Tuesday, February 9, 2010

berbakat ke?

Beberapa minggu lepas aku mencari-cari koleksi majalah sekolah di stor rumah. Untuk mengumpul alamat kawan-kawan lama. Mudah nak hantar kad jemputan nanti. Tapi bila di cari tak jumpa pulak. Rasa kecewa tapi aku agak mungkin dah hilang masa pindah rumah sebelum ni..

Entah macamana..minggu lepas sedang aku mengemaskan barang di stor, terjumpala satu ikatan buku-buku. Belek punya belek itula koleksi majalah sekolah dari aku tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Bila tak dicari boleh pulak jumpanya..ajaib betul. Malas nak fikir panjang terus la aku baca majalah-majalah tu...

Tengok balik gambar-gambar masa sekolah dulu..senyum dan gelak sorang -sorang dibuatnya. Entah macamana tiba-tiba terjumpa pulak koleksi sajak yang aku karang dan dipublish dalam majalah tu. Baru teringat masa aku tingkatan 4 dan 5, aku agak rajin mengarang sajak. Siap ada buku khas lagi. Tapi entah mana buku tu aku tak tau.. hehehe..seriusly tak sangka pulak ada bakat mengarang camtu. Sekarang ni kalau suruh karang balik sajak-sajak mungkin agak 'lembab' sedikit. hahaha..

Mungkin dulu masa kat sekolah belajar kesusasteraan bahasa melayu dan juga bahasa melayu klasik..tu yang duk rajin nak buat sajak. Memang bahasa melayu merupakan subjek kegemaran aku. Kawan-kawan sampai menggelarkan aku 'pakar' berbahasa especially kalau buat ayat bunga-bunga dan ada jugak yang mintak tolong kalau nak mengarang surat cinta.. hahahaha..klaka sungguh.

sebut pasal surat cinta..baru teringat..masa sekolah dulu aku rajin berutus surat dengan boyfriend..dia tingkatan 6 dan aku tingkatan 5. Siap berlawan sapa dapat karang paling panjang. Kalau tak silap paling banyak aku dapat karang dalam 11 muka surat. perrggghh! tataula ape yang aku tulis..semua surat-surat yang boyfriend bagi aku dah bakar. Malas pulak nak simpan.. hehehe.. seriusly aku tak leh igt ape yang aku karang sampai begitu panjang..hahaha..jiwang siuuttt.... ;p

sekarang nih? entah..rasanya dah kurang la kot. hehehehe..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails