Friday, February 11, 2011

give me strength

blog ni memang akan terabai je la kebelakangan ni.. keadaan kesihatan dan emosi aku yang tak berapa stabil membuatkan aku tak mampu nak update blog ni sekerap dulu. semua bergantung pada keadaan. sekarang ni perut dan badan masih dalam kondisi tak selesa yang amat. aku rasa letih dengan situasi macam ni. Buat ape pun semua serba tak kena..


im too tired nak buat kerja tapi dont have any other choice. rasa tak sabar nak cuti sem. kadang-kadang rasa macam nak berhenti belajar je. tu belum kerja lagi. Kalau kerja tak tahu la camne nak buat...




oh, lupa nak mention. aku menang hadiah pertama entry give away anjuran blog kak epi tu!!! yayyyy!!!! seronok sangat..dapat hadiah tudung syria and shawl. heeee... thank u so much kak epi..hehehe..really made my day. terus ada sedikit semangat nak siapkan order chocolate..




em...esok nak balik my kampung. i miss my mom. miss my family. miss my home. that's the best place ever. huhuhuhu... rasa macam nak stay kat my home tu je sampai bersalin nanti...but still have classes to attend.




hmm...pray the best for me k.



Wednesday, February 9, 2011

semaakk

lamanyaaa tak berhapdet blog ni. bersawang-sawang dah. letih kemas rumah..nak kemas blog memang takde mood. cuti raya cina aku balik kg husband kat perlis for 4days. dengar memasing merungut stuck dalam jam lama. Aku balik KL on isnin malam selasa..so memang lancar je la..xde jam langsung..


mood aku beberapa hari ni memang hancus teruk. aku memang takde mood langsung. senyap je sepanjang bercuti tu. malas nak cakap. perut tak selesa. kejap-kejap memulas. rasa loya sepanjang hari. dua tiga hari tak hilang-hilang rasa loya. aku just nak baring jek. memang tak larat nak buat ape pun. selesa baring je. so memang tak buat ape sangat pun masa bercuti.. more time spend kat atas katil. ;(


pastu runsing dengan assignment dan kelas yang berlambak-lambak ni.. lagi laaa menambahkan rasa tak seronok tu..jenuh fikir nak buat assignment suma..huhuhu


sekarang kandungan dah masuk 2 bulan. Belum berkesempatan lagi nak pergi buat kad merah tu..entah bila..kena tunggu husband free la. Aku tatau klinik kat mana kat area sini. Kalau kat kampung aku tau la..


okayla ek.. xleh update lelama. cepat letih duk depan laptop ni. ive to cook. sangat lapar ni..huhuh..will update later!

Thursday, February 3, 2011

lega sikit


finally, my brother dah dalam flight on the way balik ke KL. Katanya duit terpaksa 'pau' dari kawan-kawan sebab cash di tangan tak cukup. tapi takpelah..nanti boleh bayar balik. Janji dia dapat balik. Sian juga kawan-kawan yang lain tu. Lambat sangat bertindak. Rakyat msia kat sana bukan sikit. patutnya tindakan yang lebih cekap dan pantas diperlukan dalam tangani isu-isu macam ni...




walaupun ada yang kata takde ape-ape pun..biasa je..tak kecoh pun macam dalam tv dan paper tu.. but still risau. sebab mereka berada di negara orang. rakyat dia pun tak dipedulikan ape tah lagi dengan orang luar kan?? ini bab keselamatan..bab nyawa. risau..




hope semuanya selamat di sana..




rasanya macam nak suruh adik aku tu sambung belajar je kat sini. habiskan aje la belajar tu kat sini. tinggal setahun lebih je lagi. suma duk pegi overseas tinggal aku dengan si yat aje kat msia ni. kadang-kadang kelam-kabut juga keadaan kami. si yat tu lagi kesian. selalu jadi mangsa keadaan. asyik kena marah je dia. hmm..sunyi rumah kat kampung tu..lagi sunyi hati mak pak aku tu.. sob sob sob


selalu mak aku tu cakap, jeles tengok jiran depan rumah. anak-anak menantu cucu suma duduk dekat-dekat. selalu jumpa dan kumpul bersama. meriah je rumah..


aiseh..kelu lidah aku dibuatnya.


but what to do kan? that's life. rezeki abang dan adik-adik kat luar negara. cuma kondisi mak aku yang tak boleh kerap ikut mereka tu yang agak payah. aku pulak dah ada komitmen lain yang menyekat pergerakan aku untuk selalu balik ke kampung. kadang-kadang serba-salah juga.. huhuhu..




bila macam ni, masa bersama tu memang sangat limited. kali terakhir kami dapat kumpul bersama masa raya last year. itu pun my husband tak leh join sangat sebab dia sibuk dengan kes pembunuhan Sosilawati. tak tahu la bila lagi dapat berkumpul ramai-ramai.


bila ramai-ramai, aktiviti yang kami semua suka buat, bbq @makan besar. haha..memang syokla. semua kaki makan. then, bermandi manda sama ada di pantai atau air terjun. uh, memang syokk laaa..bawak khemah suma. hehe..



insyaallah nanti ada rezeki dapatlah berkumpul lagi..

Wednesday, February 2, 2011

Hangin hangin

Pepagi buta ni memang aku masih tak leh lena tidur. Teringatkan adik kat mesir tu buat kepala aku makin tak baik-baik.


Asal la kerajaan lambat sangat hantar bantuan?? Students lebih 11k kot. Bukan boleh sekali hangkut. Dengan keselamatan dihujung tanduk. Duit ditangan dah habis. Makanan mahal dan kehabisan stok. Penjenayah dah lepas bebas. Memag huru hara!


Yang buat aku sakit hati bila ada yang kata kerajaan lambat hantar bantuan atas sebab disengajakan. Tanak bdk2 tu bwk balik semangat demonstrasi tu ke msia. Sbb pilihanraya kan dah nak dekat. Come on!!!! Ni nyawa orang lah! Bukan sikit tau!! Igt orang tak bengang ke?? Cuba ahli keluarga korang yang ada kat mesir sana tu?? Tak susah hati ke??


Then, dgr kata student disana, premis kedutaan dah dikosongkan dan dah takde sape pun. Sbb tu kalau call memang tak berangkat pun!!


Dahlah diorang tak leh berhubung satu sama lain. Mcmana nak sampaikan msg suruh berkumpul ke ape? Nak contact diorang pun tak dapat. Hish...hangin hangin

Kalau dapat ke airport pun tak dapat balik ke msia sebab katanya byk flight kena cancel. Aduhaaaiiii....


Aku harap keselamatan semua rakyat msia disana dilindungi dari perkara yang tak elok. Semoga semua selamat sampai ke tanah air.


Hmm..risau risau. My mom tu dah stress tahap gaban dah. Kami kat sini memang risau je duk baca news ni. Hmm..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 1, 2011

Sick again and again

Yeah, 24hours at home. Dari pagi sampai ke malam. Minggu ni cuti seminggu. Lega juga boleh rehat kat rumah. But kat rumah pun banyak je benda nak buat..

Aku memang tak suka rumah sepah lelama..mata xtahan tengok habuk sana sini..sampah sana sini..kalau tak aku kemas sape nak buat? Gagahkan gak la badan untuk buat kerja rumah walaupun pening-pening..sengal-sengal bdn. Masak pun buat juga...kang kebulur lapar pulak. Kalau ikutkan memang tak laraaaaattt.

Sekarang ni kejap demam kejap ok. Tapi ok pun aku akan demam balik. Kena pakai winter sweater yg memang tebal plus stokin n selimut. Tu pun masih rasa gigil sejuk. Mandi memang tak boleh lelama..sure demam after that. Batuk makin teruk. Huhu..

Selera makan xberapa. Aku memang makan sikit je. Tu yg buatkan aku kerap lapar..bila perut rasa lapar terus rasa nk muntah-muntah...u know what, aku asyik tengok food channel untuk bagi naik selera makan..dari pagi sampai malam tengok..huuu..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

lindungi la mereka, ya Allah!

Ya Allah, genting betul keadaan di egypt sekarang.


risau dengan my brother kat sana tu. katanya kawasan dan kena kepong dengan tentera. kereta kebal merata-rata. mereka tak boleh keluar rumah. bekalan makanan tidak mencukupi. ramai pulak yang terkandas flightnya..


pastu duit di tangan tak cukup. bank dah kena rompak dengan penyangak dan banduan yang terlepas. barang-barang makanan semua naik harga mendadak. flight adik aku on wednesday. hopefully dia dapat balik dengan selamat. tadi my mom keep calling him tanya. dia suruh aku check online converter sebab line internet mereka dipotong.


semoga Allah melindungi saudara mara kita yang berada di Mesir sekarang. Semoga mereka boleh pulang ke tanah air dengan selamat. ameenn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers