Friday, July 2, 2010

bila tangan tak reti duduk diam..

aku memang suka memasak.

suka try resepi baru. esp yang simple dan mudah. tak pro la katakan..hihi

tambahan pulak kat rumah baru ni banyak lagi barang yang tak lengkap..masih takde lagi peti ais dan oven..so tak leh nak try resepi yang bombastic sangat la..hehe


semalam try buat moist chocolate cake tp takde periuk yang sesuai nak kukus. Try periuk yang ada tak sesuai..maka tak jadi la kek aku tu..

tapi still tak puas hati..nak jugak buat something untuk husband nih..

tiba-tiba terbaca status seseorang kat fb kata nak buat kek batik.



terus excited nak buat!

aku cuba adjust sedikit resepi yang aku ada..sebab malas nak bubuh banyak-banyak benda..hehehe

tapi memang kek batik tak perlu banyak bahan pon kan.

yang penting kena ada BISKUT MARIE!


kalau takde biskut ni kang tak jadila kek batik..jadi pulak kek sutera. ;)
okay..check it out!


ni kek batik version aku la ye..sebab ada macam-macam version kek batik ni. Ikut tekak selera masing-masing..dan juga ikut tahap kerajinan korang..hehe

memula aku patah-patahkan biskut tu jadi beberapa keping kecil..ada yang suka letak dan susun terus. So ikut selesa masing-masing..



pastu, pukul 1/2 cawan marjerin (yang ada tu je..malas nak guna butter ke ape..hihi) dengan 1/4 cawan gula sampai kembang..

dah agak-agak kembang tu bubuh la 2 biji telur..tambah plak milo (ikut suka nak buh berapa banyak..aku letak dalam 1 cawan), pastu 1/2 cawan susu pekat ( tak suka terlalu manis), 1/2 cawan air.


kalau nak bleh la letak nescafe cket ke..kopi cket ke..serbuk koko ke..

tapi jangan banyak kang jadi pahit pulak. Aku cuma letak serbuk koko@coklat yang selalu buat minuman tu.. hehehe..

dah kacau semua sampai sebati..terus masak atas dapur..sampai le masak..jadi pekat dan berketul-ketul...



pastu buh la biskut tadi..then tuang dalam bekas dan penyek-penyek kaann..hihi..tekan sampai padat la ye..



dalam 30minit pastu dah boleh ngap!


wallaaa!!!


seriusly simple sangat..




but so delicious!!!


ni tengah tunggu husband balik..nak dengar ape komen dia pulak.. :)


..........................................


nak post gambar punya la lambat loading..tengah problem 'berukband' nih..ish ish..tunggu la mood dia ok cket aku upload ye.. hihi






0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails