lebih berfaedah..
Walaupun aku boleh dikatakan addicted, tapi tetap ada batasan. Banyak faedah dan kebaikan yang aku dapat dari 'bermukabuku' ini. Dapat jumpa balik kawan yang dah bertahun-tahun tak pernah jumpa. Memang ramai kawan-kawan sekolah dapat berkumpul dan cerita zaman dulu kala.. dapat jumpa balik saudara mara yang dah bertahun terputus hubungan..dan dia sendiri tak tahu kami bersaudara..dapat jumpa kawan-kawan baru dan juga kawan-kawan blogger. Dan yang paling utama, kerana facebook juga aku dapat berjumpa semula dengan bakal suami ni. Walaupun kami satu U dahulu, tapi tak pernah berkawan pun..sekadar say hi dan hangguk-hangguk kepala aje.
Walau apa pun..biarlah berpada-pada. Jangan jadikan facebook itu mengubah kehidupan kita kearah perkara yang tidak baik. Benda apa pun kalau dibuat berlebih-lebihan mesti mendatangkan kemudaratan. Sedar dimana kedudukan dan status kita. Kalau yang dah berkahwin, jangan jadikan facebook untuk berskandal sana sini. Zaman sekarang ni dah tak kira bini orang ke laki orang ke semua nak dirembat.. Jauhkanla kita semua dari perkara tak elok macamni. Pengaruh tu boleh datang dari mana-mana pun..Yang penting diri sendiri tu..
Baca disini.
Janganla berfacebook sampai jadi begini.. huhu..
Tuesday, January 5, 2010
Oh mataku!
Baru-baru ni, aku nyaris-nyaris langgar lori tangki minyak sewaktu keluar dari simpang. Masa tu dalam keadaan hujan renyai dan traffic light rosak. lori tu terbabas sedikit dan drivernya marah kat aku (bagi signal tangan..huhu). Kejadian tu buat aku tergamam. Kalau la aku tak sempat tekan brek, memang dah langgar la lori tu. Na'uzubillah..

