Thursday, April 18, 2013

Cheesy Layer Dessert!

Assalamualaikum, 


nak bagi korang terliur sikit nih. 

hehehe





dessert ini sangat la sedap dan sesuai untuk semua event. simple yet so delicious! 

sungguh tak tipu




boleh order kalau nak.. hehe






leh visit page ini untuk pelbagai dessert yang besh!

Wednesday, April 17, 2013

Sambal paru


Assalamualaikum,

hi kawan-kawan.. hari ini nak cerita pasal menu kegemaranku, sambal paru! oh yeah..!

hehe..

hari itu ada kawan tanya resepi bila aku upload gambar menu ni kat instagram. hari ni aku rajin nak buat sambal paru maka bolehlah update di sini.. actually aku belajar makan sambal paru ni masa kat universiti. parents aku jarang beli paru ni..bila dah rasa sedap memang kalau boleh nak makan hari-hari. hehe

meh kita cerita sikit camne nak buat. actually banyak kerja sikit kalau nak masak paru ni.


mula-mula basuh bersih-bersih dan potong sederhana besar. kadang-kadang masa beli tu dibaginya seketul besar paru ni kan. so potong sederhana besar dan rebus sampai masak. nak tahu macamana dah masak bila korang potong isi tengah elok la. xde kemerah-merahan mentah.


ok sambung balik.bila dah rebus, boleh hiris nipis-nipis. senipis yang boleh.kalau tebal-tebal memang tak sedap nanti liat. letak serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng.






kena goreng sampai betul-betul garing ye. kalau tak garing nanti liat masa makan..



aku ingat lagi time masak paru untuk family..abah beli dalam 500gram kot, tak sempat buat sambal, goreng macam ni habis diratah kami. haha.. last-last abah beli paru sampai sekilo. baru puas hati dapat makan. 



sesetengah kedai malas nak rebus dan goreng bagai, terus hiris nipis dan buat sambal. memang aku tak suka kalau mcmni. rasa tak sedap..huhu


 
   



then tumis la cili blend. aku memang biasa buat stok banyak cili blend ni. senang nak buat sambal. masa tumis tu letak sekali asam keping dan serai. tumis sampai naik bau dan pecah minyak. masak sambal kena betul-betul nanti orang sakit perut makan cili tak masak..


letak garam sikit, sos tiram, dan tomato, gula kabung/gula biasa/gula perang


letak sedikit air.


ada orang suka sambal berkuah ada yang suka sambal kering. aku suka dua-dua. tapi untuk paru ni aku suka sambal kering..

letak air dan bagi cili tu masak lama sikit dalam 15min at least. kalau kering tambah lagi air.

kalau suka yang kering, masukkan paru bila sambal hampir kering tapi belum sepenuhnya kering. kiranya ada kuah sikit-sikitlah. masa ni pasang api besar terus, letak paru, gaul dan gaul sampai kering dan off api dapur. aku buat tadi tak sampai 2min pun. so paru tu akan masih terasa garing. teknik ni boleh juga guna kalau nak buat sambal bilis yang garing. hehe..nyum nyum




taddaaa!! dah siap! 






boleh letak ape-ape utk hiasan.


Monday, April 15, 2013

musim harumanis



Assalamualaikum,

sekarang ni dah masuk musim buah harumanis. hehe..siapa yang memang penggemar buah ni mesti tak lupa nak beli.



actually aku tak pernah pun makan buah ni dulu. makan masa pas kawen dgn hubby dia bawak balik kl masa tu tengah preggy kan aisy.



masa makan tu memang rasa manis la. tapi aku rasa biasa je. sebab aku penah makan pelam yang lagi manis dari harumanis. masa tu laaa..



pastu kelmarin aku cakapla hal tu kat hubby. dia kata maybe sebab ada beberapa kualiti pelam harumanis ni yang buat rasanya sedikit berbeza. kalau buah yang masak di pokok dan terus dipetik dan dijual, memang manis sangat! kalau yang diperam tu mungkin sedikit la beza. tapi masih manis. tekak aku ni je pelik sikit kalau bab pelam nih. orang kata manis aku kata masam. hahaha






so semalam, trylah pulut harumanis nih. orang utara memang gemarkan makanan nih. pertama kali aku try. haha asyik merengek tak mau tapi hubby dah orderkan so kena lah makan juga. end up aku cuma makan sikit je pulut dengan harumanis tu. aku rasa tak kena langsung dengan tekak. hahaha



as for me pulut sesuai makan dengan sambal yang pedas2 macam sambal bilis or sambal sotong ke. baru terbaik. tapi harumanis tu memang super duper sedap wehh.. makan kat pusat pertanian kot. entah aku tak pasti ape nama pusat yg jual harumanis tu. 



aku dapat makan sikit je buah tu. selebihnya si kecik ni haaa! kemaainn dia. 2 gelas air jus buah harumanis dia bedal sorang. buah tu pon dia bedal jugak. memang suka buah yang manis sikecik nih. kena suh hubby beli banyak skit buah tu. 



dengar kata makin mahal buah harumanis nih. sampai RM18 sekilo wehhh! ish ish..tapi memang sedap.



so mehla datang perlis ye beli buah harum manis. ujung bulan 5 dah abis dah musim nih. laju je. tahun lepas siap ada kes kecurian buah harumanis lagi. dahsyat betul penangan buah ni.. =)




p/s: dah macam ejen pelancongan negeri perlis plak. hahaha

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday (v.1)


Assalamualaikum,

hi kawan-kawan, saya dah update beberapa gambar long skirt, maxi dress dan polkadot skirt yang murah-murah aje! check out our fanpage ya! atau pun blog ini untuk lebih info. 





thank you!

Monday, April 8, 2013

Laksa Utagha


Assalamualaikum,

hari ni nak cerita tentang laksa. actually, aku bukanlah penggemar laksa. memang kureng sikit laksa-laksa ni. kalau ada mee kari dan laksa memang aku tak pandang langsung laksa ni. haa gitu kaw hantu kari.


tapi bukanlah bermaksud aku tak makan langsung laksa ni. makan je cuma bukan fav. sebab apa? kebanyakan laksa yang makan mungkin tak menepati piawaian tekakku. hambik kaw tekak pon ada piawaian kaaannn.. lain tekak lain laaa piawaiannyer kan (pebenda kau mengarut nih?)

aku suka laksa yang pedas dan pekat dengan isi-isi ikan. kadang-kadang makan laksa ni pedas dengan cili potong (cili padi ijau yang dipotong nipis tuu) tapi aku suka kuah laksa tu sendiri yang pedas tanpa perlu tambah cili potong lagi. cerewet laa mak jemah nih kaannn



dah kawen dengan orang utagha ni kenalah belajar makan makanan depa. belajar makan dulu ye. baru belajar masak.

haha


Kalau korang datang ke perlis, tempat laksa yang boleh dikatakan sedap di Dfatinnaz Corner (kalau tak salah inilah nama kedainya). lokasi aku tak reti nak explain almaklumlah belum hapal sangat peta perglih nih.


tapi bagi aku kureng sikit sebab tak pedas kuahnya..tapi pekat dia memang ummpphh lah! 

orang utara ni makan laksa dengan kicap. tapi aku tak suka. macam pelik pulak untuk tekak aku..hehe

laksa the best yang aku suka antaranya laksa makcik hubby. first time makan..pergghhhh!! meleleh air mata air hidung menikmati kepedasan kuah laksa itu. haha..seriously sedap. dengan tak malunya aku bertambah-tambah makan..

so beberapa minggu lepas, tekak aku dok teringinnnn nak makan laksa makcik nih...aku bodeklah dia suh ajar aku masak. ku belikan 3kilo ikan kembong. hambik kau macam nak bagi satu kampung makan!

masaknya simple je tapi teknik dan campuran bahan-bahan tu yang buat sedap.

bagi aku resepinya ni simple. ada orang letak isi belut la..isi ikan ape-ape lagi tah. aku cuma tau ikan kembong jek.

makcik hubby kata ikan kembong dah okay sangat dah.

resepi:

1kg ikan kembong (agak-agakla nak masak berapa byk)
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
asam keping
bawang besar
timun
ulam/daun selum
limau kasturi




makcik hubby suka pakai laksa jenis halus. aku rasa tak jumpa kat selangor lagi laksa jenis ni. selalu yang besar-besar tu je. yang ni memang senang nak celur kejap je tak yah lama dan tak liat. sedap!


mula-mula siangla ikan tu bersih-bersih. rebus sampai masak. asingkan isi ikan dengan tulang.
blend kasar isi ikan tu. lagi sedap nanti kuahnya kalau kita makan ada sikit ketul isi ikan tu kan? lepastu blend jugak tulang-tulang ikan termasuk kepala suma. tapi nanti ambik airnya aje..tapis isi tulang ikan blend tu jangan masukkan sekali pulak wehh.. masa blend tulang ikan tu boleh buh air asam jawa sedikit.

then blend cili kering bawang merah bawang putih semuanya sampai halus. ikutla nak pedas tahap mulut keluar naga buh banyak lagi cilinya. haha

jangan lupa letak sedikit belacan masa blend tu ya

pastu rebus dalam periuk semua bahan yang di blend termasuk isi ikan dan air ikan tadi. tengok collage pic kat atas belah kanan tu kuah laksa tengah rebus. air tu agak-agak sendiri nak pekat macamana kan. kalau suka cair buh banyak la airnya. suka pekat buh sikit. 

pastu boleh letak bunga kantan dan garam secukup rasa. rebus sampai masak lah ye.

makcik hubby kata kuah laksa sedap dimakan sehari lepas masak. maknanya kalau nak makan hari jumaat, hari khamis dah boleh masak lah.. aku tak kira masak time tu gak aku telan. hehe

boleh la letak daun kesum ke ape korang suka. aku tak suka daun tu..sebab nanti bukan boleh makan pon daun tu buat semak kuah laksa aku je.haha..tapi seriously aku tak suka kalau pegi kedai makan laksa orang hidangkan byk daun-daun yang xleh makan dalam kuah laksa. please la asingkan dulu..



taddaaaa!! ini hasil laksa yang sedap nyummeehh.. aku makan 3kali pada hari yang sama. alhamdulillah! bolehlah cuba ya! ;)

Sunday, April 7, 2013

coming soon!


Assalamualaikum,

hi kawan-kawan sekelian,

sudikanlah like fanpage kami  ini ye..

beberapa produk baru akan diupload di fanpage ini, kalau sudi boleh support business kecil-kecilan ku ini.




thank you!

Wednesday, April 3, 2013

bubar sudah!


Assalamualaikum,

akhirnya!!! diumumkan juga pembubaran parlimen.. hehe

bosan jemu dan segalanya lah menunggu bila lahhhh nak bubar parlimen. bila lah nak pilihanraya nih! fed up wehhh..dari tahun lepas cuti hubby dibekukan. tak boleh langsung ambik cuti. harap cuti mingguan je. itu pun dah penuh dengan jadual kelas. bayangkan lah betapa fed up nya aku menunggu. kena ulang alik selangor perlis sendirian. phew! 






so tiba lah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi. memilih pemimpin yang kita rasakan layak untuk mentadbir dan memperjuangkan nasib rakyat.



 agak-agak betul ke ramalan sotong nih? kwang kwanggg.. (jangan percaya ramalan mengarut-ngarut nih. kurafat! syirik!)



kali ini merupakan kali ke dua aku akan mengundi. of course mengundi di selangor. Insyaallah aku akan balik kesana. SENDIRIAN lagi lah nampaknya. hubby sure super duper busy. bila parlimen dibubarkan, kemungkinan besar dia kena kerja everyday tanpa cuti langsung sehingga pilihanraya habis. huaaa....




apa pun, semoga tiada la perkara/insiden buruk dan negative yang berlaku sepanjang musim kempen dan pilihanraya nanti. nak harap pilihanraya yang tulus dan telus? entahlah.. harap-harap semua jujur lah nanti masa mengira undi kan.. walaupun agak mustahil.

 'hantu-hantu' yang akan 'bekerja keras' masa pilihanraya nanti harap-harap dikeras kejungkan lah korang semua! dok jauh-jauh sana tak payah sibuk sibuk nak mengundi sama!




so, selamat berkempen! selamat mengundi!


jadilah pengundi yang bijak! =)

Sunday, March 31, 2013

all is well!



Assalamualaikum,

mesti masing-masing malas je nak tunggu esok hari kan?

mesti jalanraya utama, lebuhraya kebanyakan tengah jam, kan?

yelah, esok kan dah mula sekolah balik. no more school holiday kay. ;)



hari ni nak cerita pasal satu movie hindustan yang menjadi favourite aku. aku ni agak ketinggalan la kan. haha.. baru tengok movie ni last year kalau tak silap kat tv3. 3 Idiots ni cerita hindustan released tahun 2009.   

tapi last year baru aku tengok. hahaha.. bila orang update cerita story ni aku tak ambik peduli sangat. walaupun cerita hindustan memang favourite tapi aku tak berapa gemar cerita hindustan sekarang. ataupun hindi movie yang tak dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang aku suka macam Shahrukh Khan ke..hehehe :)


sekali tu 'tertengok' kat tv3. memang best gila!

aku suka sangat cerita ni sebab focus pasal friendship. BFF gituuu.. huaaa!! bestnya dapat friends macam ni kan?? aku memang suka sangat tengok movie pasal friendship ni..macam siri FRIENDS, How I Met Your Mother, etc. rasa sweetnyaa la friendship diorang ni..


macamana diorang support each other. masa susah, masa senang, masa happy, masa sedih. bukan senang nak cari kawan yang kita boleh pinjam bahu untuk menangis kan..


mana nak cari kawan yang masih berdiri sebelah bersama kita walau seburuk mana perangai kita. walau susah mana keadaan kita. 

orang yang suka belajar..bukan semata-mata sebab nak segulung ijazah.. bukan semata-mata mahu dapat kerja.. bukan semata-mata mahu dihormati sedunia. ada lagi ke manusia begini?

betul la kan? kita ni biasanya di hormati kerana pangkat, harta dan sebagainya. 
dapat hafal semua buku teks, boleh dapat semua A. tapi ape yang kita dapat sebenarnya? 


senang kata banyakla pengajaran dalam movie ni. 

 tengokla kalau belum tengok.

tapi ada gak part yang merepek mengarut mcm kissing masa ending tu. tak perlu pun dah best dah. plus ameer khan muslim kan? hmm..pastu aku wondering boleh ke vacuum beranak tu guna vacuum biasa tu walaupun dah adjust?entah..haha


ada part mengekek ngekek ketawa.. ada part marah-marah sakit hati.. especially bila tengok pengetua diorang aka bapak kareena kapoor dalam movie nih..senget btul. haha

comel je kareena ni pakai cenggini.. ;)



suka kareena ni..sebab dia memang pandai berlakon. bagi lah ape aje watak memang menjadi aje. 
lagu-lagu dia pon not bad. aku suka lagu zoobi doobi dalam movie ni. best je. boleh buat senam aerobik sambil layan lagu.hahaha..
.




oklah. tu je nak cerita. bye bye!

Friday, March 29, 2013

Mari amalkan!

Assalamualaikum,


Hari jumaat yang penuh barakah.


Ada beberapa doa yang kawan-kawan share di facebook yang sempat aku save dan mahu dikongsikan bersama kalian semua. semoga bermanfaat buat kita..



 insyaallah













mari sama-sama kita amalkan!

Thursday, March 28, 2013

stay home and lets hi five!


Assalamualaikum,

apa khabar semua? tiba-tiba senyap pula blog. 

tapi rasanya ramai dah kawan-kawan blog sunyi sepi. ramai sudah tidak berminat nak update blog. ambil masa yang agak lama berbanding 'social media' yang lain. Facebook saja yang manusia tidak pernah bosan kan?

aku saja yang bosan sudah dengan Facebook tapi masih memerlukan FB untuk pelbagai perkara lain. Kalau kita gunakan untuk perkara positif maka positiflah ia.


apa yang aku merepek ni ntah!


haha

actually, ada beberapa gambar yang aku ingin share untuk entry wordless wednesday semalam tapi gambarnya hilang entah dimana. jenuh sudah mencari tapi tidak jumpa. takpe lah


seminggu ini aku dan aisy hanya memerap je kat rumah. keluar depan rumah pun tak. hanya aku je keluar siram bunga atau jemur baju. aisy memang tak kasi langsung dia main kat luar selepas tragedi dia terjatuh dekat longkang dalam kawasan rumah ni. semata-mata nak ambil bola dia kat longkang tu masa aku tengah sibuk nak jemur baju. longkang kecik yang tak dalam tu tapi dia tak boleh balance badan maka habis la luka kelopak mata bagai. selepas tu tak habis-habis dengan tragedi terjatuh hantuk kepala di lantai. alahai anak.. maafkan mama ya kerana cuai. huhu..




so dengan itu kita dok memerap jelah dalam rumah.. bosan gila kot! aisy pun naik bosan asyik mengadap muka aku je agaknya. sekarang ni kalau nak keluar pun dengan hubby. aku macam takde mood lagi nak merayau berdua dengan aisy. next week after habis cuti sekolah la baru start merayau balik. huahauhaaha


so dah memerap ni antara aktiviti kegemaran ialah menonton kartun. dengan aku sekali layan. yang favourite selain UPIN IPIN ialah ni.. HI 5! aku pun suka sebab syok layan diorang nyanyi2. theme song dia tu memang catchy habis. aku dan aisy seronok melompat-lompat ikut diorang menari. hahaha *sengal*





okaylah tu sambil-sambil bakar lemak! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers