Friday, May 21, 2010

tekanan semakin memuncak!!

wahh..title tak mau kalah. Macam ayat biasa dengar time konsert Akademi Fantasia pulaakk.

hehehe

actually, aku baru baik demam. Demam siut nak kahwin nih. huuu..

Sebab ape?

Teruk sangat buat kerja agaknya. Satu badan sakit-sakit. Last-last kena berurut..makan panadol dan sapu-sapu minyak..dua-tiga hari baru betul-betul baik.

Ntahlah..memang tak menang tangan nak buat kerja. Lagi pulak takde sapa yang boleh diharap untuk tolong. Maka semuanya kena buat sendiri. Ni pun aku pujuk dua orang sepupu tido rumah sampai wedding nanti untuk tolong aku buat kerja..

Kalau ikutkan aku memang nak 'berpantang' ikut adat dulu-dulu. Tapi susah. Memang aku perlu keluar kesana sini untuk uruskan hal-hal yang belum setel.

7 hari lagi beb!


risau..bercampur baur perasaan..



harap-harap semuanya berjalan lancar..



ameen..






Wednesday, May 12, 2010

sesi menjerit-jerit, melompat-lompat, membaling-baling depan TV.

Sape tengok games piala Thomas tadi?

hehehe..mesti seronok duk jerit-jerit, baling bantal suma..berakhir dengan kemenangan yang membolehkan team malaysia masuk ke separuh akhir.

owh yeahhhh!!!

walaupun games sebelum ni aku tak tengok..sebab takut kalau kalah, aku emo siap dalam mimpi kang.

muahahaha


tapi..

my dad leh cakap ape tau..

ala...lawan dengan jepun pon leh kalah..ape lagi nak lawan dengan China..



huuu...takpe..takpe..hopefully team Malaysia boleh buat yang terbaik. insyaAllah

chayyookkkkk!!!


(sejak bila pulak aku minat tengok bab-bab sukan nehhhh..heee )


ha...ni salah satu pic wedding ewan & eija yang aku ambil last week.


Okayla untuk amatur macam aku kan.. ngeee

its so hard untuk diorang posing..walaupun just pegang tangan. adehhh...

Jadi gambar mereka banyak la yang candid..

okaylah kan..?





Saturday, May 8, 2010

tik tok tik tok


cantik tak bunga kat atas tu? sesuai rasanya untuk tema aku nnt. hehehee..


rasanya setiap hari dah mula sibuk. macam-macam benda nak buat. Tapi kadang-kadang rasa macam malas nak buat.hahaha..bilik aku pun tak siap kemas lagi.muahaha..mood rajin belum sampai lagi..

esok ada job shoot gambar orang kahwin. so far aku dah banyak kali ambik gambar orang kahwin but not as official photographer. Biasanya back up je. kali ni jadi photographer utama.. yeahhh..nervous gak. tapi cuba la yang terbaik. do pray for me..hehe


nak wish HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua wanita dan ibu-ibu seluruh dunia. insyaAllah, ada rezeki satu hari nanti aku juga akan bergelar ibu. wahhhh... berangan sudah.. hihi..


okay. HAVE A NICE WEEKEND ya!


................................................


tik! tok! tik! tok!


lagi 20 hari ni..


Tuesday, May 4, 2010

berjangkit sudaahhh

setiap petang duk tengok kat FB, ramai kawan-kawan update tengah tengok Adamaya. Semua dok kata besh tengok cerita tu. Ada yang sanggup pulang kerja awal semata-mata nak tengok cerita tu..



Aku pulak spesis tak berapa layan cerita melayu. Agak jarang layan melainkan dah takde cerita lain yang menarik. Cerita melayu bersiri yang masih aku layan ialah mertua vs menantu.



Bukan sebab tak suka atau menyampah..tapi aku memang agak jarang spend masa kat tv. Kalau tengok pun cerita CSI sebab aku malas dah nak download cerita tu. Masa memang banyak habis kat internet je.. :)



Tapi entah macamana petang tadi, tergerak nak tengok Adamaya tu la...




now, aku faham kenapa orang begitu teruja!!



hahaha..




Sebab aku pun dah mula teruja..Sian aku..tertinggal kapal. hahaha..


Takpe..leh tengok online kan?




sudah berjangkit la demam Adamaya nih..




mesti perempuan-perempuan duk berangan untuk dapat lelaki sesuweett macam adam kan kan?? hehehe..




ape-ape pun layanzzz







Saturday, May 1, 2010

Lelaki Ingin Memilih Wanita Kerjaya Kerana Duit????



Rasanya isu ni agak menarik perhatian. Jumpa di FB Ustaz Zaharuddin ni. Sama-sama kita baca dan fahami agar dapat manfaat darinya. Kalau rajin dan ada banyak masa lapang ataupun ada perkara/isu yang tidak difahami..tidak diketahui hukumnya...ragu-ragu..sila jenguk ke page ini.


note ini memang saya copy direct tanpa ada ubah apa-apa atau tokok tambah.



............................................



Lelaki Ingin Memilih Wanita Kerjaya Kerana $ ?
Saya bersetuju 100% dengan pendapat Uzar berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.

Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.

Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).

Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon
isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000). Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.

Bagaimana pula pandangan UZAR dan rakan-rakan group?

JAWAPAN RINGKAS SAYA

salam,

Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri.

Jika terdapat mana-mana bakal suami membuat syarat demikian, bagi saya ia masih boleh diterima jika :-

a) kedua-dua mereka mempunyai 'planning' sebaiknya maksud saya ia adalah bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.

b) bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.

c) berbentuk 'temporary' sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak pinak dalam keadaan yang lebih selesa.

d) memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.

e) menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.

Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, bagi saya secara peribadi ia sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Saya yakin mesti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang.

Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Bagi saya apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri :
• 01) didik anak dengan hebat dan berkesan
• 02) layan suami dengan baik,
• 03) senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
• 04) tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
• 05) memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
• 06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
• 07) basuh baju,
• 08) gosok baju,
• 09) sidai dan angkat baju,
• 10) urut badan suami,
• 11) masak sedap,
• 12) basuh pinggan,
• 13) sapu dan buang sampah,
• 14) kemas rumah,
• 15) cuci tandas,
• 16) tangani karenah anak dengan baik
• 17) ajar anak ngaji
• 18) tak membebel,
• 19) tak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,
• 20) tak muncung dan lain-lain



Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.



Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.



Kesimpulannya, suami yang bekerja perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tangunggjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very begining atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.



Justeru, bagi saya suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkara yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain.

Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Panjang ceritanya ini, ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO. Jangan dengan naïf, beralasan dengan pelbagai alasan. Beralasan itulah kunci awal kegagalan suami.

Akhirnya ; saudari menyebut , isteri terpaksa 'turun padang' demi keteguhan ekonomi rumah tangga.



Soalan yang amat perlu difikirkan secara telus adalah, manakah yang lebih penting "keteguhan ekonomi" atau "keteguhan hubungan rumahtangga" ?



Ada orang, rumah dah ada cuma kecil sedikit..cuma ingin di tambah 'teguh'kan dengan membeli yang lebih besar, kerana itu perlukan isteri bekerja??? kereta sudah mampu membeli VIVA, cuma untuk 'keteguhan ekonomi' iaitu membeli Camry, lalu isteri perlu bekerja?.



Semua perlu jelas dan ikhlas, apakah tanda aras keteguhan ekonomi?. Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagian rumahtangga tergadai dan bercerai kerana asyik beralasan mencari 'keteguhan ekonomi'. Wallahu'alam.



zaharuddin abd rahman
www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/581/96/




.........................................................


suka dengan statement ustaz, keteguhan ekonomi atau keteguhan hubungan rumahtangga? tepuk dada tanya la hati.. (^,^)


Selamat Hari Pekerja dan berhujung minggu ya!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers