Thursday, August 5, 2010

hangin je haku dibuatnya!

lately ni tido malam jadi susah.

Satu mungkin disebabkan fikiran tak tenang dengan kerja yang banyak.

Kepala asyik sakit. Pening memanjang.

Bubuh minyak kapak minyak besi karat pun tak jalan jugak. Rasa macam nak celup dalam minyak masak pun ada.

gilo kau.


Bila mula baring je, mula la..tersendawa non stop. Berjam-jam sampai ke subuh. Bayangkanla!



dari tengah malam sampai ke subuh aku duk bersendawa sorang-sorang non stop. sedih dan sakit. Penat. Kadang-kadang sampai muntah. Tak tahu simptom apa. Selalunya sekejap aja. Ini berterusan untuk hampir seminggu.



Agaknya badan aku ni banyak sangat angin.


minum teh buang angin pon macam tak jalan jugak.


confuse aku sakit nih.



haishh..hangin betul aku dibuatnya!




............................................................

rutin tidur dah tak normal. walaupun mata dah ngantuk badan dah penat tapi masih tak boleh tidur. Jam dah 3 pagi. Huhuhu..

Tuesday, August 3, 2010

Apa sudah jadi ni labu??

Erk, aku duduk kat Malaysia rasanya. Bukan Amerika. Bukan London. Bukan..Bukan..



Tapi kenapa hari-hari berita yang dahsyat-dahsyat keluar dikaca tv, di helaian surat khabar.


Sungguh mengerikan..



Bayi dibuang sana sini. Budak umur 9 tahun dah kena rogol. Budak sekolah belasah cikgu. Cikgu pun ada belasah budak sekolah. Bunuh orang sana sini. Kalau dulu sorok-sorok bunuh orang. Ini di tengah-tengah jalan pun boleh tembak-tembak. Malaysiakah ini?



Kadang-kadang, bila keluar rumah sorang-sorang dan terpaksa pulang hingga lewat malam hati jadi gusar dengan pelbagai kemungkinan buruk. Mintak dijauhkan.


Malaysiaku sudah tidak selamat.



Manusia sudah tidak malu melakukan maksiat.



Petanda dunia sudah nazak dan tenat.



Kesilapan kami yang tidak pernah beringat.



Ya Allah, ampunkan dosa kami semua.




Monday, August 2, 2010

dari putih suci ke warna warni

dulu masa awal-awal 'terjun' ke dunia blogging ni, aku agak gila menukar template.

seminggu kejap tema bunga-bunga.

seminggu lepas tu tukar ke hutan rimba.

seminggu lepas tu tukar ke manusia mana pula..



entah.



kadang tak sampai seminggu pun berkali-kali aku tukar baju blog nih. Yalah, dia pun nak merasa baju baru juga.



Tapi, sejak acapkali aku tukar blog yang kadang buat aku hampir berputus asa dah nak berblogging, aku jadi malas dah nak tukarkan baju blog nih.




lantaklaaaa kau tak berbaju.


Agak lama juga ku biarkan blog ni tak berbaju. Hanya putih saja. Yalah, putihkan melambangkan suci. Kononnya, mahu menyucikan blog ini dari perkara yang tak best. ah ha!



Entah macamana tiba-tiba dapat 'hidayah' mahu bajukan semula blog nih. Sian pulak lama dah tidak bertukar warna.




naaahhhh!!! berwarna-warni sudah blogku.




hehehe



Kalau aku bosan sampai nak muntah muntah tak tidur malam gara-gara assignment yang berlambak-lambak, maka aku akan tukar lagi baju blog ini.





sekian.



;)

Sunday, August 1, 2010

how fast time flies!

hi all..how's ur weekend?



me?



naahhhh...quite boring lor!




I found this..



"No use thinking of the past for its gone....
don't think of the future because it has to come....
and think of the present because that's where you are.........."


totally agree!!

(this pic taken by me last nite..)




I just wanna say




be happy!!





and







HAPPY FRIENDSHIP DAY!!


............................................

owh cepatlah masuk maghrib. saya sudah kebuluran.. ;( puasa setengah hari ini...sambung esok setengah hari semula, boleh tak? heee :D

Friday, July 30, 2010

saatnya semakin tiba

lagi beberapa hari kita akan masuk ke bulan ramadhan..bulan penuh keberkatan dan barakah. bersyukur masih dipanjangkan usia untuk mengumpul sebanyak pahala yang boleh..moga-moga amalan kita semua diterimaNya..ameenn..



ini kali pertama aku menyambut ramadhan bersama suami tercinta..tapi tak pasti lagi kami dapat berbuka sama selalu atau tidak. huhu..



Bila puasa, orang pasti sibuk bercerita tentang raya.Aku cuma nak bagitau, insyaAllah tahun ni akan balik kampung suami. harap-harap mak aku xsedih :(



humm...lama betul tak hapdet entry. Hari-hari kepala aku dok fikirkan tajuk thesis..dan macam-macam lagi laaa....



adehhh..seriusly sampai rasa nak muntah dah asyik berfikir tanpa henti.. :(



bila sorang akak sekelas dgn aku (tp dia buat phd) bagitau kat aku yang terlalu banyak berfikir boleh menambah kedut kat mukaaa...sebab stress je memanjang. ahh..terus malas nak fikir dah sekarang...hahaha..alasan semata xnak buat kerja la kannnn..




Bayangkan la..aku pernah tak tido sampai ke lepas subuh..semata-mata tak boleh tido sebab susah hati fikir assignment kena hantar. Padahal masih ada masa seminggu lagi..hehehe..poyos la pulak kannn ;)



okaylah..bosan pulak cerita pasal study nih. Skg pun tak tido lagi sebab masih mencari topik untuk research.huhuhu...



husband entah kemana.. :(



katanya nak ambik gambau pelacur. hish hishh..macam hape je bunyi keja dia tu kaann kann..hahaha..



hari ni aku puasa..semalam pun puasa. puasa ganti. Aku rasa macam dah ganti dah awal-awal tapi aku lupa dan tak pasti..so aku ganti la balik. Takpelah..memang selalu macam ni..hehehe..lepasni kalau aku ganti puasa..aku suh husband ingatkan. tu la gunanya partner kan kannn?? ;)



tadi masak kueteow kungfu..sebab semalam makan kat kedai macam sedap je..teringin nak buat sendiri..leh gak tahan sedapnya...haha..puji diri sendiri laa pulaakkk.. ;)



tak caya??korang set time bila..mai datang rumah..aku masakkan mehhhh!!



okay..statement poyo diatas tu.


hehe


minggu lepas masak char kueteow..agaknya lama-lama aku pun kena panggil TEOW macam adik aku tuh..gara-gara sukaa sangat makan benda tu.. heh! minggu depan nak masak ape pulak dengan kueteow nih? hihi



adeh..sebut pasal makan ni memang la besh kan..badan pon dah macam raksasa agaknya.



humm..ape aktiviti weekend nih?

me??



takde pape special kot..duk je la umah buat kerjaaaaaa...




sebab ape??






husband tak cuti daaaaa~~ :(


sob sob sob





so


okay guys, happy weekend!!







Friday, July 23, 2010

tolong jangan semakkan kepalaku

sekarang jam hampir ke 1 pagi. semua mungkin sedang lena dibuai mimpi indah atau pun mimpi ngeri.ha! tu la..sape suh tengok citer antu lagi. pastu tak basuh kaki. hambik kau kena kejar dengan hantu!

okay.saya dah mula merepek.

husband pun tengah lena tido. sangat bosan kalau mata masih celik jadi burung hantu. hish..

aku pulak tengah pulun menyiapkan assignment yang dah mula berlambak-lambak macam kat pasar malam. ape kaitan dengan pasar malam?ahh..semalam pegi pasar malam tapi harga makanan mahal macam kat restoren 5 bintang. seriusly tanak beli lagi dah. :(

ok.patah balik cerita assignment. Baru je masuk sem 1, aku dah bantai ambik 5 subjek. Konon nak buat macam undergrad dulu. Balun ambik 6-7subjek satu sem. sebab nak habis belaja cepat. Tapi aku rasa macam dah nak muntah tengok kerja yang banyak. Satu subjek assignment diberi setiap minggu. aduh! pastu bukan mudah or simple macam masa degree dulu hokay! no copy paste ke hape.memang nak kena cepuk la buat macam tu.

sekarang dalam kepala tengah berkira-kira nak drop satu subjek. tanya pendapat 'senior' yang aku dah jumpa. Macam-macam pendapat mereka beri. Disebabkan aku 'budak baru' plus surirumah sepenuh masa, maka jadi perhatian jugak la. Kebanyakan mereka bekerja. Yelah, kalau ikut logik kos aku ni memang sesuai untuk orang yang bekerja dalam bidang itu.ahh.. tak kesah la labu....

Tapi, dalam 5 subjek tu aku belum lagi pergi semua kelas. dua subjek aku dah ponteng kelasnya. Bukan sengaja. Lambat add. pastu clash dengan kelas lain. satu kali tu ponteng sebab balik perlis. humm..

ada yang kata, pilih nak dapat ilmu atau nak score cgpa?

kalau nak pilih ilmu, tak kesahla ambik dengan lecturer killer/ kedekut markah. walaupun mungkin akan effect kita punya cgpa. ahh...makin banyak pendapat orang, makin pening kepala aku. Yang paling aku geraaam tu, sorang lecturer yang kira baik dengan aku walaupun baru pertama kali bertentang mata.. (eceehh..!!) pun turut sama racun aku. haishhh!! cukup la tu. i made my decision okay sir!

yang merunsingkan aku..takut tak mampu nak buat dengan baik. risau itu je. but at the same time, aku mahu buat cepat sebelum aku ada apa-apa komitmen lain (mengandung or kerja). humm..sekarang ni mungkin aku try dulu handle 5 subjek dan cuba fahami style lecturernya. Kalau mampu, aku teruskan. kalau tak drop jelaahhh kan??

mungkin aku terlalu banyak berfikir. selagi tak selesai selagi tu kepala rasa berat je.


kadang-kadang, tak semua perkara yang kita inginkan akan diperolehi. Walaupun dah berusaha sehabis baik. Mungkin sebab perkara itu tidak baik untuk kita..benda yang kita tak jangka/tak suka..itu mungkin yang terbaik untuk kita.

so sekarang ni, aku cuba untuk tidak berharap atau berangaannn ape-ape. Nanti kuciwaaaa... cuba jelah buat yang terbaik.



Allah lebih mengetahui.



okay. now i want to sleep. ;)


Wednesday, July 14, 2010

Kalau lah semudah menekan 'delete' button

Kadang-kadang, aku menyampah dengan diri sendiri.

Bukan orang lain. Diri aku.

Sebab banyak benda yang aku tak suka ada pada diri aku.

Cuba untuk buang.

Berkali-kali sampai aku hampir kehilangan cara.

Sungguh.

Kalau aku ada 'delete' button, mudah aja padam semua yang tidak diperlukan.

Haish.

Memang banyak sangat 'cas negative' dalam badan. Sebab tu buat perkara semua serba tidak kena.

Ahhhh........!!


.....................................................................

sesekali nak merapu

Thursday, July 8, 2010

life after world cup?

Yeah!! akhirnya menang juga spain!!

terus rasa mahu honeymoon kesana. Maaf ya germany kerana tidak menyokong kamu. Saya amat menyampah tengok penyokong-penyokong kamu yang terlalu fanatik.

Macam puas hati je bila german kalah.

muahahahaha!!!


jangan marah ye sape yang sokong german. saje je nak bakar-bakar. Sebelum match bukan main berapi lagi kamu semua ye..

Paul si sotong tu pon tunjuk spain yang menang.

(seriusly memang merepek la kalau orang Islam pun percaya sangat dengan ramalan sotong tu!)

Yang kelakarnya, penyokong team yang kalah suma nak gulai/sambalkan si paul tu sebab kata mereka sebab paul la team mereka kalah.

wakakakakaka!!


apela si sotong paul tu tahu.

kurafat la semua tu.


Tak sabar nak tunggu final nanti.


Habis world cup nanti pasti malam-malam jadi sunyi sepi semula. Hidup jadi normal. Kedai-kedai mamak mula kurang riuhnya.

my husband pulak akan bekerja seperti orang-orang nornal yang lain. Aku masih tak dapat bayangkan macamana keadaannya. Sejak kahwin, memang waktu kerja husband tak normal. Masuk 4 petang..balik rumah 2 pagi. Yang pasti bila waktu kerja normal, senang cket nak ajak berdating. Yeahhh!!!

besh besh

Tapi aku pulak dah mula masuk kelas. Masih tak tahu jadual waktu kelas macamana. Tapi kalau ikut kata kawan, 5 petang-9malam. cuma harinya masih tak pasti lagi. Nervous nih. 6 tahun belajar di Universiti yang sama dan sekarang di Universiti yang baru. Nak kesana pon aku boleh sesat.

malu malu


takpe.semua akan baik-baik aja.


Life is challenging. Tapi Tuhan takkan uji sesuatu yang hambaNya tidak mampu hadapi.



.....................................................

p/s: tengah berazam untuk sesuatu!

Friday, July 2, 2010

bila tangan tak reti duduk diam..

aku memang suka memasak.

suka try resepi baru. esp yang simple dan mudah. tak pro la katakan..hihi

tambahan pulak kat rumah baru ni banyak lagi barang yang tak lengkap..masih takde lagi peti ais dan oven..so tak leh nak try resepi yang bombastic sangat la..hehe


semalam try buat moist chocolate cake tp takde periuk yang sesuai nak kukus. Try periuk yang ada tak sesuai..maka tak jadi la kek aku tu..

tapi still tak puas hati..nak jugak buat something untuk husband nih..

tiba-tiba terbaca status seseorang kat fb kata nak buat kek batik.



terus excited nak buat!

aku cuba adjust sedikit resepi yang aku ada..sebab malas nak bubuh banyak-banyak benda..hehehe

tapi memang kek batik tak perlu banyak bahan pon kan.

yang penting kena ada BISKUT MARIE!


kalau takde biskut ni kang tak jadila kek batik..jadi pulak kek sutera. ;)
okay..check it out!


ni kek batik version aku la ye..sebab ada macam-macam version kek batik ni. Ikut tekak selera masing-masing..dan juga ikut tahap kerajinan korang..hehe

memula aku patah-patahkan biskut tu jadi beberapa keping kecil..ada yang suka letak dan susun terus. So ikut selesa masing-masing..



pastu, pukul 1/2 cawan marjerin (yang ada tu je..malas nak guna butter ke ape..hihi) dengan 1/4 cawan gula sampai kembang..

dah agak-agak kembang tu bubuh la 2 biji telur..tambah plak milo (ikut suka nak buh berapa banyak..aku letak dalam 1 cawan), pastu 1/2 cawan susu pekat ( tak suka terlalu manis), 1/2 cawan air.


kalau nak bleh la letak nescafe cket ke..kopi cket ke..serbuk koko ke..

tapi jangan banyak kang jadi pahit pulak. Aku cuma letak serbuk koko@coklat yang selalu buat minuman tu.. hehehe..

dah kacau semua sampai sebati..terus masak atas dapur..sampai le masak..jadi pekat dan berketul-ketul...



pastu buh la biskut tadi..then tuang dalam bekas dan penyek-penyek kaann..hihi..tekan sampai padat la ye..



dalam 30minit pastu dah boleh ngap!


wallaaa!!!


seriusly simple sangat..




but so delicious!!!


ni tengah tunggu husband balik..nak dengar ape komen dia pulak.. :)


..........................................


nak post gambar punya la lambat loading..tengah problem 'berukband' nih..ish ish..tunggu la mood dia ok cket aku upload ye.. hihi






Thursday, July 1, 2010

A new journey has begun


It's not easy to make a decision. I hate it. Sebab apa? takut tersalah pilih..Dengan kehendak sendiri, nak menjaga hati orang lain, dengan keperluan semasa...ahhh..i really dont know what to do. Lagi pulak memerlukan keputusan dengan kadar yang segera. Sungguh. aku sangat-sangat stress bila kena memilih.



Tapi dalam hidup ni, kita memang sentiasa perlu memilih. Jalan yang terbaik ialah buat solat istikharah. Dan apa jua yang kita decide selepas itu pasti tak akan menyesal.



Cuma aku ni..walaupun dah solat istikharah..masih lagi ada rasa ragu-ragu. Takut dengan keputusan yang aku dah buat. Sama ada aku mampu buat yang terbaik..risaukan dengan outcome nya..kadang-kadang tertanya..kalau aku terima pilihan lain..ape yang akan jadi. huhuhu..that's my problem.


Buntu sangat.


bila kepala da blur..asyik keje nak makaaannn..tidooo..makaaann..tidoooo..

maka badan pon macam dipam pam..


muahahaha..


takpelah..tak cuba tak tahu. it's not easy to start something new..tapi perkara itu semua akan menambahkan lagi pengalaman hidup..


just let it be


and


i'll do my best!


ameeen...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers