Tuesday, January 5, 2010

Oh mataku!

Mula-mula pakai spec ni masa di Uni dulu. Tak ingat tahun bila. Tapi puncanya sebab terlalu lama mengadap laptop sampai mata naik rabun. huhu..

Mula dengan power yang tak banyak. Tak sampai seratus pun. Tapi sebab kadang-kadang blur bila dalam kelas, so terpaksa la buat jugak. First spec buat kat focus point. Agak mahal bagi aku yang tak biasa buat spec ni. Pakai pun ikut mood. Sekali tu entah camne, tengah tido dan spec tu ada kat sebelah aku. Adik bongsu boleh pijak sampai penyek spec tu. Tapi yang beshya tak pecah pun..Bila dah lama cket aku tuka pulak ke spec baru. Murah cket banding yang lama. Dan powernya pun naik la sedikit. Jadi seratus lebih. Tapi makin lama makin tak suka nak pakai. Makin rimas..huhu..jadi aku pakai pun kejap-kejap. Dan sejak awal tahun lepas aku dah terus tak pakai spec tu. Buat-buat cam tak rabun la... hehe..boleh la plak camtu ek.

Tapi bila drive, memang tak baca signboard la. kalau baca pun dah dekat. hahaha..sengal tul.

Baru-baru ni, aku nyaris-nyaris langgar lori tangki minyak sewaktu keluar dari simpang. Masa tu dalam keadaan hujan renyai dan traffic light rosak. lori tu terbabas sedikit dan drivernya marah kat aku (bagi signal tangan..huhu). Kejadian tu buat aku tergamam. Kalau la aku tak sempat tekan brek, memang dah langgar la lori tu. Na'uzubillah..

Aku memang tak nampak langsung kelibat lori tu bila keluar dari simpang. Masa tu dengan sahabat baik tapi dia drive kereta lain. Dia nampak lori tu. Tapi aku memang sedikit pun tak nampak. Mengucap panjang dibuatnya...

Itu salah satu kejadian yang memerlukan aku pakai cermin mata. Jadi tadi aku pun terusla nekad ke kedai untuk buat yang baru.. Sekali bila check power, terus jadi hampir 300 sebelah kiri dan kanan 2 ratus lebey. Waduhhh...apesal makin tinggi ni..huhu..rasa tak best betul..Tapi nak tanak aku terpaksa la pakai jugak. Cuma tadi mintak powernya dikurangkan sedikit. Tak tahan bila tinggi macam tu. Sayang mata ni. huhu..nampak gayanya kena makan carrot banyak-banyak la kan? dulu my dad memang rajin buatkan air carrot susu sebab tanak bagi aku pakai spec. Last-last masuk U kena pakai jugak..

Adik beradik aku memang kebanyakan pakai spec. Masing-masing jadi rabun bila masuk U. haha..Orang kata pakai spec nampak cam educated ek? selalu dengar camtu. Tapi tak pernah plak rasa pandai bila pakai spec tu. Yang paling tak boleh tahan, ada sorang kawan lelaki pernah cakap, nak cari girlfriend yang pakai spec sebab nampak comel. comel ke? hehe..tapi memang ada yang jadi comel bila pakai spec. ahh...kalau dah muka memang tak comel tu, pakai spec ke atau tak tetap tak comel kan? hahahaha.. (hampehnya ayatku ituuu... ;p)



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails