Thursday, March 15, 2012

percutian ke pantai timur - part 1

Assalamualaikum,




Entry ini kemungkinan akan jadi panjang berjela dan juga bersiri.






hehe..





Beberapa minggu lepas, husband bagitahu yang beliau akan ambik cuti panjang dan balik ke kampung aku. Dan juga merancang untuk bercuti kami bertiga. Bincang punya bincang sampai lah hari beliau sampai kat lcct, masih lagi tak decide kemana ingin bercuti.






Tapi aku dah siap packing barang-barang masa ambik husband kat lcct tu.. =)






Tiba-tiba hubby bagitahu yang nak ke Pulau Tioman. Tapi disebabkan macam tak sesuai bawak baby kesana, kami terus tukar plan ke terengganu.







Actually, ini percutiaan 'official' kami bertiga. Aku tak pernah berhoneymoon berdua dengan husband. Kami bercuti sebelum ni mesti ada sebab. Reunion dengan kawan-kawan lah..family day company lah..melawat sedara mara lah. tak pernah lagi plan bercuti kemana-mana. Disebabkan itu, aku nak sangat enjoy cuti ni.. nak pergi jejauh keadaan belum mengizinkan. Ada rezeki lain kali insyaallah..





kami lalu kuala pilah, terus ke muadzam shah (betul ke ejaan ni?) dan ke kuantan. Singgah makan tengah hari di gambang jaya (kampung my SIL) dan terus lalu jalan biasa ke terengganu. Lalu cherating. first time aku sampai ke cherating ni. pantai not bad. pujuk juga husband tuk stay one night kat sini tapi husband nak juga ke terengganu dulu..





akhirnya kami tiba di kemaman dalam lewat petang. tak jadi ke kuala terengganu terus sebab dah keletihan. check in terus di Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort. Memang jatuh cinta betul tengok resort ni. Pemandangan memang cantik! pantai sangat bersih dan jernih. Mungkin sebab takde siapa yang mandi makanya jadi bersih je persekitaran.. Memang sesuai kalau sesiapa nak honeymoon kat sini. romantik je tempat ni. Yang kaki golf pun boleh layan juga.




ok meh layan pic pulak.







aisy dalam lif. sangat comel la sikecik ni kalau senyum. mau geget gegeettt!!






depan resort time nak makan malam. sian aisy kena kejut bangun tido dengan papanya.. muka blurrrr je aisy


kononnya nak makan ikan bakar best la kan kat sini..tanya guard dia kata ada banyak kedai bla bla tapi kami cari sampai jalan jam tak jumpa-jumpa. Patah balik dan cari ikut signboard. jumpa la jugak..tapi tak best. ikan bakar tak dapat rasa katanya rempah abis. padahal masih awal lagi. belum pukul 10 pun. ikan sweet sour, ketam masak pedas dan sotong goreng tepung yang husband order, semuanya out. tapi harga tak mahal la. 60+ saja. nasib baik la kan..


aku rasa kalau ada kenalan kat sini sure boleh bagitahu kat mana port ikan bakar yang best-best kan. kalau cari sendiri macam ni memang tak jumpa laaa...






siangnya kami excited nak bawak aisy ke pantai untuk pertama kalinyaaaa.. baru aku tahu kat sini takde orang mandi sebab pantainya agak bahaya untuk mandi. banyak jellyfish dan juga pasir jerlus. Tapi airnya jernih dan pemandangan cantik.




aisy takut bila bawak ke pantai. merengek sampai menangis sikecik nih..






husband saja bagi kaki dia kena air tapi menjerit-jerit dia..





memang takut betul dia sampai mengigil gigil










tak henti merengek rengek nangis







merajuk








kaki si comel





bila dah macamtu gayanya sikecik, kami pun tak lama la duduk kat pantai tu.. tertanya-tanya juga. maybe dia takut dengan bunyi ombak atau takut dengan air laut..



lepas bermalas-malasan..kami sambung lagi perjalanan ke kuala terengganu.



lalu jalan pantai je..



memang cantik sangat kawasan laut ni..sempat berhenti makan tengah hari di tepi pantai. suasana pantai ni sangat mendamaikan.. walaupun cuaca agak terik. so far aisy ok je bila dalam kereta. dia behave bila letak dalam car seat tapi bila dipangku..memang tak boleh duduk diam. kena laaa ngempeng bagi dia tidur.



sampai di kuala terengganu, kami terus check in di Primula Beach Hotel. Tepi pantai juga. Tapi kat KT tak banyak sangat hotel yang tepi pantai. Maybe sebab kawasan tepi pantai dijadikan tempat riadah. Memang seronok lepak minum tepi pantai.. kebanyakan pantai kat KT penuh dengan orang berkelah, main layang-layang etc. Sesuai la untuk santai bersama keluarga..




sempat juga beli barang sikit kat pasar payang. seronok tengok baju batik cecantik. huhuhu..kalau aku pekerja gomen sure dah borong. geraaaaam je tengok. cantik dan murah juga la banding harga di kl atau kampung aku. Tapi sehelai pun aku tak beli. cuma beli baju kaftan. puas tawar hanya dapat 35 ringgit. still mahal tapi beli juga sehelai... aku borong banyak kaftan tapi di kelantan. (nanti aku cerita bila sampai part tu) tak banyak yang menarik mata aku kat pasar payang ni. Dah pernah kesini juga sebelum ni. Tapi batik-batik kat sini memang cantik!



Di Kuala Terengganu ada sepupu husband so kami lepak dengan mereka untuk dinner. memang superb betul ikan bakar dan menu lain kat ctu. rugi gaklah order sekor ikan bakar je. hehe..puas melantak. lokasi dibawah jambatan ape tah namanya..(jambatan utama nak ke kelantan-nampak masjid kristal,etc). orang agak ramai tapi tak la lama mana menunggu... =)



the next day activity nya nak bawak aisy mandi swimming pool pulak untuk pertama kalinya..sebab dah fail dengan beach so nak try dengan pool pulak.. aku try rendam kaki dan badan dia so far ok je. bila husband bawak rendam terus exicted dia. hehehe..





mula-mula husband suh bogelkan dia aje..tapi aku rasa tak proper la pulak nak mandikan dia bogel dalam swimming pool yang ramai orang tu. hish..tak sopan la kan..so pakai la balik baju tu. siap dengan legging skalik. hehe..next time boleh belikan swimming suit dia.





aku pun mandi sekali dengan dia.




last pic for this entry. ni masa berhenti rehat di pantai sepuluh ke ape tah namanya. seriously aku lupa betul nama-nama kat terengganu dan kelantan ni. sebab pertama kali lalu jalan tepi pantai ni. memang indah betul. ajak husband lepak sekejap sampai leka dibuatnya... aisy masih lagi takut dengan ombak bila bawak pegi dekat. so baring la bawah pokok. angin memang kuat... boleh lena dibuatnya...




kelantan?





next entry ye!





4 comments:

suezen said...

eh babe! aku pun baru balik dari pantai timur:P

~ez~ said...

hehe..yeah i know..ada juga call lily kat sana..tp korang pun ada aktiviti gak kan..hehehe..eh,ko drive bedua dgn sara je ke?

aNIe said...

Ez...akak suka pergi Ganu... suka sebab pantainya yang cantik...

Comel sgt aisy senyum...hehehe...

Memang dia takut pantai kot... tu yang menangis bila nampak ombak tu...

~ez~ said...

aah akak..ganu cantik sangat kan? rasa nak pegi lagi je..sejuk mata memandang..


aisy takut bunyi ombak maybe sbb tak penah tengok lg kot..tu first time..len kali leh try lagi.heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails