Thursday, March 18, 2010

Muhasabah


Mungkin diam itu lebih baik dari bersuara..mungkin sabar itu lebih baik dari gelisah atau keluh kesah..mungkin itu dinamakan kekuatan yang sebenar..kadangkala, bila bersuara akan memburukkan suasana..menukar suka jadi duka..sabar itu sesuatu yang mahal..maka ganjarannya sangat besar..malahan bukan pula bererti kita kalah..itu adalah kekuatan pada segala..

Hidup tidak pernah surut dari segala liku dan pancaroba yang serba menguji diri..satu persatu datang yang kadangkala melemahkan jiwa yang semakin rapuh. andai itu yang terbaik, maka itu jugalah yang perlu diusahakan..

Berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakan. Iya..berkata-kata kadangkala tak perlu berfikir dan natijahnya akan rasa menyesal dengan apa yang diluah. Manusia tak sempurna..tidak pernah sempurna. Kita sendiri yang menentukan sama ada untuk menerima atau tidak kelemahan dan kekurangan seseorang itu.

Dalam usia yang meningkat dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Apa yang diharapkan, agar dapat mengubah menjadi insan yang lebih baik. Walaupun mungkin bukan untuk kepuasan diri sendiri..tapi demi membahagiakan orang yang disayangi..itu yang dinamakan pengorbanan..

3 comments:

~Mrs Fred~ said...

ez, nape ni..jgn sedih ok.. awak tu tak lama lagi nak naik pelamin..kena ceria2 selalu tau!! insyaAllah semua yg baik2 je nanti akan datang..

leeya said...

hehe..biasalah akak..kejap ok kejap tak ok..hehehe..insyaAllah..semua akan baik2 aje... :)

tQ for ur concern..eh, nnt time majlis dtg ye.akak xnah dtg umah kan..

~Mrs Fred~ said...

takpe..biasalah tu..

eh, akak pernah dtg tau..sekali je lah tapi..masa raya 2005..time tu baru balik dari uk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails