Tuesday, January 26, 2010

sunyi

alahai..sunyi sepi la rumah bila pak arab sorang tu dah balik Egypt.

huhuhu..seriusly rindu betul kat adik sorang ni. :(

Kalau dia ada semua terhibur hati dengan keletah dia yang sangat suka mengusik dan buat lawak..

takpelah, ada rezeki leh jumpa lagi. huhuh~

Monday, January 25, 2010

Lidah setajam pisau

"Lidah sepanjang 3inci boleh membunuh manusia setinggi 6 kaki.."

Sebelum berkata-kata, fikir panjang la dahulu. Dah terlepas tak boleh nak patah balik @ berundur. Kelak akan melukakan hati banyak pihak. Hati dah tercalar, susah nak hilang parutnya..

Sekarang ni kecoh sana sini tentang kes farhani tarmizi yang mengutuk perempuan sarawak tu. Dan baru-baru ni pulak kecoh tentang AdukaTaruna ni pulak..

Tak suka pun jangan la guna perkataan yang kesat. Kan tak baik. Apa-apa pun nanti diri sendiri yang tanggung akibatnya. Hmm...walaupun tak menggunakan perkataan kesat, kadang-kadang pun boleh buat orang lain terasa dan marah. Lagi la kalau guna kata-kata yang sangat kurang ajar tu. Zaman sekarang ni kalau silap cakap ke..silap tulis ke..semua masuk court. Jadi, kenala kawal dengan apa yang kita nak tulis atau cakap tu. Tak kira la di facebook ke blog ke atau apa-apa laman web lain.

Kadang-kadang manusia ni tak sedar apa yang dikatakan itu sangat kurang ajar walaupun menggunakan kata-kata yang biasa. Bagi mereka semua tu tak salah..mungkin sekadar 'bergurau'. Tapi kalau dah sampai menghina tu camna pula? Sultan pulak tu yang dihinanya.hish!

Rasanya kita semua pun pernah lukakan hati orang lain dengan kata-kata sendiri. Tidak kira dari segi percakapan atau penulisan. Huhu..Kita tak terlepas dari melakukan silap. Mungkin juga tidak sengaja dan ada juga yang sengaja. Yang penting mohon maaf dan cuba untuk tidak mengulanginya semula..Tapi dalam kes ni rasanya memang sengaja cari nahas.

Kalau mohon maaf pun belum tentu boleh selesaikan masalah. Orang lebih suka saman menyaman..kalau dah bersalah kenala tanggung akibatnya. Akhirnya diri sendiri juga yang susah. hish...kalau dah melampau sangat sampai guna m****s untuk orang yang dah meninggal..pastu kutuk pulak satu negeri..aduhai...camne orang nak maafkan?

Jangan rasa kita sudah cukup bagus sampai rasa layak untuk menghina orang lain..Hidup tak selalu di atas. Nikmat yang Tuhan beri tu boleh ditarik sekelip mata.

Sama-sama kita ambil iktibar..


update.

si fahrin nak saman linda onn pasal fitnah dia kaki pukul. ha...kan dah kena. Kerana mulut badan binasa..hish...tanggungla akibatnya. Kan lebih baik diam je. Benda dah lepas buat apa nak ungkit dan kecohkan lagi. Cukup-cukupla tu...

(haish..jarang pulak aku cerita hal-hal artis kat blog ni. huhuhu)



.....................................................................

ish...bertangguhla entry psl trip ke jakarta tu.. nanti la ye! :)

Saturday, January 16, 2010

BbQ time!

Family aku memang suka buat bbQ. Maybe sebab makanan laut kat sini murah dan senang dapat. Itu yang kerap sangat buat bbQ. Malam tadi buat bbQ sebab adik beradik yang duduk jauh semuanya balik. Dan kebetulan tunang pun cuti, so invite dia skali.

Memang syok la sebab lama dah tak bersembang camni. Meriah! lagi besh kalau adik aku yang lagi dua orang tu balik. Nak buat camne..masing-masing masih sekolah lagi. Yang ada ikan pari, ikan ape tah lagi..aku tatau nama ..then ada sotong, kentang, daging kambing..wahh..mmg syok laaa..hehe

ahh..dah syok-syok layan bbQ lupa pulak nak snap gambar..hehe

Bila dah kenyang, aku plak termenung panjang. Bukan ape risau dengan berat yang makin naik ni. Huhuhu...kang tak muat pulak baju. Asyik keje makan yang berkalori tinggi, hancur lebur diet. huhuhu...

okayla, have a nice weekend!

Tuesday, January 12, 2010

susah nya nak pilih

Dari pagi sampai ke malam..duk mengadap laptop. Bukan ketagih berfacebook. Tapi duk survey benda-benda yang penting utk 'hari itu' nanti. Seriously, kalau duit tu boleh dapat macam air, fuh! senang aje nak pilih yang berkenan dihati. Tapi sebaliknya. Kenala timbang tara mana yang perlu dan tak. Membazir amalan setan..kan? hehe

Bila dah booking terasa cam nak batalkan bila tengok ada yang lebih cantik dan murah. haish..kena pilih betul-betul so tak rasa menyesal. huhuhu..

esok, family buat kenduri doa selamat. untuk ape? selamat utk semua la kot. adik yang sakit tu dah beransur baik sedikit. abang dan kakak ipar pun ada balik sekali. Jadi buatla kenduri... moga-moga kami sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya.

minggu depan pulak...nak travel ke satu negara yang aku tak pernah jejak. Walaupun berjiran tapi tak pernah pun kesana. Ni abang offer bercuti kesana. Orang dah sponsor takkan nak tolak kan? kebetulan aku jadi penganggur tersohor sekarang ni..manfaatkan sepenuhnya..hehehe..

.
.
.
.
.

walaupun online 24jam..mood nak berblog macam malas je. Tiba-tiba blur nak cerita ape..hehe..

Thursday, January 7, 2010

Penangan Facebook



Rasanya aku macam dah addicted pulak dengan facebook. Sehari kalau tak jengah mula la cam cacing kepanasan. Terutama kalau ada main game. Aduhh...abis mati semua tanaman tu. haha..Ramai kan yang addict macam ni.

Sindrom addict dengan facebook ni melanda bukan sahaja di Malaysia tapi di luar negara juga. Ada yang turut menyekat penggunaan facebook sewaktu mas
a kerja. Rasanya di Malaysia pun ada juga yang berbuat sedemikian.

Dan facebook juga menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial lain..suami isteri berlaku curang sehingga cerai berai. Dah banyak kes di serata dunia yang suami isteri bercerai kerana facebook. Buat sex chat di facebook la..macam-macam. Dan
aku sendiri turut pernah kena kes macam tu. Ada makhluk-makhluk tak guna ajak buat benda tak senonoh..cakap lucah..cakap kurang ajar. Ikut aku senang je, sound sikit then delete dan terus block. Walaupun orang yang dikenali.

Apa-apa pun biarlah berpada-pada. Jangan kerana facebook semua kerja tak buat. Semuanya tak menjadi..hubungan yang elok jadi putus..keadaan elok jadi huru hara..jangan jadikan facebook tu tempat untuk berlaku curang dengan pasangan.
Manfaatkan teknologi untuk perkara yang lebih berfaedah..

Walaupun aku boleh dikatakan addicted, tapi tetap ada batasan. Banyak faedah dan kebaikan yang aku dapat dari 'bermukabuku' ini. Dapat jumpa balik kawan yang dah bertahun-tahun tak pernah jumpa. Memang ramai kawan-kawan sekolah dapat berkumpul dan cerita zaman dulu kala.. dapat jumpa balik saudara mara yang dah bertahun terputus hubungan..dan dia sendiri tak tahu kami bersaudara..dapat jumpa kawan-kawan baru da
n juga kawan-kawan blogger. Dan yang paling utama, kerana facebook juga aku dapat berjumpa semula dengan bakal suami ni. Walaupun kami satu U dahulu, tapi tak pernah berkawan pun..sekadar say hi dan hangguk-hangguk kepala aje.

Walau apa pun..biarlah berpada-pada. Jangan jadikan facebook itu mengubah kehidupan kita kearah perkara yang tidak baik. Benda apa pun kalau dibu
at berlebih-lebihan mesti mendatangkan kemudaratan. Sedar dimana kedudukan dan status kita. Kalau yang dah berkahwin, jangan jadikan facebook untuk berskandal sana sini. Zaman sekarang ni dah tak kira bini orang ke laki orang ke semua nak dirembat.. Jauhkanla kita semua dari perkara tak elok macamni. Pengaruh tu boleh datang dari mana-mana pun..Yang penting diri sendiri tu..

Baca disini.




Janganla berfacebook sampai jadi begini.. huhu..

Tuesday, January 5, 2010

Oh mataku!

Mula-mula pakai spec ni masa di Uni dulu. Tak ingat tahun bila. Tapi puncanya sebab terlalu lama mengadap laptop sampai mata naik rabun. huhu..

Mula dengan power yang tak banyak. Tak sampai seratus pun. Tapi sebab kadang-kadang blur bila dalam kelas, so terpaksa la buat jugak. First spec buat kat focus point. Agak mahal bagi aku yang tak biasa buat spec ni. Pakai pun ikut mood. Sekali tu entah camne, tengah tido dan spec tu ada kat sebelah aku. Adik bongsu boleh pijak sampai penyek spec tu. Tapi yang beshya tak pecah pun..Bila dah lama cket aku tuka pulak ke spec baru. Murah cket banding yang lama. Dan powernya pun naik la sedikit. Jadi seratus lebih. Tapi makin lama makin tak suka nak pakai. Makin rimas..huhu..jadi aku pakai pun kejap-kejap. Dan sejak awal tahun lepas aku dah terus tak pakai spec tu. Buat-buat cam tak rabun la... hehe..boleh la plak camtu ek.

Tapi bila drive, memang tak baca signboard la. kalau baca pun dah dekat. hahaha..sengal tul.

Baru-baru ni, aku nyaris-nyaris langgar lori tangki minyak sewaktu keluar dari simpang. Masa tu dalam keadaan hujan renyai dan traffic light rosak. lori tu terbabas sedikit dan drivernya marah kat aku (bagi signal tangan..huhu). Kejadian tu buat aku tergamam. Kalau la aku tak sempat tekan brek, memang dah langgar la lori tu. Na'uzubillah..

Aku memang tak nampak langsung kelibat lori tu bila keluar dari simpang. Masa tu dengan sahabat baik tapi dia drive kereta lain. Dia nampak lori tu. Tapi aku memang sedikit pun tak nampak. Mengucap panjang dibuatnya...

Itu salah satu kejadian yang memerlukan aku pakai cermin mata. Jadi tadi aku pun terusla nekad ke kedai untuk buat yang baru.. Sekali bila check power, terus jadi hampir 300 sebelah kiri dan kanan 2 ratus lebey. Waduhhh...apesal makin tinggi ni..huhu..rasa tak best betul..Tapi nak tanak aku terpaksa la pakai jugak. Cuma tadi mintak powernya dikurangkan sedikit. Tak tahan bila tinggi macam tu. Sayang mata ni. huhu..nampak gayanya kena makan carrot banyak-banyak la kan? dulu my dad memang rajin buatkan air carrot susu sebab tanak bagi aku pakai spec. Last-last masuk U kena pakai jugak..

Adik beradik aku memang kebanyakan pakai spec. Masing-masing jadi rabun bila masuk U. haha..Orang kata pakai spec nampak cam educated ek? selalu dengar camtu. Tapi tak pernah plak rasa pandai bila pakai spec tu. Yang paling tak boleh tahan, ada sorang kawan lelaki pernah cakap, nak cari girlfriend yang pakai spec sebab nampak comel. comel ke? hehe..tapi memang ada yang jadi comel bila pakai spec. ahh...kalau dah muka memang tak comel tu, pakai spec ke atau tak tetap tak comel kan? hahahaha.. (hampehnya ayatku ituuu... ;p)



Monday, January 4, 2010

Entry pertama 2010



Masuk sudah tahun 2010..dan goodbye 2009. Lambat pulak cerita tentang tahun baru ni. hehe..nak buat camne..minggu yang agak sibuk untuk aku. Sambut tahun baru di kuantan bersama keluarga..agak happening jugak sambutan kat sana sampai aku pon naik pening. heh!

Bila tahun baru masing-masing berazam yang macam-macam. Biasalah kan..semangat diawal-awal. Nanti lama sikit terus lupa apa yang diazamkan. hehe..

Alhamdulillah..untuk aku, tahun 2009 melabuhkan tirai dengan sesuatu yang cukup indah. Permulaan bagi sesuatu yang baru untuk aku. Dan insyaAllah, tahun ini akan bermula la kehidupan yang baru. Harap semuanya baik-baik aja..hehe..dan sudah pasti azam aku berkaitan tentang status baru yang bakal dipikul nanti. Berharap dapat perbaiki diri menjadi lebih matang. Dapat menjadi anak yang lebih memahami, isteri dan menantu yang baik dan yang penting dapat menjadi seorang yang lebih penyabar. Yer, kehidupan memerlukan kita menjadi seorang yang penyabar. Hidup ni tak senantiasa gembira..pasti ada sedih dan duka. Harap-harap aku mampu hadapinya. Sebolehnya tahun ini tak mahu bersedih nangis dan gundah gulana selalu. Cukup-cukup la.. :)



Hadapi segalanya dengan tenang dan sabar. InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers