Monday, April 8, 2013

Laksa Utagha


Assalamualaikum,

hari ni nak cerita tentang laksa. actually, aku bukanlah penggemar laksa. memang kureng sikit laksa-laksa ni. kalau ada mee kari dan laksa memang aku tak pandang langsung laksa ni. haa gitu kaw hantu kari.


tapi bukanlah bermaksud aku tak makan langsung laksa ni. makan je cuma bukan fav. sebab apa? kebanyakan laksa yang makan mungkin tak menepati piawaian tekakku. hambik kaw tekak pon ada piawaian kaaannn.. lain tekak lain laaa piawaiannyer kan (pebenda kau mengarut nih?)

aku suka laksa yang pedas dan pekat dengan isi-isi ikan. kadang-kadang makan laksa ni pedas dengan cili potong (cili padi ijau yang dipotong nipis tuu) tapi aku suka kuah laksa tu sendiri yang pedas tanpa perlu tambah cili potong lagi. cerewet laa mak jemah nih kaannn



dah kawen dengan orang utagha ni kenalah belajar makan makanan depa. belajar makan dulu ye. baru belajar masak.

haha


Kalau korang datang ke perlis, tempat laksa yang boleh dikatakan sedap di Dfatinnaz Corner (kalau tak salah inilah nama kedainya). lokasi aku tak reti nak explain almaklumlah belum hapal sangat peta perglih nih.


tapi bagi aku kureng sikit sebab tak pedas kuahnya..tapi pekat dia memang ummpphh lah! 

orang utara ni makan laksa dengan kicap. tapi aku tak suka. macam pelik pulak untuk tekak aku..hehe

laksa the best yang aku suka antaranya laksa makcik hubby. first time makan..pergghhhh!! meleleh air mata air hidung menikmati kepedasan kuah laksa itu. haha..seriously sedap. dengan tak malunya aku bertambah-tambah makan..

so beberapa minggu lepas, tekak aku dok teringinnnn nak makan laksa makcik nih...aku bodeklah dia suh ajar aku masak. ku belikan 3kilo ikan kembong. hambik kau macam nak bagi satu kampung makan!

masaknya simple je tapi teknik dan campuran bahan-bahan tu yang buat sedap.

bagi aku resepinya ni simple. ada orang letak isi belut la..isi ikan ape-ape lagi tah. aku cuma tau ikan kembong jek.

makcik hubby kata ikan kembong dah okay sangat dah.

resepi:

1kg ikan kembong (agak-agakla nak masak berapa byk)
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
asam keping
bawang besar
timun
ulam/daun selum
limau kasturi




makcik hubby suka pakai laksa jenis halus. aku rasa tak jumpa kat selangor lagi laksa jenis ni. selalu yang besar-besar tu je. yang ni memang senang nak celur kejap je tak yah lama dan tak liat. sedap!


mula-mula siangla ikan tu bersih-bersih. rebus sampai masak. asingkan isi ikan dengan tulang.
blend kasar isi ikan tu. lagi sedap nanti kuahnya kalau kita makan ada sikit ketul isi ikan tu kan? lepastu blend jugak tulang-tulang ikan termasuk kepala suma. tapi nanti ambik airnya aje..tapis isi tulang ikan blend tu jangan masukkan sekali pulak wehh.. masa blend tulang ikan tu boleh buh air asam jawa sedikit.

then blend cili kering bawang merah bawang putih semuanya sampai halus. ikutla nak pedas tahap mulut keluar naga buh banyak lagi cilinya. haha

jangan lupa letak sedikit belacan masa blend tu ya

pastu rebus dalam periuk semua bahan yang di blend termasuk isi ikan dan air ikan tadi. tengok collage pic kat atas belah kanan tu kuah laksa tengah rebus. air tu agak-agak sendiri nak pekat macamana kan. kalau suka cair buh banyak la airnya. suka pekat buh sikit. 

pastu boleh letak bunga kantan dan garam secukup rasa. rebus sampai masak lah ye.

makcik hubby kata kuah laksa sedap dimakan sehari lepas masak. maknanya kalau nak makan hari jumaat, hari khamis dah boleh masak lah.. aku tak kira masak time tu gak aku telan. hehe

boleh la letak daun kesum ke ape korang suka. aku tak suka daun tu..sebab nanti bukan boleh makan pon daun tu buat semak kuah laksa aku je.haha..tapi seriously aku tak suka kalau pegi kedai makan laksa orang hidangkan byk daun-daun yang xleh makan dalam kuah laksa. please la asingkan dulu..



taddaaaa!! ini hasil laksa yang sedap nyummeehh.. aku makan 3kali pada hari yang sama. alhamdulillah! bolehlah cuba ya! ;)

2 comments:

Yaya Kamis said...

Resepi kita sama.. hihi.. kalau pakai ikan selayang lagi sedap ezz.. lagi pekat kuah. :)

untung kat sana ada selom, sini susah nak dpt..

~ez~ said...

hehehe..yeke.aku pon blum try buat sendiri lagik.aritu je buat dengan makcik.nnt aku try pakai ikan selayang.hehe..susah ek dpt?tanam kat parit jek.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails