Saturday, April 10, 2010

My Mom's Asam Pedas

Sapa suka makan asam pedas?


sila angkat tangan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


okay, saya pun suka! hehee..
Actually, masa dulu-dulu asam pedas bukan lah kegemaran. Langsung tak suka nak makan kalau mak masak asam pedas. Mati selera. eceh!


tapi makan gak la..kang mati kebuluran pulak.haha..



Sebab apa tak suka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebab mak selalu masak asam pedas yang cair. Macam asam rebus. My dad suka macam tu. Jadi kenalah masak ikut selera suami. Plus, aku memang tak suka makan masam-masam nih. sebab tu dulu memang tak gemar makan asam pedas.


Cuma, adakalanya mak masak asam pedas lain cket..agak pekat dari biasa. ha...yang tang lain tu buat aku mula suka makan asam pedas...memang super delicious lah!



last few years, my best friend datang rumah dan mak masakkan asam pedas tu.Katanya sangat sedap. Tak pernah rasa sedap mcmtu..so, aku pun tanyala mak macamana nak buat. Belajar punya belajar..baru sekarang terer sedikit masak asam pedas mak.haha..
yeah..mana boleh lawan air tangan ibu kan?



Masa majlis bertunang tu pun mak sempat masakkan asam pedas walaupun dah ada masakan beriani..memang tak kena tapi lauk asam pedas mak lah yang paling licin! tunang ku sampai ke dapur korek periuk nak cari asam pedas tu lagi. hahaha..memang terbaik lah!



Dan masa pertama kali masakkan untuk tunang pun, aku masak asam pedas. Tapi bagi aku rasanya tak sedap macam mak masak. huhu..


resepinya tak susah pun tapi mungkin tekniknya kot..




so tadi, mak telah mengeluarkan arahan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


'hari ini awak kena masak asam pedas ikan kembong campur sayur bendi...'


okay boss!



hahaha..


so ape lagi kan? arahan dah dikeluarkan..kena la bersiap sedia.

mak biasanya akan blend cili kering yang dicampur sekali dengan bawang dan simpan dalam peti ais. senang nak masak apa-apa sambal. cili kering (satu kati) akan digunting dan direbus..campur dengan bawang merah dan putih yang juga diblend..

rasanya cili ni yang buat asam pedas mak sedap.


Jadi cili blend mak tu aku tumis. Campur dengan kunyit dan halia yang telah ditumbuk.




masa tumis tu aku taruk asam keping dengan sebiji tomato yang dipotong. My dad suka a lil bit masam..baru terangkat!




owh..jangan lupa daun kesum. Tapi selalu mak masak tak taruk pon sedap gak.hehe..




Okay..masa tumis tu lama sikit. Bagi cili tu bebetul masak. Kang sakit perut pulak.


.
.
.
.
.
.

pastu taruk la sayur bendi. then ikan..akhir sekali letak lagi sebiji tomato. hehe..




hasilnya....


taddaaa!!!!





fuhhhh..nasib aku tengah berusaha keras berdiet. Kalau tak berkali-kali ku tambah.

hahaha..


Yang buat aku geram tadi..waktu masuk ke bilik untuk ambil kamera..dua ekor ikan kembong dicurik kucing aku..rani.

haish..geramnya!!! rasa macam aku nak buat asam pedas kucing jek!


muahahaha...


tapi aku tidaklah sekejam itu.


hanya tinggalkan dapur beberapa saat je. sempat dibawak lari..2 ekor pulak tuh!! hilang tah kemana. hishhh..pastu bleh plak masuk rumah dengan muka dah kenyang!

sabar jelah..

geram punya pasal lupa plak nak snap gambar kucing tuuh..hhhhiissshhh..


takpelah..rezeki kau la kucing!


haha




apa-apa pun...


Ini my mom's punya asam pedas. lain orang lain caranya kan? tak kesah la..yang penting boleh buat semua orang kenyang. hehehe..

Dulu tak suka tapi sekarang dah jadi favourite. Asam pedas ke..asam rebus ke suma dah suka. hehe..


penah sekali tu dah geram sangat nak makan asam pedas..tp ikan takde..aku buat asam rebus..

rebuskan air..masukkan satu sudu cili blend dan kunyit dan halia yang ditumbuk. then, masukkan asam keping..tomato dan sayur bendi.

walla!

sedap hingga menjilat jari!!!

hehehehe..






Thursday, April 8, 2010

My passion

Cantik tak?

subhanallah...

Aku yang ambik pun termenung sebentar dalam kereta menikmati panorama yang sungguh indah.

Begitu hebat ciptaan Yang Maha Esa.

Gambar ni diambil semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah bekas anak murid yang dah jadi geng sekepala denganku. Tempah baju kahwin kat mak dia. Rumahnya ditepi sawah..jadi kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya. :)


Monday, April 5, 2010

erk!

Tetiba rasa macam blur.
.
.
.
.
Banyak gak benda yang tak settle lagi nih.
.
.
.
.
Tiap kali orang tanya, aku cuma jawab..alah, lambat lagik. Bila direnung-renung kalender...
.
.
.
.
alamak! dah tinggal beberapa minggu lagi.
Terus menggelabah..blur blur blur..pastu mula la nak tambah stress yang dah memang sedia stress nih.. :(


sindrom panic attack.


arrgghhh!


Friday, April 2, 2010

Alfatihah



Takziah untuk keluarga Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad yang telah meninggal dunia tengah malam tadi..

Terkejut dan terkedu..Aku dapat tahu dari status tunang tengah malam tadi yang beritahu beliau telah menghembus nafasnya yang terakhir..

Innalillahiwainnailaihiraji'un..

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

ajal maut ditangan Tuhan. Tiada siapa dapat menduga..adakah amalan kita sudah cukup sebagai bekalan menemui yang Esa?

Allahuakbar..sama-sama kita hargai masa yang ada dengan kebaikan..kelak esok lusa entah masih bertemu lagi atau tidak..



Wednesday, March 31, 2010

good and bad news


Im not feeling well starting last night. Rasa pening, loya dan lemah. Not sure pasal apa. Hari ni pulak sakit lain datang. adehhh..teruk betul rasanya.



Ingat tadi nak buat HIV test..tapi nurse tu kata esok petang baru boleh buat test tu..hari ni khas untuk ibu mengandung jaaa! hahaha..mana aku tau kan.. (^,^)




Alhamdulillah..tadi ada dapat good news. Not for me but for him. Tapi aku tumpang happy laa.. hehehe..apa yang terbaik untuk dia, aku tumpang bangga.. :) Murah rezeki dia akhir-akhir ni..syukur.



InsyaAllah esok lepas buat HIV test tu aku akan ke KL untuk hantar permohonan master. haa..sambung blaja lagi aku.huhuhu..dah tak dapat kerja, baik sambung belajar kan? Harap-harap murah rezeki aku.. :)





...........................................................................

semoga din beramboi cepat sembuh... terkejut dengar keadaan dia sekarang. Sama-sama doakan yang terbaik untuk beliau.





Monday, March 29, 2010

hati yang bercampur baur

Ni cerita rojak. Mula-mula nak cerita hati yang tengah berbunga-bunga. hehe


Siapa suka kejutan? surprise la..
Kalau yang menyeronokkan..semua suka kan? dapat hadiah ke..dapat something yang boleh buat kita terharu la. hehe..

Ala, bukan apa. Tiba-tiba petang tadi dapat surprise plak. Ada orang yang tak dijangka tu tiba-tiba muncul depan rumah. Pandai dia nak ambik hati. :p

Tapi kan lagi besh kalau tiba-tiba dapat menang hadiah kereta BMW5 siries sebijik. Or lotus Elise ke..Itu memang surprise yang memang semua orang nak la..haha

okay.enuf psl tu.

Nak cerita pasal hati yang tengah menyampah, kecewa and sedih.

Pelik la dengan spesis manusia mcm ni ..yang dulu bukan main benci dan menyampah dengan kita..yang dah buang kita dan tak mengaku kawan lagi dah..sampai mengaibkan maruah..tiba-tiba sekarang busybody nak tahu serba-serbi kehidupan kita pulak. Sungguh menyampah ok!

Entahlah..tak faham. Manusia ni..sebab hati tu banyak sangat dipengaruhi syaitan..mula la nak berdendam..nak busuk hati..dengki dengan orang. Sampai satu tahap ada yang sanggup nak putuskan silaturrahim. Jadi duri dalam daging..gunting dalam lipatan. Dan apa-apa lagi la perumpamaan yang sesuai..

Jangan nilai orang dari luaran..muka baik, cantik, lemah lembut pun belum tentu hatinya begitu. Kadang-kadang sangat berbeza dengan luaran. Muka harap cantik, hati busuk macam bangkai. Hipokrit macam tu.

haish..ntahlah. Hati jadi sakit bila ingat manusia spesis begitu. Apa pun hidup nih berpusing..kalau hari ni kita buat orang, tak mustahil esok lusa kita akan kena. Hidup jangan nak berlagak..tak kemana semua tu. Jangan rasa kita sudah cukup bagus sampai rasa layak nak menghina orang lain!

Huh..emosi pulak entry kali nih. Takpelah..harap-harap aku tak termasuk dalam golongan manusia keji macam tu.

Tiba-tiba teringat drama cerekarama 'rawan seorang perempuan'. Emosi betul tengok. Masih ada manusia yang keji dan tak berperikemanusiaan macam tu. Hmm..sebab tu sekarang orang duk buang anak sana sini tanpa ada perasaan bersalah. Binatang pun sayang anak..ni dah tahap apa aku tatau nak cakap.

Dunia akhir zaman. Macam-macam benda tak diduga boleh jadi.

sigh.
.
.
.
.

Okay. Ni cerita tentang hati yang suka ria. Pasal benda yang aku suka.

Salah satu gambar lama yang aku edit. Ni masa bercuti ke Venice tahun 2005. Guna kamera compact canon Ixus. Tadak dslr lagi. Bila edit jadi cantik pulak.. :) Ramai komen cakap cantik..tu yang hati jadi suka ria. hehehe..



haish..kan seronok kalau dapat honeymoon kesini.. (^,^)



THIS IS WHAT WE CALL LIFE!

Sunday, March 28, 2010

2 Bulan!

2 month from now, everything will change.

new life. and everything new!

.
.
..
.
.
.
.
.

kad jemputan sudah siap dan tak sabar nak edarkan kat semua orang.hehehe..



may all the sadness gone away.....coz i just want to be happy!





(my cousin's wedding)

Friday, March 26, 2010

Saya budak baru belajar..

Lamanya tak hapdet blog!

Im not sure sama ada nak kekalkan atau delete atau private blog ni. Dah mcm2 aku buat tapi macam tak kena je. Haish..nanti ada pulak yang perli kata aku ni manusia takde pendirian.

Last-last, lantak la orang nak fikir apa. Lantakla orang nak cakap apa. Buat apa yang terbaik untuk aku. Yang penting aku tahu ape yang aku buat.

Lately ni..aku 'sibuk' mengadap laptop dari pagi sampai tengah malam. Buat ape? belajar dan belajar edit gambar. Improvekan skill sikit-sikit yang ada. Cuba pelajari teknik-teknik mengambil gambar yang cantik.

Aku dah mula terlibat secara serius dgn bidang fotografi ni. kalau dulu cuma ambik gambar kawan or sedara-mara yang kahwin tanpa ada apa-apa bayaran. Tapi sejak my cousin punya wedding last month..aku jadi agak confident untuk 'promote' diri sendiri kat kawan-kawan. Yeah..walaupun masih belum pro, tapi tak salah mencuba. Yang penting, minat dan usaha.

Alhamdulillah, ada rezeki berpihak pada aku. walaupun tak la banyak mana lagi job yang aku dapat. Tapi cukup buat aku TERUJA! hehehe..dan aku pun dah mula buat pakej yang berpatutan..hehehe..

Kalau rajin..tengok-tengok laman ni

Walaupun tak mendapat sokongan dan galakan sepenuhnya..Tapi aku tetap teruskan sebab memang dari kecik aku sangat minat ambik gambar..dan sekarang dah ada dslr di tangan, maka perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk aku ya!

that's all.

Thursday, March 18, 2010

Muhasabah


Mungkin diam itu lebih baik dari bersuara..mungkin sabar itu lebih baik dari gelisah atau keluh kesah..mungkin itu dinamakan kekuatan yang sebenar..kadangkala, bila bersuara akan memburukkan suasana..menukar suka jadi duka..sabar itu sesuatu yang mahal..maka ganjarannya sangat besar..malahan bukan pula bererti kita kalah..itu adalah kekuatan pada segala..

Hidup tidak pernah surut dari segala liku dan pancaroba yang serba menguji diri..satu persatu datang yang kadangkala melemahkan jiwa yang semakin rapuh. andai itu yang terbaik, maka itu jugalah yang perlu diusahakan..

Berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakan. Iya..berkata-kata kadangkala tak perlu berfikir dan natijahnya akan rasa menyesal dengan apa yang diluah. Manusia tak sempurna..tidak pernah sempurna. Kita sendiri yang menentukan sama ada untuk menerima atau tidak kelemahan dan kekurangan seseorang itu.

Dalam usia yang meningkat dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Apa yang diharapkan, agar dapat mengubah menjadi insan yang lebih baik. Walaupun mungkin bukan untuk kepuasan diri sendiri..tapi demi membahagiakan orang yang disayangi..itu yang dinamakan pengorbanan..

Friday, March 5, 2010

masih sakit lagi

Dah masuk dua minggu sakit kepala tak hilang-hilang. Sejak duduk rumah ni aku agak jarang kena sakit kepala @ migrain. Melainkan kalau lambat makan.

Tapi lately ni..kerap sangat sakit kepala. Sehari tu datang berkali-kali. Pagi-pagi akan sakit kalau aku keluar dan matahari baru naik. Aduhai..macam puteri lilin la pulak kan?

Tengah hari kalau panas sangat memangla sakit nyut nyut tu datang lagi.

Malam pun boleh sakit kepala tanpa sebab.


nape eh?


Sebab stress ke?
Tu pun rasanya ada mempengaruhi kot.



Rasanya faktor utama jadi macam ni.. cuaca yang tidak menentu. Ditempat aku ni dah lebih seminggu tak hujan. Panas terik je. Kalau redup atau mendung..hujan tetap tak turun. Macam tak sudi je nak siram muka bumi sekarang ni. Banyak sangat dosa dan kekejaman yang berlaku.. :(

Hape nak jadi pun tak tau.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers