Thursday, July 8, 2010

life after world cup?

Yeah!! akhirnya menang juga spain!!

terus rasa mahu honeymoon kesana. Maaf ya germany kerana tidak menyokong kamu. Saya amat menyampah tengok penyokong-penyokong kamu yang terlalu fanatik.

Macam puas hati je bila german kalah.

muahahahaha!!!


jangan marah ye sape yang sokong german. saje je nak bakar-bakar. Sebelum match bukan main berapi lagi kamu semua ye..

Paul si sotong tu pon tunjuk spain yang menang.

(seriusly memang merepek la kalau orang Islam pun percaya sangat dengan ramalan sotong tu!)

Yang kelakarnya, penyokong team yang kalah suma nak gulai/sambalkan si paul tu sebab kata mereka sebab paul la team mereka kalah.

wakakakakaka!!


apela si sotong paul tu tahu.

kurafat la semua tu.


Tak sabar nak tunggu final nanti.


Habis world cup nanti pasti malam-malam jadi sunyi sepi semula. Hidup jadi normal. Kedai-kedai mamak mula kurang riuhnya.

my husband pulak akan bekerja seperti orang-orang nornal yang lain. Aku masih tak dapat bayangkan macamana keadaannya. Sejak kahwin, memang waktu kerja husband tak normal. Masuk 4 petang..balik rumah 2 pagi. Yang pasti bila waktu kerja normal, senang cket nak ajak berdating. Yeahhh!!!

besh besh

Tapi aku pulak dah mula masuk kelas. Masih tak tahu jadual waktu kelas macamana. Tapi kalau ikut kata kawan, 5 petang-9malam. cuma harinya masih tak pasti lagi. Nervous nih. 6 tahun belajar di Universiti yang sama dan sekarang di Universiti yang baru. Nak kesana pon aku boleh sesat.

malu malu


takpe.semua akan baik-baik aja.


Life is challenging. Tapi Tuhan takkan uji sesuatu yang hambaNya tidak mampu hadapi.



.....................................................

p/s: tengah berazam untuk sesuatu!

2 comments:

aNIe said...

Leeya...si sotong tu sedap buat sambal je...yang diorang pi ikot ramalan si sotong tu buat apa...hehehehe

leeya said...

hehehe..tu la akak.buat sambal sodap tu.hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails