Tuesday, December 20, 2011

pavlova untuk abah

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia abahku. Hari ni hari lahir abah yang ke 57 tahun. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk abah. After accident seminggu before aqiqah aisy, abah masih tak sembuh sepenuhnya. Ingatan, emosi masih lagi tak berapa baik. fizikal dah memang tak berapa kuat. Yang kuat cuma semangatnya.



Kadang-kadang kesian tengok abah. Kerja kuat walaupun badan dah tak sihat. Semalam wallet dia hilang. Menggelabah kami semua cari satu rumah. Bukan ada duit pun tapi kad-kad bank suma document pengenalan kat situ. Bila da report kat bank baru jumpa wallet nya. huhuhu.. Tu belum lagi part dia lupa letak duit mana. Kelmarin lepas makan, terus basuh pinggan cawan semua. Lepas tu duduk kat meja makan balik tanya mana cawan dia tadi. Padahal baru je dia yang basuh. hmm..berharap sangat abah cepat sembuh..



Actually, aku almost terlupa ari n besday abah. Yelah, jarang tengok calender. Mak yang ingatkan. So malam tadi, aku terfikir nak bake something tuk abah makan. sebab abah memang suka ape benda yang aku buat. especially western food. Teringat pavlova. Bahan-bahan semua ada kecuali fresh fruits. so aku roger adik kat kl suh belikan buah-buahan. pukul 9 aku mula buat..ikut resepi kat blog kak nani rostam. cari kat situ. cuma aku tak ikut sangat bab gula tu. aku buh setengah cawan saja. Pastu tuk topping aku letak cream cheese yang dah dipukul dengan whipping cream. Actually tu lebih masa buat red velvet. Tapi memang sedap betul letak topping camtu. Kalau whipping cream aje cam tak bape kick lak. hehehe..



aku buat dua layer. so makan masa lah..sampai kul 2 pagi baru siap. tu pun buat sesambil je..bila bangun pagi aku tengok dah nak tinggal separuh. hahaha..mak terus tanya.......


"kek ape yang awak buat tu? sedap betul lah! abah pon kata sedap sangat. Tak penah lah makan kek sedap macamtu.."




hahaha..kembang semangkuk aku. dah la aku pon tak rasa. haha..actually aku penah buat pavlova sebelum ni 3 kali dalam satu masa tapi tak jadi. bila masuk oven terus melt. Aku rasa oven yang problem. sebab kali ni aku da pakai oven baru dan resepi cara suma masih sama.. :) alhamdulillah... suka betul aku kalau orang makan ape yang aku buat. kalau sedap boleh buat lagi.. tuk hubby plak.. :D dia suka kalau topping cheese tu buat tebal-tebal. rasanya pavlova yang ada ni tak sempat nak tunggu dia balik. hahaha..


aku hias main letak jek. banyak gak buah-buah adik aku beli. dan bleh tahan mahal gak. haha.. tapi memang buah-buah ni memberi kick lagi kat pavlova tu..nyum nyumm


okeh. nak pi abiskan pavlova tu!


(macam besday aku plak..haha..hantu kek betol)



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails