Tuesday, December 27, 2011

End of 2011

Assalamualaikum,


ohh..lamanyaaa tak update. rindu nak bercerita tapi kepala tetiba macam blurrrrrrr..cuti krismas aku dan hubby ke melaka tuk family day. Syok mmg syokk tapi tak syookk sbb jalan jam. Kereta banyak. Pastu time cabutan bertuah,kami tak dapat pape hadiah. huhuhu..lumayan sehhh hadiahnyaa.. kereta je takde. Kalau dapat kereta memang aku tdo 7hari 7malam dalam kereta tu. hahaha



cepat betul masa berlalu. sekarang dah nak abis dah 2011. 27 december, dua tahun yang lepas, aku baru bertunang dengan husband. hehehe..aku pun almost lupa juga..tak tengok tarikh. Dah dua tahun dah..ish ishhhh :)



tahun ni sangat istimewa sebab aku pertama kali mengandung.. pertama kali seumur hidup masuk hospital..lebih seminggu tuu..pertama kali juga aku kena inject masuk drip..pertama kali naik ambulance nak beranak..pertama kali melahirkan baby.. dan pertama kali kena berjauhan lama dengan husband..memula tu memang susah la nak terima hubby kena transfer sebab semua ni takde dalam plan hidup aku. Tapi lama kelamaan semua boleh terima.. Harapan aku, 2012 ni kami boleh stay together, ada rumah dan kehidupan yang lebih teratur dan stabil.. ameeenn!



Dalam hidup ni, tak semua yang kita rancangkan, yang kita mahukan akan tercapai. Walaupun sehebat mana kita berusaha, hanya Allah yang menentukan. Kadang-kadang tertanya juga apa hikmahnya, tapi kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pasti Dia sudah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..



em..apa pun semoga tahun baru ini lebih baik buat kita semua.. ameenn!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails