Monday, April 15, 2013

musim harumanis



Assalamualaikum,

sekarang ni dah masuk musim buah harumanis. hehe..siapa yang memang penggemar buah ni mesti tak lupa nak beli.



actually aku tak pernah pun makan buah ni dulu. makan masa pas kawen dgn hubby dia bawak balik kl masa tu tengah preggy kan aisy.



masa makan tu memang rasa manis la. tapi aku rasa biasa je. sebab aku penah makan pelam yang lagi manis dari harumanis. masa tu laaa..



pastu kelmarin aku cakapla hal tu kat hubby. dia kata maybe sebab ada beberapa kualiti pelam harumanis ni yang buat rasanya sedikit berbeza. kalau buah yang masak di pokok dan terus dipetik dan dijual, memang manis sangat! kalau yang diperam tu mungkin sedikit la beza. tapi masih manis. tekak aku ni je pelik sikit kalau bab pelam nih. orang kata manis aku kata masam. hahaha






so semalam, trylah pulut harumanis nih. orang utara memang gemarkan makanan nih. pertama kali aku try. haha asyik merengek tak mau tapi hubby dah orderkan so kena lah makan juga. end up aku cuma makan sikit je pulut dengan harumanis tu. aku rasa tak kena langsung dengan tekak. hahaha



as for me pulut sesuai makan dengan sambal yang pedas2 macam sambal bilis or sambal sotong ke. baru terbaik. tapi harumanis tu memang super duper sedap wehh.. makan kat pusat pertanian kot. entah aku tak pasti ape nama pusat yg jual harumanis tu. 



aku dapat makan sikit je buah tu. selebihnya si kecik ni haaa! kemaainn dia. 2 gelas air jus buah harumanis dia bedal sorang. buah tu pon dia bedal jugak. memang suka buah yang manis sikecik nih. kena suh hubby beli banyak skit buah tu. 



dengar kata makin mahal buah harumanis nih. sampai RM18 sekilo wehhh! ish ish..tapi memang sedap.



so mehla datang perlis ye beli buah harum manis. ujung bulan 5 dah abis dah musim nih. laju je. tahun lepas siap ada kes kecurian buah harumanis lagi. dahsyat betul penangan buah ni.. =)




p/s: dah macam ejen pelancongan negeri perlis plak. hahaha

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers