Thursday, January 7, 2010

Penangan Facebook



Rasanya aku macam dah addicted pulak dengan facebook. Sehari kalau tak jengah mula la cam cacing kepanasan. Terutama kalau ada main game. Aduhh...abis mati semua tanaman tu. haha..Ramai kan yang addict macam ni.

Sindrom addict dengan facebook ni melanda bukan sahaja di Malaysia tapi di luar negara juga. Ada yang turut menyekat penggunaan facebook sewaktu mas
a kerja. Rasanya di Malaysia pun ada juga yang berbuat sedemikian.

Dan facebook juga menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial lain..suami isteri berlaku curang sehingga cerai berai. Dah banyak kes di serata dunia yang suami isteri bercerai kerana facebook. Buat sex chat di facebook la..macam-macam. Dan
aku sendiri turut pernah kena kes macam tu. Ada makhluk-makhluk tak guna ajak buat benda tak senonoh..cakap lucah..cakap kurang ajar. Ikut aku senang je, sound sikit then delete dan terus block. Walaupun orang yang dikenali.

Apa-apa pun biarlah berpada-pada. Jangan kerana facebook semua kerja tak buat. Semuanya tak menjadi..hubungan yang elok jadi putus..keadaan elok jadi huru hara..jangan jadikan facebook tu tempat untuk berlaku curang dengan pasangan.
Manfaatkan teknologi untuk perkara yang lebih berfaedah..

Walaupun aku boleh dikatakan addicted, tapi tetap ada batasan. Banyak faedah dan kebaikan yang aku dapat dari 'bermukabuku' ini. Dapat jumpa balik kawan yang dah bertahun-tahun tak pernah jumpa. Memang ramai kawan-kawan sekolah dapat berkumpul dan cerita zaman dulu kala.. dapat jumpa balik saudara mara yang dah bertahun terputus hubungan..dan dia sendiri tak tahu kami bersaudara..dapat jumpa kawan-kawan baru da
n juga kawan-kawan blogger. Dan yang paling utama, kerana facebook juga aku dapat berjumpa semula dengan bakal suami ni. Walaupun kami satu U dahulu, tapi tak pernah berkawan pun..sekadar say hi dan hangguk-hangguk kepala aje.

Walau apa pun..biarlah berpada-pada. Jangan jadikan facebook itu mengubah kehidupan kita kearah perkara yang tidak baik. Benda apa pun kalau dibu
at berlebih-lebihan mesti mendatangkan kemudaratan. Sedar dimana kedudukan dan status kita. Kalau yang dah berkahwin, jangan jadikan facebook untuk berskandal sana sini. Zaman sekarang ni dah tak kira bini orang ke laki orang ke semua nak dirembat.. Jauhkanla kita semua dari perkara tak elok macamni. Pengaruh tu boleh datang dari mana-mana pun..Yang penting diri sendiri tu..

Baca disini.




Janganla berfacebook sampai jadi begini.. huhu..

2 comments:

aNIe said...

Leeya..janganlah sampai macam ni kan? Diorang ni semua tak gunakan otak...akak ni main jugak FB tapi pandai2lah membahagikan masa kan?

Leeya said...

ha..betul tu akak..setuju sgt2. Pandai2 la kita kawal dan bahagikan masa..igt tanggungjawab kita yg sebenarnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails