Hari ni bangun agak lewat. Mak bagitahu akan ke perak dengan abah. Maka aku tinggal di rumah sorang-sorang which is fine with me. Lagi pun aku tengah sibuk menyiapkan 'projek besar' untuk bulan 5 ni. Ala, bukan apa pun. Aku cuma tengah sibuk menjahit beg untuk majlis tu. Khas untuk kawan-kawan dan sedara mara. :)
okay.
Tengah khusyuk menjahit di stor belakang, tiba-tiba hidungku terbau sesuatu yang sangat busuk. Haish..bau bangkai ape pulak nih. Tapi cari-cari tak jumpa pulak. Tiba-tiba aku ternampak seekor kucing hitam kesayanganku tak bergerak dibawah kerusi.
Alamak!
Tengok-tengok dah mati dah 'abby'. Berlendir dan badannya dah keras. Berlagak seperti CSI, aku menjangka kan dia sudah mati dari malam tadi. Patutla petang semalam waktu aku nak bagi makan dia tak respon je. Sempat juga belai dan berbual dengan abby. pujuk suruh makan tapi tetap tak mahu. Nak tanak terpaksala aku tanam. Part ni la yang paling aku tak suka dan benci. Tak sanggup..kesian sangat-sangat. Tapi siapa lagi nak tanam. Bukan ada orang lain. :((
Menitik gak la air mata tadi. Abby kucing yang paling best sebab tak banyak kerenah jaga dia. Seekor kucing yang sangat-sangat cool. Kalau lapar pun dia takde nak mengeow bising-bising cam kucing lain. Dah ajal nak buat camna. Aku balik dari johor tengok kucing-kucing tengah nazak. Tak tahula ape yang dimakan sampai jatuh sakit mcmni.. Anak kucing yang kecik-kecik ok je. 3 ekor yang besar ni suma tengah nazak. lagi dua ekor dah hujung nyawa.. Sedih je tengok.
hmm..nak buat mcmana kan. dah sampai ajal. huhuhu...
7+ Store Cupboard Turkey Curry References
1 year ago
0 comments:
Post a Comment