Monday, December 19, 2011

3bulan setengah

Assalamualaikum,


cepat betul la sikecik ni membesar..keletah dia memang makin mencuit hati..makin galak 'berborak'. Pantang dengar orang bercakap, dia pon sibuk nak menyampuk cakap sama..haha..suka orang agah dia..dia pon suka agah orang balik. hahaha..comel betul..


seminggu lepas aisy demand betul. Dia tak mau isap susu botol. Masa tu aku bawa dia keluar dengan hubby. Menggelabah abis aku dia tak mau. Esok nya pon try lagi still tak mahu. Beberapa hari try tak mahu gak. Abis ebm aku terbuang camtu je.. Yelah, yang dah dipanaskan tak boleh disimpan balik. huhuhu..


Nak beli botol baru, aku takut dia still tak mahu. Dah la botol lain tu mahal-mahal belaka. Aku cuma pakai tommee tippee jek. Kadang-kadang je bagi botol pureen. Sebelum ni dia takde masalah minum botol dan direct feed. Maybe sebab dia dah makin besar so dah pandai nilai. hehehe..demand demand.. dulu penah dia tak mahu direct feed, nak botol saje sebab masa tu aku bagi minum botol susu pureen. laju je dia minum so cepat kenyang. Dulu dia agak gelojoh la..hehehe..sekarang dah kurang cket. Cuma dia masih lagi suka ngempeng. Ya rabbi..aku tengah sibuk beli barang dia kat kedai time tu laaa dia melalaaakkk nak ngempeng. Tak pasal-pasal aku kena bagi gak walaupun kat kedai. Dah banyak kali macamtu.. ngempeng ni kalau english version kita sebut comfort feeding. hehehie..


aisy masih suka tido. especially kalau bawak naik kereta. senang aje nak tdo berbanding kat rumah. Dia tak suka meniarap. ngiring tu boleh la..dia suka mengesot. kaki dia akan menendang-nendang sampailaa kepala turun dari bantal..badan jadi berpusing turun dari tilam dia. Aku memang tak berani dah bagi dia tido atas katil. bahaya. Biasanya dia akan berjaga dalam kul 12 tengah malam hingga ke siang. Time dia lahir la kan.. aku memang tak larat nak layan..as long as dia tak merengek ke ape..aku biarkan dia main sorang-sorang kat sebelah. dan selalunya dia akan mengesot sampai kaki dia menendang-nendang aku. bagus betul aisy kejutkan mama dia bangun subuh..hehehe..


si kecik ni memang laa notty..aku risau betul kalau dia still nak melekat je dengan aku. jenuh laa asyik nak ngempeng. tadi try lagi bagi susu botol. beria-ia dia menolak. suh mak aku try bagi pun dia tak mahu. siap di uweekk uweeekkk kan lagi. pandai dia..bila aku bagi, memula tanak. abis diluah balik. Aku pujuk bagi jugak,baru lah dia nak..sekali abis minum 5oz. hahaha..manja! dah la tak leh tinggalkan sorang even beberapa saat pon..menjerit dia nanti. memang manja budak sorang ni..selalu buat aku geram nak gigit dia.. hehehe..



Alhamdulillah aisy memang anak yang kuat. So far tiap kali inject masa check up dia tak demam pun. Masa kat kangar, nurse kata jangan bagi ubat demam kalau dia tak demam. Memang dia tak demam pun so aku tak bagi lah. Aritu check up kat tg karang, nurse paksa suruh bagi. aku iyakan jelah. Tapi aku tanak bagi pun. Sebab cam tak syok lak kekecik nak bagi ubat. Aku kerap check suhu aisy kot-kot dia demam tapi sampai sekarang takde demam. Alhamdulillah.. tak yah la aku bagi dia ubat kan. Kuat antibodi dia. Plus dia ni rasanya kuat metabolisma dia coz kalau pegang kepala or badang memang rasa hangat/panas. Awal-awal dulu aku ingat dia demam..tapi check suhu normal aje.. hurmm..


apa pun bersyukur sangat-sangat aisy tak banyak ragam.. setiap hari sangat menyeronokkan! :)


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails