Monday, March 29, 2010

hati yang bercampur baur

Ni cerita rojak. Mula-mula nak cerita hati yang tengah berbunga-bunga. hehe


Siapa suka kejutan? surprise la..
Kalau yang menyeronokkan..semua suka kan? dapat hadiah ke..dapat something yang boleh buat kita terharu la. hehe..

Ala, bukan apa. Tiba-tiba petang tadi dapat surprise plak. Ada orang yang tak dijangka tu tiba-tiba muncul depan rumah. Pandai dia nak ambik hati. :p

Tapi kan lagi besh kalau tiba-tiba dapat menang hadiah kereta BMW5 siries sebijik. Or lotus Elise ke..Itu memang surprise yang memang semua orang nak la..haha

okay.enuf psl tu.

Nak cerita pasal hati yang tengah menyampah, kecewa and sedih.

Pelik la dengan spesis manusia mcm ni ..yang dulu bukan main benci dan menyampah dengan kita..yang dah buang kita dan tak mengaku kawan lagi dah..sampai mengaibkan maruah..tiba-tiba sekarang busybody nak tahu serba-serbi kehidupan kita pulak. Sungguh menyampah ok!

Entahlah..tak faham. Manusia ni..sebab hati tu banyak sangat dipengaruhi syaitan..mula la nak berdendam..nak busuk hati..dengki dengan orang. Sampai satu tahap ada yang sanggup nak putuskan silaturrahim. Jadi duri dalam daging..gunting dalam lipatan. Dan apa-apa lagi la perumpamaan yang sesuai..

Jangan nilai orang dari luaran..muka baik, cantik, lemah lembut pun belum tentu hatinya begitu. Kadang-kadang sangat berbeza dengan luaran. Muka harap cantik, hati busuk macam bangkai. Hipokrit macam tu.

haish..ntahlah. Hati jadi sakit bila ingat manusia spesis begitu. Apa pun hidup nih berpusing..kalau hari ni kita buat orang, tak mustahil esok lusa kita akan kena. Hidup jangan nak berlagak..tak kemana semua tu. Jangan rasa kita sudah cukup bagus sampai rasa layak nak menghina orang lain!

Huh..emosi pulak entry kali nih. Takpelah..harap-harap aku tak termasuk dalam golongan manusia keji macam tu.

Tiba-tiba teringat drama cerekarama 'rawan seorang perempuan'. Emosi betul tengok. Masih ada manusia yang keji dan tak berperikemanusiaan macam tu. Hmm..sebab tu sekarang orang duk buang anak sana sini tanpa ada perasaan bersalah. Binatang pun sayang anak..ni dah tahap apa aku tatau nak cakap.

Dunia akhir zaman. Macam-macam benda tak diduga boleh jadi.

sigh.
.
.
.
.

Okay. Ni cerita tentang hati yang suka ria. Pasal benda yang aku suka.

Salah satu gambar lama yang aku edit. Ni masa bercuti ke Venice tahun 2005. Guna kamera compact canon Ixus. Tadak dslr lagi. Bila edit jadi cantik pulak.. :) Ramai komen cakap cantik..tu yang hati jadi suka ria. hehehe..



haish..kan seronok kalau dapat honeymoon kesini.. (^,^)



THIS IS WHAT WE CALL LIFE!

2 comments:

suezensuzanna said...

cantik!...aku suke:D...

leeya said...

hehehe..thank u!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails