Assalamualaikum,
hi kawan-kawan.. hari ini nak cerita pasal menu kegemaranku, sambal paru! oh yeah..!
hehe..
hari itu ada kawan tanya resepi bila aku upload gambar menu ni kat instagram. hari ni aku rajin nak buat sambal paru maka bolehlah update di sini.. actually aku belajar makan sambal paru ni masa kat universiti. parents aku jarang beli paru ni..bila dah rasa sedap memang kalau boleh nak makan hari-hari. hehe
meh kita cerita sikit camne nak buat. actually banyak kerja sikit kalau nak masak paru ni.
mula-mula basuh bersih-bersih dan potong sederhana besar. kadang-kadang masa beli tu dibaginya seketul besar paru ni kan. so potong sederhana besar dan rebus sampai masak. nak tahu macamana dah masak bila korang potong isi tengah elok la. xde kemerah-merahan mentah.
ok sambung balik.bila dah rebus, boleh hiris nipis-nipis. senipis yang boleh.kalau tebal-tebal memang tak sedap nanti liat. letak serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng.
kena goreng sampai betul-betul garing ye. kalau tak garing nanti liat masa makan..
aku ingat lagi time masak paru untuk family..abah beli dalam 500gram kot, tak sempat buat sambal, goreng macam ni habis diratah kami. haha.. last-last abah beli paru sampai sekilo. baru puas hati dapat makan.
sesetengah kedai malas nak rebus dan goreng bagai, terus hiris nipis dan buat sambal. memang aku tak suka kalau mcmni. rasa tak sedap..huhu
then tumis la cili blend. aku memang biasa buat stok banyak cili blend ni. senang nak buat sambal. masa tumis tu letak sekali asam keping dan serai. tumis sampai naik bau dan pecah minyak. masak sambal kena betul-betul nanti orang sakit perut makan cili tak masak..
letak garam sikit, sos tiram, dan tomato, gula kabung/gula biasa/gula perang
letak sedikit air.
ada orang suka sambal berkuah ada yang suka sambal kering. aku suka dua-dua. tapi untuk paru ni aku suka sambal kering..
letak air dan bagi cili tu masak lama sikit dalam 15min at least. kalau kering tambah lagi air.
kalau suka yang kering, masukkan paru bila sambal hampir kering tapi belum sepenuhnya kering. kiranya ada kuah sikit-sikitlah. masa ni pasang api besar terus, letak paru, gaul dan gaul sampai kering dan off api dapur. aku buat tadi tak sampai 2min pun. so paru tu akan masih terasa garing. teknik ni boleh juga guna kalau nak buat sambal bilis yang garing. hehe..nyum nyum
taddaaa!! dah siap!
boleh letak ape-ape utk hiasan.
0 comments:
Post a Comment