Friday, January 6, 2012

sindrome bayi tergoncang

Assalamualaikum,

this is something good to be shared. hmm.. i didnt used buaian tuk tdokan aisy and bouncer ke ape pun tak berminat nak beli. I believed those stuff not good for him. oklah kalau kita yang henjut mungkin tak kuat but what if orang lain yang henjut?tanpa pengawasan kita? so lebih baik tak payah guna. plus i really do not like baby di lambung-lambung. i guess some people like to do that. memang aku tak suka. sian baby tu. di lambung or angkat tinggi-tinggi.. when it comes to baby, kita kena treat dia baik-baik. even nampak dia suka, gelak and excited but it does not mean benda tu elok or good for babies.. dont be selfish.


hmm.. ape pun please read this okay.. :)




SINDROME BAYI TERGONCANG


Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)

Kenapa bayi digoncang?

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.

2. Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas akibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan

Kenapa ianya merbahaya?

Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.

Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?

Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangka panjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.

Bagaimana mencegahnya?

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokong bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
6. Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis





sumber dari sini


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday (v.15)

Assalamualaikum,

Ini dia dua orang budak geng bertopi baju belang supper at secret recipe :) love u both

4 months old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..hari ni aisy genap 4 bulan. But our next check up is on 12 Jan. So I don't know his current weight,etc. will update bout that later k. It's all for my future reference.

Emm..aisy is still sleeping rite now. I noticed aisy did not really like to meniarap dan dia takde pun berminat nak meniarap. I'm not sure why. But he really likes to sit. Pastu,dia suka pegang kain or baju. Suka tarik-tarik. Kadang-kadang tangan aku ditarik dan dihisapnya.. Haha..comel betul.

Aisy sangat peramah! Suka bercakap dan ada macam-macam jenis suara dan gaya. Yang paling comel bila dia buat suara mengada-ngada nak ngempeng. Hahaha.. Aisy suka gelak. Suka diagah orang..pastu suka plak nak agah org. Kadang-kadang orang tak tegur dia,dia lak yang 'tegur' orang tu..hehe..pastu kalau dgr org sembang pandai nak 'menyampuk'..


Memang menyeronokkan bila dia happy macamtu. Cuma adalah waktunya aku cam jd hilang sabar especially bila dia merajuk. Huhu..xpun bila ada yang kacau dia. Huhu.. Tapi aisy ni pun bukanlah banyak ragam sangat. Masih boleh handle lagi..


Rite now aku terpaksa campur dgn formula milk just for a while. Atas sebab yg mmg xdpt nak elak. Sebab aku stay di perlis rite now and did not bring my breastpump and ebm so mmg terpaksa campur. Insyaallah kalau dah sembuh next week da boleh fully bf balik. Aisy dah nak minum botol cuma ada waktu dia memang nak comfort feeding bila da kenyang..


It is not easy nak fully bf bila tak dapat sokongan sepenuhnya dari orang sekeliling. Some ppl bila dgr baby nangis terus jump to conclusion kata baby tak kenyang. So kena bagi fm. Hakikatnya susu ibu cukup je. Kita kena yakin dan kuatkan semangat. Itu yg terbaik tuk our baby. Hopefully dapat bf aisy tuk selama yang boleh..


Bila ada kawan-kawan yg baru dapat baby or bakal dapat baby..selalu aku igtkan agar start pump susu dari awal. Dari ari ketiga tu dah boleh pump. Buat stok susu masa awal-awal coz masa tu susu sangatlah meriah! Aku pump masa tu tp sbb kurang ilmu dan pengalaman aku tak dapat nak simpan banyak dari awal. But rite now I've 10bottles stok ebm 5.5oz. Nak tambah lg insyaallah..

Nantilah aku update lain pasal ebm and breastfeed ni. Saja kongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 2, 2012

Oh ombak rindu

Assalamualaikum,

Yeah, I know it's too late for me to review about the movie. I watched the movie at astro first so lambat la kan..

Overall the movie is okaylah. I like it. Especially the scenery. Pemandangannya sangat cantik! And I reaaallly love the house..uma yang izah stay tu. Umah harris pun nice! At first when I heard maya karin akan pegang watak izah,rasa cam tak kena pulak dengan dia. Coz in the novel we're all imagine izah tu original muka melayu bukan pan asia la.huhu.. Tapi bab lakonan,perghh!! Memang best la maya karin. Meresaaap ke hati gituu. Aaron Aziz is a good actor as we all know it la kan..bgla watak ape pun tetap menjadi. And I love dia punya music background. Semua lagu-lagu sangat kena dan meruntun jiwa. Hehe..


Now what I don't like pulak.. Lisaaa!! Adoi..tak kena langsung gaya dia dalam tu. Yes,dia cuba jadi lain dengan bawa watak tu tapi rasanya xmenjadi. Menyampah btul bila sikit-sikit jerit. Siap ada sebut sial tu. Then, tudung yg izah pakai. Mana ada orang kampong pakai tudung cenggitu lagi. Ingat orang kampung ni kolot sangat ke. Boleh pakai tudung bawal tu tapi pakailah elok2. Aku rasa tak kemas lgsung.huuu..


Emm..to those yang baca novel mesti layan movie ni. Tapi bagi orang yg tak baca akan jadi xberapa faham. Like my husband. Banyak benda dia xfaham and kept asking me. Ada banyak part yg menarik patut di highlightkan tapi they don't put it in the movie. Yeah,limited time. Bila tengok mula-mula lagi came out from my mouth,nape cite ni nampak cam laju dan kelamkabut. Huhu.. But takpelah..kalau buat drama bolehlah pepanjang meleret-leretkan..


I will watching this movie again and again. Hehe.. :D

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 1, 2012

New Year 2012

Assalamualaikum,


Em..actually I've a lot to share on my previous entry but due to limited time I have right now so just a short update that I was able to publish. But let's talk bout this new year first.



So today is the first day of 2012. Suddenly I started to feel nervous bout this year. I'm not quite sure what are the reasons. But one thing I'm sure bout my study,my new semester is bout to begin soon. I need to decide now whether to proceed with project paper or CE/comprehensive examinations. Actually,last semester I decided to do project paper as I took this one class, which required me to do 3 chapter out of 5 about my project paper. But then,the topic I wrote about so complicated and caused me not so good result. So I'm afraid to proceed with the same topic again. Plus,with my supervisor style yang sangaatla strict where she wants her students to do project paper just like thesis. The different is just the page number. Hmm..I'm not sure if I can do well with project paper plus my friends having trouble to finish their own. Entahla ek..if I have a good topic to make a research then ill proceed with pp. If not maybe CE jelah.


Let's see my target for this year:

-finish my study either with CE or PP
-hope to get 4 for the semester grade
-be more and more patience,humble and cool
-do more ibadah,pray on time,sadakah,etc
-get a good job,insyaallah
-stay together as one family with hubby somewhere in kl or sel. Honestly I'm not ready to stay longer again in perlis. Hmm..ntahlah. Depends with ketentuan Allah.
-go umrah then euro trip maybe?hehe (if I'm working there would be soooo many travel plan..hehe)
-learn more bout cooking and baking. Take formal class like homemade chocolate that I did before.
-and of course be a good muslim,wife,daughter and mother..

About last year, so many things had happened. When I tried to remember one by one tetiba rasa sayu je hati. Hmm..quite challenging..


-early february I found out bout my pregnancy. It started when I was not feeling well then husband tanya nak pegi klinik or not which he told me masa tu dia just ajak-ajak ayam je. Coz he just came back from work around 1am. But then I said, jomla ke klinik. Haha..bila doc told us that I'm 5weeks preggy,cam xcaya coz one week before dah buat test sendiri but the result negative.


-then bermula sesi mabuk mabuk until I admitted to hospital. Masa tu early midnite,came back from muar. Almost 9days kena duduk kt wad bersalin tu. Suspected with so many deseases cam H1N1,tibi,etc coz I got 40 dgree of fever. Huhu..kena amik darah banyak n cucuk sana sini berlubang tangan. Huhu..tp all that just my morning sickness.


-masa early march husband kena transfer balik perlis which masa tu still dalam wad. At first I was so cool and calm la kan..pastu dia buat ayat sedih trus hujan lebat.huhuhu..


-then after dah keluar hospital,bermula la my independent life as a student. Dengan sakit2 gagahkanlah diri ke kelas.my morning sickness did not end until I delivered my baby.huhu..


-after finish my sem, I went back to perlis with hubby. Hmm..until around 8months I went back to my home to get ready to deliver.


-first day of raya still not with husband coz working on that day. Then second day husband went back. At that time I hope dapat beranak soon while he still with me. Takut nnt balik perlis lg kelam kabut. And I really hope dapat beranak on his birthday! And also at hospital sg buloh. I kept saying tak mau beranak kt tg krg due to my horror experience masa admitted back then. Skali btul xleh beranak after one day waited at hospital tg krg. Coz dah 37weeks so doc send me to sg buloh. Alhamdulillah.. :)


-im still not finish my story bout "kelahiran pertamaku" kan..hehe..mcm malu lak nak end that story.huhu


-after aisy ada,everything changed. Of course lah kan. Hehe.. Alhamdulillah..he is such a good baby.


Hmm..I guess that's all kot. Life with aisy I already mentioned in other entries. Others i hope will be just fine,insyaallah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 27, 2011

End of 2011

Assalamualaikum,


ohh..lamanyaaa tak update. rindu nak bercerita tapi kepala tetiba macam blurrrrrrr..cuti krismas aku dan hubby ke melaka tuk family day. Syok mmg syokk tapi tak syookk sbb jalan jam. Kereta banyak. Pastu time cabutan bertuah,kami tak dapat pape hadiah. huhuhu..lumayan sehhh hadiahnyaa.. kereta je takde. Kalau dapat kereta memang aku tdo 7hari 7malam dalam kereta tu. hahaha



cepat betul masa berlalu. sekarang dah nak abis dah 2011. 27 december, dua tahun yang lepas, aku baru bertunang dengan husband. hehehe..aku pun almost lupa juga..tak tengok tarikh. Dah dua tahun dah..ish ishhhh :)



tahun ni sangat istimewa sebab aku pertama kali mengandung.. pertama kali seumur hidup masuk hospital..lebih seminggu tuu..pertama kali juga aku kena inject masuk drip..pertama kali naik ambulance nak beranak..pertama kali melahirkan baby.. dan pertama kali kena berjauhan lama dengan husband..memula tu memang susah la nak terima hubby kena transfer sebab semua ni takde dalam plan hidup aku. Tapi lama kelamaan semua boleh terima.. Harapan aku, 2012 ni kami boleh stay together, ada rumah dan kehidupan yang lebih teratur dan stabil.. ameeenn!



Dalam hidup ni, tak semua yang kita rancangkan, yang kita mahukan akan tercapai. Walaupun sehebat mana kita berusaha, hanya Allah yang menentukan. Kadang-kadang tertanya juga apa hikmahnya, tapi kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pasti Dia sudah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..



em..apa pun semoga tahun baru ini lebih baik buat kita semua.. ameenn!

Tuesday, December 20, 2011

pavlova untuk abah

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia abahku. Hari ni hari lahir abah yang ke 57 tahun. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk abah. After accident seminggu before aqiqah aisy, abah masih tak sembuh sepenuhnya. Ingatan, emosi masih lagi tak berapa baik. fizikal dah memang tak berapa kuat. Yang kuat cuma semangatnya.



Kadang-kadang kesian tengok abah. Kerja kuat walaupun badan dah tak sihat. Semalam wallet dia hilang. Menggelabah kami semua cari satu rumah. Bukan ada duit pun tapi kad-kad bank suma document pengenalan kat situ. Bila da report kat bank baru jumpa wallet nya. huhuhu.. Tu belum lagi part dia lupa letak duit mana. Kelmarin lepas makan, terus basuh pinggan cawan semua. Lepas tu duduk kat meja makan balik tanya mana cawan dia tadi. Padahal baru je dia yang basuh. hmm..berharap sangat abah cepat sembuh..



Actually, aku almost terlupa ari n besday abah. Yelah, jarang tengok calender. Mak yang ingatkan. So malam tadi, aku terfikir nak bake something tuk abah makan. sebab abah memang suka ape benda yang aku buat. especially western food. Teringat pavlova. Bahan-bahan semua ada kecuali fresh fruits. so aku roger adik kat kl suh belikan buah-buahan. pukul 9 aku mula buat..ikut resepi kat blog kak nani rostam. cari kat situ. cuma aku tak ikut sangat bab gula tu. aku buh setengah cawan saja. Pastu tuk topping aku letak cream cheese yang dah dipukul dengan whipping cream. Actually tu lebih masa buat red velvet. Tapi memang sedap betul letak topping camtu. Kalau whipping cream aje cam tak bape kick lak. hehehe..



aku buat dua layer. so makan masa lah..sampai kul 2 pagi baru siap. tu pun buat sesambil je..bila bangun pagi aku tengok dah nak tinggal separuh. hahaha..mak terus tanya.......


"kek ape yang awak buat tu? sedap betul lah! abah pon kata sedap sangat. Tak penah lah makan kek sedap macamtu.."




hahaha..kembang semangkuk aku. dah la aku pon tak rasa. haha..actually aku penah buat pavlova sebelum ni 3 kali dalam satu masa tapi tak jadi. bila masuk oven terus melt. Aku rasa oven yang problem. sebab kali ni aku da pakai oven baru dan resepi cara suma masih sama.. :) alhamdulillah... suka betul aku kalau orang makan ape yang aku buat. kalau sedap boleh buat lagi.. tuk hubby plak.. :D dia suka kalau topping cheese tu buat tebal-tebal. rasanya pavlova yang ada ni tak sempat nak tunggu dia balik. hahaha..


aku hias main letak jek. banyak gak buah-buah adik aku beli. dan bleh tahan mahal gak. haha.. tapi memang buah-buah ni memberi kick lagi kat pavlova tu..nyum nyumm


okeh. nak pi abiskan pavlova tu!


(macam besday aku plak..haha..hantu kek betol)



Monday, December 19, 2011

3bulan setengah

Assalamualaikum,


cepat betul la sikecik ni membesar..keletah dia memang makin mencuit hati..makin galak 'berborak'. Pantang dengar orang bercakap, dia pon sibuk nak menyampuk cakap sama..haha..suka orang agah dia..dia pon suka agah orang balik. hahaha..comel betul..


seminggu lepas aisy demand betul. Dia tak mau isap susu botol. Masa tu aku bawa dia keluar dengan hubby. Menggelabah abis aku dia tak mau. Esok nya pon try lagi still tak mahu. Beberapa hari try tak mahu gak. Abis ebm aku terbuang camtu je.. Yelah, yang dah dipanaskan tak boleh disimpan balik. huhuhu..


Nak beli botol baru, aku takut dia still tak mahu. Dah la botol lain tu mahal-mahal belaka. Aku cuma pakai tommee tippee jek. Kadang-kadang je bagi botol pureen. Sebelum ni dia takde masalah minum botol dan direct feed. Maybe sebab dia dah makin besar so dah pandai nilai. hehehe..demand demand.. dulu penah dia tak mahu direct feed, nak botol saje sebab masa tu aku bagi minum botol susu pureen. laju je dia minum so cepat kenyang. Dulu dia agak gelojoh la..hehehe..sekarang dah kurang cket. Cuma dia masih lagi suka ngempeng. Ya rabbi..aku tengah sibuk beli barang dia kat kedai time tu laaa dia melalaaakkk nak ngempeng. Tak pasal-pasal aku kena bagi gak walaupun kat kedai. Dah banyak kali macamtu.. ngempeng ni kalau english version kita sebut comfort feeding. hehehie..


aisy masih suka tido. especially kalau bawak naik kereta. senang aje nak tdo berbanding kat rumah. Dia tak suka meniarap. ngiring tu boleh la..dia suka mengesot. kaki dia akan menendang-nendang sampailaa kepala turun dari bantal..badan jadi berpusing turun dari tilam dia. Aku memang tak berani dah bagi dia tido atas katil. bahaya. Biasanya dia akan berjaga dalam kul 12 tengah malam hingga ke siang. Time dia lahir la kan.. aku memang tak larat nak layan..as long as dia tak merengek ke ape..aku biarkan dia main sorang-sorang kat sebelah. dan selalunya dia akan mengesot sampai kaki dia menendang-nendang aku. bagus betul aisy kejutkan mama dia bangun subuh..hehehe..


si kecik ni memang laa notty..aku risau betul kalau dia still nak melekat je dengan aku. jenuh laa asyik nak ngempeng. tadi try lagi bagi susu botol. beria-ia dia menolak. suh mak aku try bagi pun dia tak mahu. siap di uweekk uweeekkk kan lagi. pandai dia..bila aku bagi, memula tanak. abis diluah balik. Aku pujuk bagi jugak,baru lah dia nak..sekali abis minum 5oz. hahaha..manja! dah la tak leh tinggalkan sorang even beberapa saat pon..menjerit dia nanti. memang manja budak sorang ni..selalu buat aku geram nak gigit dia.. hehehe..



Alhamdulillah aisy memang anak yang kuat. So far tiap kali inject masa check up dia tak demam pun. Masa kat kangar, nurse kata jangan bagi ubat demam kalau dia tak demam. Memang dia tak demam pun so aku tak bagi lah. Aritu check up kat tg karang, nurse paksa suruh bagi. aku iyakan jelah. Tapi aku tanak bagi pun. Sebab cam tak syok lak kekecik nak bagi ubat. Aku kerap check suhu aisy kot-kot dia demam tapi sampai sekarang takde demam. Alhamdulillah.. tak yah la aku bagi dia ubat kan. Kuat antibodi dia. Plus dia ni rasanya kuat metabolisma dia coz kalau pegang kepala or badang memang rasa hangat/panas. Awal-awal dulu aku ingat dia demam..tapi check suhu normal aje.. hurmm..


apa pun bersyukur sangat-sangat aisy tak banyak ragam.. setiap hari sangat menyeronokkan! :)


Sunday, December 18, 2011

Parenting is about Parents

Assalamualaikum,


aku jumpa ni di Official fanpage Wardina. Boleh search di facebook. Ini merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk kita kongsikan bersama, agar menjadi pedoman buat aku dan hubby serta kalian semua.. Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Menjadi contoh yang baik buat mereka..insyaallah.




....................


Benarlah kanak-kanak sangat jujur. Ketika dalam kereta Amna menegur saya, "Amna perasan Umi dah tak baca Quran sperti sebelum ni" katanya. Allah! Memang dia perasan, mereka selalu memerhatikan kita. Sejujurnya 1-2 hari ini saya sungguh sibuk! Terdiam saya, terima kasih Amna ingatkan Umi! "Betul Amna", jawab saya.Terima Kasih ingatkan Ummi" Saya pun berbual lagi dengannya, katanya "Untuk Amna jadi baik, Umi perlu tunjukkan contoh yang baik dulu" Allah, dah macam Ustazah. :) "Betul Amna" kata saya. "Maaf kalau Ummi buat salah" sebelum tu baru marah adik-adiknya tak reti duduk diam dekat belakang. "Apa lagi yang perlu Umi perbaiki?" tanya saya.

Kesimpulannya ada 3 perkara. Saya menulis untuk berkongsi dan pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan diri:-


1. Umi perlu bermain dengan lebih kerap dengan anak-anak Umi. :) (secara fizikal dan lebih banyak aktiviti "bersama" mungkin..)
2.Umi perlu menjawab apabila anak-anak Umi panggil (malunya, memang betul, kadangkala kita menyuruh anak-anak menyahut, tapi kita yang buat tak tau je bila mereka memanggil...Insafnya rasa)
3.Umi kena tunjukkan lebih kasih sayang pada Tiger (kucing kesayangannya, errrr....saya tak pernah ada kucing!)

Baik Amna! Terima kasih. Kesimpulannya, benarkan anak-anak menegur kita, kerana mereka sangat jujur! Minta maaf atas kesalahan kita, kerana percayalah kita memang BANYAK melakukan salah kepada mereka. Takut kita ni menjadi ibu bapa derhaka kerana tidak menunaikan amanah yang sepatutnya, seperti menunjukkan contoh tauladan yang baik melalui PERBUATAN. Teruskan memperbaiki diri , kerana mereka melihat setiap apa yang kita lakukan!

Remember...parenting is about PARENTS!

Saturday, December 17, 2011

If you are happy!!

Assalamualaikum...


meh layan video favourite aisy..hehehe




bukan main lagi sikecik ni.. sonok dia melayan video nih.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers