Saturday, March 31, 2012

kenduri nyum nyum

Assalamualaikum..


Weekend ni rasanya masing-masing ada jemputan kenduri kan?


Ni baru balik cukur jambul anak kawan..baby damia irdina..comel je buai2 ni. Time aisy aku xbuat pun buai2 ni..buat makan2 saja. Hehe..


So far aisy behave bila aku keluar berdua dengan dia. Pandai berdikari. Dengan suma org die boleh nak ikut. Bahaya juga ni. Tp aisy memang terlebih peramah. Abis suma orang die nak agah. Bukan orang yang agah dia.


Ape pun kenduri mmg syok sebab dpt makan sedap2..hehe..tp bila timbanv rasa cam nk pitam. Huhu..


So makan tu berpada-padalah ye..


Happy weekend all!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

sakit bersama

Assalamualaikum..


Aisy dan mamanya demam...


First time si kecik ni demam. Tinggi jugak suhunya. Suma sebab jangkit dengan aku. Sian dia. Dok merengek je. Aku kat kelas time tu. Balik rumah terus bg ubat demam. Nasib baik tak lama sangat..pas bagi ubat suhu turun. Alhamdulillah....


Now dia da ok cuma aku je masih tak sihat lagi. Tapi like my mom always said..jadi mak ni sihat ke tak sihat tetap kena buat kerja... Kan?


Okla..hope isnin ni aku dah sembuh coz ada presentation


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday (v.21)

Assalamualaikum,


almost 2 am. early morning and still not sleeping. need to finish summarize three chapter to be submitted tomorrow morning.




buat esaimen sambil layan megi dan berharap anak tidak bangun dari lena..



fuhh! mencabar!


Monday, March 26, 2012

Redha dan pasrah

Assalamualaikum,



"Redha itu berserah, pasrah itu menyerah.."



Berserah pada Ilahi,menerima dengan hati ikhlas.



Menyerah kalah, menerima dengan hati terpaksa.


:)


Selamat hari Isnin!





Ps: mode pasrah. Huu


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 25, 2012

tips mendidik anak

Assalamualaikum,


untuk semua ibu bapa dan sesiapa sahaja, sila click link ini dan baca artikel tentang tips mendidik anak dan cara mengurangkan marah pada anak kecil.




hmm..aku masih lagi cuba menjadi yang terbaik. Dan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk Aisy. Tapi dah nama manusia, ada waktunya aku silap. Apa saja kesilapan yang aku telah lakukan pada anak, hati aku sendiri jadi sedih, hati aku jadi terluka. Itu silap aku. Apatah lagi kalau silap orang lain pada anak aku.




Aku nak buat yang terbaik untuk dia. Sebab, bila dia dewasa nanti, aku tak mahu dipersalahkan atau aku menyalahkan diri aku sendiri.





p/s: aisy masih tak mau isap botol sangat. kejap nak botol avent, kejap nak botol pureen je..kejap suma botol tak mau. haduhai...manjaaaaa nak ngempeeenggg aje.



Friday, March 23, 2012

Dulu dan Sekarang (v.2)


Assalamualaikum,





Masih ada kereta lama zaman purbakala ada dalam simpanan kalian? hehe..mesti ada yang suka kumpul kereta lama kan? best kalau dapat kumpul. Tapi kumpul dan 'cantik' kan balik. bukan takat jadi besi buruk je.






macam kereta beetle nih. klasik. i loike!






yang latest version. fuhh!!








aku pernah la juga merasa bawak kereta Volkswagen Beetle ni dan pernah juga berangan-angan nak beli kereta ni. Berangan jelah kan. Tapi lepas bawak rasa cam kureng best la. hehe..kalau tuk second or third car boleh lah. kaya la sangat nak bersecond third bagai. cett!






Right now aku tengah berangan-angan dengan kereta Audi plak. Sebelum ni kalau sebut Audi aku buat cam tak heran. Pandang sebelah mata pun aku tak hingin. hahaha..





klasik betul kereta Audi zaman dulu kala nih. Mak aku pun tak lahir lagi time kereta ni. Mr google kata tahun 1945. hehe









Kalau sapa masih ada simpan kereta macam ni memang terbaik lah! boleh aku tumpang naik jalan-jalan tepi pantai. hehe






Tengok Audi zaman millenium nih. aduhai...kalau lalu sebelah ni memang meleleh je air liur tengok. nyum nyummmm... (macam tengok kek la kan..haha)






Audi TT





my brother pak arab tu pon katanya berangan nak pakai Audi TT ni. mengancam siut!





Kalau dia beli boleh aku pinjam. hehe..





Tapi tak dapat Audi TT, dapat Audi A4 version 2012 ni pun jadiklaaaaaaaahhh



;)






Audi A4 2012




pergh!!






berangaaaaaannnnn!!





Audi TT






aku memang suka kereta sport ganas macam ni. takde la orang nak buli-buli kita kat jalan raya lagi. lu nak pandang pon tak sempat brader!






hehehe







ni kereta Audi yang cik retis tu kata lakinya nak bagi. hehehehe..



Audi R8




perghhh!!




kamu memang sexy!




agak-agak aku kena kerja ape baru boleh beli kereta macam ni ek?






huhuhuhu









ingat muraahhh??















takpe lah...









verangaaaannn FOC!



Wednesday, March 21, 2012

Kena ambil kesah

Assalamualaikum,







seorang wanita berkata,


"saya kini sudah tidak bertudung, tapi pakaian sahaja yang berubah, iman saya tidak berubah! hati saya tetap baik"






seorang ustaz menjawab,


" oh..macam tu, takpe lah. Neraka tu tak bakar iman, tapi bakar badan!"





#Kempen Aurat Saya Maruah Saya

Wordless Wednesday (v.20)

Assalamualaikum,





jangan!

Tuesday, March 20, 2012

Dulu dan Sekarang (v.1)




Assalamualaikum,



Tiba-tiba dapat idea nak buat satu entry bersiri. eceh! Biasanya wordless wednesday kan? untuk siri baru ni aku letak "Dulu dan Sekarang" dan berkaitan tentang apa saja isu yang terfikir oleh kepalaku.





to all ladies, ingat tak dulu-dulu macamana korang semua pakai tudung?masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang? cuba ingat balik.







aku malas nak snap pic aku sendiri dalam album lama-lama tu. so aku google. jumpa la gambar-gambar ni..










lebih kurang macam ni la fesyen kita bertudung dulu kan? sempoi je..





pakai pin kat tengah, then simpul depan dengan kerongsang khas. sekarang takde jual kot kerongsang cam cincin tu. masuk tengah-tengah. kadang-kadang xpakai pin kat leher pun..sarung je kerongsang cam cincin besar tu sampai kat leher. ingat tak?




tak pun fesyen ikat tudung kebelakang. klaka je rasa. nak cepat so pakai jelah macamtu.






sekarang dah datang balik fesyen ni kan?pakai tudung nampak leher. tak pun, pakai ikat belakang (mcm turban tu) then tutup leher dengan selendang lain.










pastu masuk universiti pakai tudung bawal. masa tu macam-macam trend tudung bawal ada. tudung siakap je takde. bawal 1 la..bawal 2 la..bawal korea la..bawal kelantan la..bla bla bla..pastu dari bersulam sampai ke berbatu kilau. dari selapis jadi berlapis-lapis batunya. pastu lawan tudung sapa paling nipis kan?paling banyak batu..sebab tudung paling nipis, paling banyak batu dan paling besar sulamannya adalah yang paling MAHAL. hehe..


sulaman tu panggil kerawang la..lupa plak




huhu



macam juma pakai ni kan? sempoi je sebab tak banyak sulaman dan batu.











sekarang dah macam-macam fesyen tudung yang ada. kalau rajin, pakai la belit-belit pusing sana pusing sini.. kalau nak senang dan sempoi, pakai tudung sarung je. Yang berawning la..yang awning separuh la..macam-macam!



suka tengok yuna pakai macamni..









aku suka juga pakai selendang. tapi sejak ada anak ni, kadang-kadang je rajin nak pakai. most of the time, pakai tudung sarung yang takde awning. trend tudung sarung sekarang yang lembut je takde awning..senang takde nak kelepet ke kemek ke..dan jimat masa untuk bersiap! gosok pun tak payah!











cantik wardina dan catriona ross (eh betul ke ejaan camni?) pakai tudung macam ni kan? lagi cantik sebab tutup sampai kedada.



subhanallah..



yang baik jadikan ikutan, yang buruk jauh-jauhkan.


insyaallah (^,^)





p/s: semua gambar diambil dari google.



Monday, March 19, 2012

What I want

"All I want is someone who will stay, no matter how hard it is to be with me..."



BUT




"Nothing's forever. Forever's a lie. All we have is what's between hello and goodbye..."




#TheLoveStories



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 17, 2012

ilmu baru

Assalamualaikum,


aisy dapat skill baru sekarang.



suka menjerit-jerit nyaring. tidak kira waktu.



pagi tadi menjerit-jerit tendang aku ajak main. Bila tengok jam baru pukul 3 pagi.



adoi... melayaaaannla sampai ke pagi.




bila waktu aku nak tidur dengan dia, bagila susu macamana pun nanti dia mula menjerit balik bila dapat tenaga..





ngantuk betul. Macam ni lah bila dah jadi ibu kan?




tidur dah tak pernah cukup. Dah tak pernah lena.. =)




tapi seronok sebab dapat tengok anak membesar depan mata..

Thursday, March 15, 2012

percutian ke pantai timur - part 1

Assalamualaikum,




Entry ini kemungkinan akan jadi panjang berjela dan juga bersiri.






hehe..





Beberapa minggu lepas, husband bagitahu yang beliau akan ambik cuti panjang dan balik ke kampung aku. Dan juga merancang untuk bercuti kami bertiga. Bincang punya bincang sampai lah hari beliau sampai kat lcct, masih lagi tak decide kemana ingin bercuti.






Tapi aku dah siap packing barang-barang masa ambik husband kat lcct tu.. =)






Tiba-tiba hubby bagitahu yang nak ke Pulau Tioman. Tapi disebabkan macam tak sesuai bawak baby kesana, kami terus tukar plan ke terengganu.







Actually, ini percutiaan 'official' kami bertiga. Aku tak pernah berhoneymoon berdua dengan husband. Kami bercuti sebelum ni mesti ada sebab. Reunion dengan kawan-kawan lah..family day company lah..melawat sedara mara lah. tak pernah lagi plan bercuti kemana-mana. Disebabkan itu, aku nak sangat enjoy cuti ni.. nak pergi jejauh keadaan belum mengizinkan. Ada rezeki lain kali insyaallah..





kami lalu kuala pilah, terus ke muadzam shah (betul ke ejaan ni?) dan ke kuantan. Singgah makan tengah hari di gambang jaya (kampung my SIL) dan terus lalu jalan biasa ke terengganu. Lalu cherating. first time aku sampai ke cherating ni. pantai not bad. pujuk juga husband tuk stay one night kat sini tapi husband nak juga ke terengganu dulu..





akhirnya kami tiba di kemaman dalam lewat petang. tak jadi ke kuala terengganu terus sebab dah keletihan. check in terus di Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort. Memang jatuh cinta betul tengok resort ni. Pemandangan memang cantik! pantai sangat bersih dan jernih. Mungkin sebab takde siapa yang mandi makanya jadi bersih je persekitaran.. Memang sesuai kalau sesiapa nak honeymoon kat sini. romantik je tempat ni. Yang kaki golf pun boleh layan juga.




ok meh layan pic pulak.







aisy dalam lif. sangat comel la sikecik ni kalau senyum. mau geget gegeettt!!






depan resort time nak makan malam. sian aisy kena kejut bangun tido dengan papanya.. muka blurrrr je aisy


kononnya nak makan ikan bakar best la kan kat sini..tanya guard dia kata ada banyak kedai bla bla tapi kami cari sampai jalan jam tak jumpa-jumpa. Patah balik dan cari ikut signboard. jumpa la jugak..tapi tak best. ikan bakar tak dapat rasa katanya rempah abis. padahal masih awal lagi. belum pukul 10 pun. ikan sweet sour, ketam masak pedas dan sotong goreng tepung yang husband order, semuanya out. tapi harga tak mahal la. 60+ saja. nasib baik la kan..


aku rasa kalau ada kenalan kat sini sure boleh bagitahu kat mana port ikan bakar yang best-best kan. kalau cari sendiri macam ni memang tak jumpa laaa...






siangnya kami excited nak bawak aisy ke pantai untuk pertama kalinyaaaa.. baru aku tahu kat sini takde orang mandi sebab pantainya agak bahaya untuk mandi. banyak jellyfish dan juga pasir jerlus. Tapi airnya jernih dan pemandangan cantik.




aisy takut bila bawak ke pantai. merengek sampai menangis sikecik nih..






husband saja bagi kaki dia kena air tapi menjerit-jerit dia..





memang takut betul dia sampai mengigil gigil










tak henti merengek rengek nangis







merajuk








kaki si comel





bila dah macamtu gayanya sikecik, kami pun tak lama la duduk kat pantai tu.. tertanya-tanya juga. maybe dia takut dengan bunyi ombak atau takut dengan air laut..



lepas bermalas-malasan..kami sambung lagi perjalanan ke kuala terengganu.



lalu jalan pantai je..



memang cantik sangat kawasan laut ni..sempat berhenti makan tengah hari di tepi pantai. suasana pantai ni sangat mendamaikan.. walaupun cuaca agak terik. so far aisy ok je bila dalam kereta. dia behave bila letak dalam car seat tapi bila dipangku..memang tak boleh duduk diam. kena laaa ngempeng bagi dia tidur.



sampai di kuala terengganu, kami terus check in di Primula Beach Hotel. Tepi pantai juga. Tapi kat KT tak banyak sangat hotel yang tepi pantai. Maybe sebab kawasan tepi pantai dijadikan tempat riadah. Memang seronok lepak minum tepi pantai.. kebanyakan pantai kat KT penuh dengan orang berkelah, main layang-layang etc. Sesuai la untuk santai bersama keluarga..




sempat juga beli barang sikit kat pasar payang. seronok tengok baju batik cecantik. huhuhu..kalau aku pekerja gomen sure dah borong. geraaaaam je tengok. cantik dan murah juga la banding harga di kl atau kampung aku. Tapi sehelai pun aku tak beli. cuma beli baju kaftan. puas tawar hanya dapat 35 ringgit. still mahal tapi beli juga sehelai... aku borong banyak kaftan tapi di kelantan. (nanti aku cerita bila sampai part tu) tak banyak yang menarik mata aku kat pasar payang ni. Dah pernah kesini juga sebelum ni. Tapi batik-batik kat sini memang cantik!



Di Kuala Terengganu ada sepupu husband so kami lepak dengan mereka untuk dinner. memang superb betul ikan bakar dan menu lain kat ctu. rugi gaklah order sekor ikan bakar je. hehe..puas melantak. lokasi dibawah jambatan ape tah namanya..(jambatan utama nak ke kelantan-nampak masjid kristal,etc). orang agak ramai tapi tak la lama mana menunggu... =)



the next day activity nya nak bawak aisy mandi swimming pool pulak untuk pertama kalinya..sebab dah fail dengan beach so nak try dengan pool pulak.. aku try rendam kaki dan badan dia so far ok je. bila husband bawak rendam terus exicted dia. hehehe..





mula-mula husband suh bogelkan dia aje..tapi aku rasa tak proper la pulak nak mandikan dia bogel dalam swimming pool yang ramai orang tu. hish..tak sopan la kan..so pakai la balik baju tu. siap dengan legging skalik. hehe..next time boleh belikan swimming suit dia.





aku pun mandi sekali dengan dia.




last pic for this entry. ni masa berhenti rehat di pantai sepuluh ke ape tah namanya. seriously aku lupa betul nama-nama kat terengganu dan kelantan ni. sebab pertama kali lalu jalan tepi pantai ni. memang indah betul. ajak husband lepak sekejap sampai leka dibuatnya... aisy masih lagi takut dengan ombak bila bawak pegi dekat. so baring la bawah pokok. angin memang kuat... boleh lena dibuatnya...




kelantan?





next entry ye!





Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday (v.19)





so true!




p/s:sehari dua kali entry wordless wednesday..hehe

Wordless WednesdAy (v.18)

Sunday, March 11, 2012

Tak sabar

Assalamualaikum,

Si kecik ni pAntAng tengok org mkn minum..sibuk gAk nk minum sAmA.. Nk minum dlm cwn so bglA susu die dlm tu


Ps: keypAd rosk pyh nk type btul

Saturday, March 10, 2012

kesayangan dah jadi kebencian

Assalamualaikum,


tajuk entry tak leh blah betul.



ni suma gara-gara blackberry aku buat hal. kali ni agak kronik betul sampai kacau mood holiday aku. keypad tetiba jadi cam kena kejutan letrik. jadi tak betul. aku tak tekan ape tetiba suma huruf keluar.kalau orang call tak boleh nak tekan ape suma jadi hang. geraaaammm!


dah lah aku tengah kalut dengan assignment bagai. even holiday tapi still kena siapkan assignment jugak. ni pun tengah fikir nak ponteng ke tak kelas on monday. agak payah sebab ada presentation dan dua-dua kelas wajib. kalau kelas elektif boleh senang lenang ponteng je. (oh tak bagus betul ponteng-ponteng nih)


aku tengah berfikir nak cari hp biasa dan pakai tab ke. samsung galaxy note yg baru ni pun mengancam jiwa ragakuu tapi hubby suh gak pakai blackberry..ai dah tawar hati u dengan bb nih. rasa nak campak kelaut je even hari tu 'ilang' kejap aku dah meleleh-leleh nangis. *lempang sedas



kalau banyak duit memang dah lama aku sambar. nak cari yang senang untuk aku hangkut sana sini dan senang nak buat kerja. huhuhu..





p/s: entry ni ditaip di kota bharu. nanti aku buat entry khas holiday trip ke pantai timur ni ye! =)




Wednesday, March 7, 2012

busy bee

Assalamualaikum,


blur je kepala bila ngadap blog. Sebab dalam kepala dah mula penuh dengan assignment yang memeningkan kepala..makan mandi tidur semua fikir assignment. Tapi bila dah ngadap sikecik ni..alahai..semuanya ku campak ke tepi. hehehe..anak comes first.



aku tatau la camne working mom yang sambung belajar at the same time jaga anak-anak. fuh! challeging tau! Ini untungla ada my mom sudi jagakan aisy while aku ke kelas. Nak anta ke babysitter aku tak berani lagi. huhu..



just finished with one assignment. tu yang boleh la nak berupdate. sikecik ni pulak tengah lena tidur. aku dah letih yang amat tapi still need to pack baju suma coz nak bercuti esok dengan hubby. owh my..seronok sangat nak bercuti sampai tatau nak pergi mana. hehe..kami ni susah sangat nak dapat bercuti sama so kalau boleh aku nak pergi tempat yang betul-betul best. =)



oh weekend ni juga ada baby expo di midvalley. so sapa-sapa free boleh la kesana. aku tak dapat la kot. next time maybe.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers