Monday, April 8, 2013

Laksa Utagha


Assalamualaikum,

hari ni nak cerita tentang laksa. actually, aku bukanlah penggemar laksa. memang kureng sikit laksa-laksa ni. kalau ada mee kari dan laksa memang aku tak pandang langsung laksa ni. haa gitu kaw hantu kari.


tapi bukanlah bermaksud aku tak makan langsung laksa ni. makan je cuma bukan fav. sebab apa? kebanyakan laksa yang makan mungkin tak menepati piawaian tekakku. hambik kaw tekak pon ada piawaian kaaannn.. lain tekak lain laaa piawaiannyer kan (pebenda kau mengarut nih?)

aku suka laksa yang pedas dan pekat dengan isi-isi ikan. kadang-kadang makan laksa ni pedas dengan cili potong (cili padi ijau yang dipotong nipis tuu) tapi aku suka kuah laksa tu sendiri yang pedas tanpa perlu tambah cili potong lagi. cerewet laa mak jemah nih kaannn



dah kawen dengan orang utagha ni kenalah belajar makan makanan depa. belajar makan dulu ye. baru belajar masak.

haha


Kalau korang datang ke perlis, tempat laksa yang boleh dikatakan sedap di Dfatinnaz Corner (kalau tak salah inilah nama kedainya). lokasi aku tak reti nak explain almaklumlah belum hapal sangat peta perglih nih.


tapi bagi aku kureng sikit sebab tak pedas kuahnya..tapi pekat dia memang ummpphh lah! 

orang utara ni makan laksa dengan kicap. tapi aku tak suka. macam pelik pulak untuk tekak aku..hehe

laksa the best yang aku suka antaranya laksa makcik hubby. first time makan..pergghhhh!! meleleh air mata air hidung menikmati kepedasan kuah laksa itu. haha..seriously sedap. dengan tak malunya aku bertambah-tambah makan..

so beberapa minggu lepas, tekak aku dok teringinnnn nak makan laksa makcik nih...aku bodeklah dia suh ajar aku masak. ku belikan 3kilo ikan kembong. hambik kau macam nak bagi satu kampung makan!

masaknya simple je tapi teknik dan campuran bahan-bahan tu yang buat sedap.

bagi aku resepinya ni simple. ada orang letak isi belut la..isi ikan ape-ape lagi tah. aku cuma tau ikan kembong jek.

makcik hubby kata ikan kembong dah okay sangat dah.

resepi:

1kg ikan kembong (agak-agakla nak masak berapa byk)
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
asam keping
bawang besar
timun
ulam/daun selum
limau kasturi




makcik hubby suka pakai laksa jenis halus. aku rasa tak jumpa kat selangor lagi laksa jenis ni. selalu yang besar-besar tu je. yang ni memang senang nak celur kejap je tak yah lama dan tak liat. sedap!


mula-mula siangla ikan tu bersih-bersih. rebus sampai masak. asingkan isi ikan dengan tulang.
blend kasar isi ikan tu. lagi sedap nanti kuahnya kalau kita makan ada sikit ketul isi ikan tu kan? lepastu blend jugak tulang-tulang ikan termasuk kepala suma. tapi nanti ambik airnya aje..tapis isi tulang ikan blend tu jangan masukkan sekali pulak wehh.. masa blend tulang ikan tu boleh buh air asam jawa sedikit.

then blend cili kering bawang merah bawang putih semuanya sampai halus. ikutla nak pedas tahap mulut keluar naga buh banyak lagi cilinya. haha

jangan lupa letak sedikit belacan masa blend tu ya

pastu rebus dalam periuk semua bahan yang di blend termasuk isi ikan dan air ikan tadi. tengok collage pic kat atas belah kanan tu kuah laksa tengah rebus. air tu agak-agak sendiri nak pekat macamana kan. kalau suka cair buh banyak la airnya. suka pekat buh sikit. 

pastu boleh letak bunga kantan dan garam secukup rasa. rebus sampai masak lah ye.

makcik hubby kata kuah laksa sedap dimakan sehari lepas masak. maknanya kalau nak makan hari jumaat, hari khamis dah boleh masak lah.. aku tak kira masak time tu gak aku telan. hehe

boleh la letak daun kesum ke ape korang suka. aku tak suka daun tu..sebab nanti bukan boleh makan pon daun tu buat semak kuah laksa aku je.haha..tapi seriously aku tak suka kalau pegi kedai makan laksa orang hidangkan byk daun-daun yang xleh makan dalam kuah laksa. please la asingkan dulu..



taddaaaa!! ini hasil laksa yang sedap nyummeehh.. aku makan 3kali pada hari yang sama. alhamdulillah! bolehlah cuba ya! ;)

Sunday, April 7, 2013

coming soon!


Assalamualaikum,

hi kawan-kawan sekelian,

sudikanlah like fanpage kami  ini ye..

beberapa produk baru akan diupload di fanpage ini, kalau sudi boleh support business kecil-kecilan ku ini.




thank you!

Wednesday, April 3, 2013

bubar sudah!


Assalamualaikum,

akhirnya!!! diumumkan juga pembubaran parlimen.. hehe

bosan jemu dan segalanya lah menunggu bila lahhhh nak bubar parlimen. bila lah nak pilihanraya nih! fed up wehhh..dari tahun lepas cuti hubby dibekukan. tak boleh langsung ambik cuti. harap cuti mingguan je. itu pun dah penuh dengan jadual kelas. bayangkan lah betapa fed up nya aku menunggu. kena ulang alik selangor perlis sendirian. phew! 






so tiba lah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi. memilih pemimpin yang kita rasakan layak untuk mentadbir dan memperjuangkan nasib rakyat.



 agak-agak betul ke ramalan sotong nih? kwang kwanggg.. (jangan percaya ramalan mengarut-ngarut nih. kurafat! syirik!)



kali ini merupakan kali ke dua aku akan mengundi. of course mengundi di selangor. Insyaallah aku akan balik kesana. SENDIRIAN lagi lah nampaknya. hubby sure super duper busy. bila parlimen dibubarkan, kemungkinan besar dia kena kerja everyday tanpa cuti langsung sehingga pilihanraya habis. huaaa....




apa pun, semoga tiada la perkara/insiden buruk dan negative yang berlaku sepanjang musim kempen dan pilihanraya nanti. nak harap pilihanraya yang tulus dan telus? entahlah.. harap-harap semua jujur lah nanti masa mengira undi kan.. walaupun agak mustahil.

 'hantu-hantu' yang akan 'bekerja keras' masa pilihanraya nanti harap-harap dikeras kejungkan lah korang semua! dok jauh-jauh sana tak payah sibuk sibuk nak mengundi sama!




so, selamat berkempen! selamat mengundi!


jadilah pengundi yang bijak! =)

Sunday, March 31, 2013

all is well!



Assalamualaikum,

mesti masing-masing malas je nak tunggu esok hari kan?

mesti jalanraya utama, lebuhraya kebanyakan tengah jam, kan?

yelah, esok kan dah mula sekolah balik. no more school holiday kay. ;)



hari ni nak cerita pasal satu movie hindustan yang menjadi favourite aku. aku ni agak ketinggalan la kan. haha.. baru tengok movie ni last year kalau tak silap kat tv3. 3 Idiots ni cerita hindustan released tahun 2009.   

tapi last year baru aku tengok. hahaha.. bila orang update cerita story ni aku tak ambik peduli sangat. walaupun cerita hindustan memang favourite tapi aku tak berapa gemar cerita hindustan sekarang. ataupun hindi movie yang tak dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang aku suka macam Shahrukh Khan ke..hehehe :)


sekali tu 'tertengok' kat tv3. memang best gila!

aku suka sangat cerita ni sebab focus pasal friendship. BFF gituuu.. huaaa!! bestnya dapat friends macam ni kan?? aku memang suka sangat tengok movie pasal friendship ni..macam siri FRIENDS, How I Met Your Mother, etc. rasa sweetnyaa la friendship diorang ni..


macamana diorang support each other. masa susah, masa senang, masa happy, masa sedih. bukan senang nak cari kawan yang kita boleh pinjam bahu untuk menangis kan..


mana nak cari kawan yang masih berdiri sebelah bersama kita walau seburuk mana perangai kita. walau susah mana keadaan kita. 

orang yang suka belajar..bukan semata-mata sebab nak segulung ijazah.. bukan semata-mata mahu dapat kerja.. bukan semata-mata mahu dihormati sedunia. ada lagi ke manusia begini?

betul la kan? kita ni biasanya di hormati kerana pangkat, harta dan sebagainya. 
dapat hafal semua buku teks, boleh dapat semua A. tapi ape yang kita dapat sebenarnya? 


senang kata banyakla pengajaran dalam movie ni. 

 tengokla kalau belum tengok.

tapi ada gak part yang merepek mengarut mcm kissing masa ending tu. tak perlu pun dah best dah. plus ameer khan muslim kan? hmm..pastu aku wondering boleh ke vacuum beranak tu guna vacuum biasa tu walaupun dah adjust?entah..haha


ada part mengekek ngekek ketawa.. ada part marah-marah sakit hati.. especially bila tengok pengetua diorang aka bapak kareena kapoor dalam movie nih..senget btul. haha

comel je kareena ni pakai cenggini.. ;)



suka kareena ni..sebab dia memang pandai berlakon. bagi lah ape aje watak memang menjadi aje. 
lagu-lagu dia pon not bad. aku suka lagu zoobi doobi dalam movie ni. best je. boleh buat senam aerobik sambil layan lagu.hahaha..
.




oklah. tu je nak cerita. bye bye!

Friday, March 29, 2013

Mari amalkan!

Assalamualaikum,


Hari jumaat yang penuh barakah.


Ada beberapa doa yang kawan-kawan share di facebook yang sempat aku save dan mahu dikongsikan bersama kalian semua. semoga bermanfaat buat kita..



 insyaallah













mari sama-sama kita amalkan!

Thursday, March 28, 2013

stay home and lets hi five!


Assalamualaikum,

apa khabar semua? tiba-tiba senyap pula blog. 

tapi rasanya ramai dah kawan-kawan blog sunyi sepi. ramai sudah tidak berminat nak update blog. ambil masa yang agak lama berbanding 'social media' yang lain. Facebook saja yang manusia tidak pernah bosan kan?

aku saja yang bosan sudah dengan Facebook tapi masih memerlukan FB untuk pelbagai perkara lain. Kalau kita gunakan untuk perkara positif maka positiflah ia.


apa yang aku merepek ni ntah!


haha

actually, ada beberapa gambar yang aku ingin share untuk entry wordless wednesday semalam tapi gambarnya hilang entah dimana. jenuh sudah mencari tapi tidak jumpa. takpe lah


seminggu ini aku dan aisy hanya memerap je kat rumah. keluar depan rumah pun tak. hanya aku je keluar siram bunga atau jemur baju. aisy memang tak kasi langsung dia main kat luar selepas tragedi dia terjatuh dekat longkang dalam kawasan rumah ni. semata-mata nak ambil bola dia kat longkang tu masa aku tengah sibuk nak jemur baju. longkang kecik yang tak dalam tu tapi dia tak boleh balance badan maka habis la luka kelopak mata bagai. selepas tu tak habis-habis dengan tragedi terjatuh hantuk kepala di lantai. alahai anak.. maafkan mama ya kerana cuai. huhu..




so dengan itu kita dok memerap jelah dalam rumah.. bosan gila kot! aisy pun naik bosan asyik mengadap muka aku je agaknya. sekarang ni kalau nak keluar pun dengan hubby. aku macam takde mood lagi nak merayau berdua dengan aisy. next week after habis cuti sekolah la baru start merayau balik. huahauhaaha


so dah memerap ni antara aktiviti kegemaran ialah menonton kartun. dengan aku sekali layan. yang favourite selain UPIN IPIN ialah ni.. HI 5! aku pun suka sebab syok layan diorang nyanyi2. theme song dia tu memang catchy habis. aku dan aisy seronok melompat-lompat ikut diorang menari. hahaha *sengal*





okaylah tu sambil-sambil bakar lemak! ;)

Friday, March 22, 2013

Tukaq baju lagi!

Assalamualaikum,


sorry lah kalau menyakitkan mata ke blog ni. Asyik tukar 'baju' je. well, aku memang suka tukar layout blog ni bagi tak bosan  mata memandang.

kebetulan yang baru tukar sebelum ni macam lambat nak loading kat laptop ni. ingatkan laptop problem tapi try buka di office boleh pula.

apa pun terima kasih kerana sudi membaca blog hamba yang tidak seberapa ini.


will keep updated!

Advertise your business!


Assalamualaikum and good evening everyone!


hari ini nak cerita sedikit tentang business baru. tentang pengiklanan di akhbar dan juga majalah.

sebarang pengiklanan tentang perniagaan anda boleh dibuat melalui saya untuk akhbar seperti HarianMetro, BeritaHarian, NewstraitTimes, SinarHarian, UtusanMalaysia dan juga Kosmo. dan juga untuk SEMUA 28jenis majalah under Karangkraf. boleh check jenis majalah karangkraf di laman web mereka.




untuk maklumat lebih lanjut seperti sebut harga, atau apa-apa yang perlu dibincangkan lebih lanjut, boleh hubungi saya di izy_anmz@yahoo.com atau mediaulung@gmail.com. 



antara 28 jenis majalah karangkraf yang dipamerkan di pejabat kami.





contoh iklan tudung bawal aidijuma di majalah dara.com



contoh iklan di dalam majalah





contoh iklan di akhbar harian metro







walaupun pejabat ini terletak di utara (perlis) tapi saya boleh turun (insyaallah..kena set up appointment dahulu ya..) dimana lokasi anda. sila hubungi saya melalui email atau sms ya. kalau call takut tak dapat jawab. ;) 


contact me ya!

thank u and have a nice weekend!





Thursday, March 21, 2013

Officially graduated!











Assalamualaikum,

Asyik bertangguh je entry kat blog ni. Agak payah sikit nak update lately nih. busy saja. 

Syukur alhamdulillah akhirnya dah habis belajar. lulus dah semua exam. habis dah 2 tahun yang sangat mencabar kekuatan fizikal dan mental. eceh! macam belajar pegi perang saja gayanya. hihihi..


aku sendiri pun tak sangka dah habis belajar. dulu selalu fikir aku ni taklah pandai mana yang boleh belajar tinggi-tinggi. Tapi berjaya juga 'memaksa' diri. orang tak pandai pun boleh berjaya kalau ada usaha.. kan?


asal-asal dulu sambung master sebagai back up plan tidak mahu menjadi gstt lagi. dan masa tu belum kahwin lagi pun. aku apply UPM sebab tak mahu sambung di UIA lagi. nak cuba pengalaman universiti lain. kebetulan ada kawan yang belajar master di UPM tapi fakulti yang berbeza. jadi aku cuba la apply dan alhamdulillah dapat. course yang aku pilih pun main hentam takde tanya orang sangat ke ape. main apply je sebab target memang nak ambik bidang Human Resource. Tak lari jauh dengan bidang masa degree dulu. Kebetulan ada dua course HR di upm. satu HRD (human resource development) dan satu lagi HRM (human resource management). dua-dua course ini di fakulti yang berbeza. HRD dari fakulti educational studies dan HRM dari fakulti management ke economy not sure. tp antara itu lah. entah gerak hati aku terus memilih HRD sebab aku lagi suka dengan fakulti educational studies. hahaha kelakar betul bila ingat balik.


dah la tak pernah pegi upm pun sebelum ni. bila first time nak kena pergi fakulti menggagau aku sesat dalam upm yang besar tu. 


memang kawan gelarkan lone ranger kat aku sebab 'sebatang kara' katanya. hahaha..selamba masuk belajar takde kawan/ geng ke hape. dari awal belajar sampai habis belajar. aku kawan je dengan semua orang. yang close tu tetap ada la kan? =)


aku cuti pada sem ke 3 sebab deliver baby. boleh je nak pergi lepas habis pantang tapi aku yang tak sanggup. nak tinggalkan budak kecik sorang tu..ish ish..xpelah korban cuti satu sem. memang sedih la tengok kawan-kawan batch aku semua dah habis dan konvo. tapi aku tetap teruskan utk habiskan lagi 2 semester. gigih lah nak pergi kelas ulang alik dari kampung aku yang makan masa 2 jam pergi dan 2 jam balik. fuhh! letih wehhh!! dengan insiden tayar kereta meletup malam-malam. phew!


balik rumah nak kena fikir anak dan siapkan assignment. sebab itu aku memilih untuk tidak membuat thesis ataupun project paper. macam tak boleh bagi komitment. aku dah spent masa 4jam dalam kereta. balik rumah nak urus anak. takut sangkut study dan tak boleh habis cepat makanya buat sajalah comprehensive exam.. 


tapi itu semua pengalaman yang mematangkan diri.. sekarang ni setakat travel perlis selangor sorang-sorang dengan aisy pun aku dah banyak kali buat. huhuhu..


apa pun sekarang ni tengah cuba nak aktif berbusiness. selain dengan bakery, aku cuba nak aktif dengan pelbagai product lain. husband dah daftar nama company untuk business sheschocoholic online shop ni. boleh la usha ye. selain itu, aku dan hubby juga ada set up company advertising untuk akhbar(metro,bh, nst, sinar, utusan dan kosmo) dan majalah (semua majalah under karangkraf). nanti aku cerita lebih lanjut dalam entry lain. kalau nak buat iklan, atau ucapan atau anything boleh contact mediaulung@gmail.com / atau email aku pun boleh izyanmz@gmail.com/izy_anmz@yahoo.com.


oklah. thats all.

have a nice day!

Wednesday, March 20, 2013

Pure Marine Collagen / Rumpai Laut







Assalamualaikum,

rasanya ramai dah tahu pasal PMC ni kan? memang famous betul. jadi aku juga tidak ketinggalan untuk mencuba dan juga menjual PMC ni. memang berkesan..

meh kita lihat apa kebaikan PMC ni ye..atau juga dikenali sebagai rumpai laut.

~KHASIAT RUMPAI LAUT~

1-melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon..

2-meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan..

3-memejalkan payudara otot dan punggung..

4-menyihatkan rambut dan kuku..

5-menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid..

6-mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur..


7-mengurangi selulit.

.
8-memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh..


9melancarkan peredaran darah

..
10-mengurangi sakit bahu dan belakang..


11-menguatkan tulang dan sendi,menjauihi artritis dan osteoporosis..


12-meningkatkan sel rawan dan,ligamen dan otot..


13-merawat penyakit gout.


14-mencegah kanser/tumor..


15-menurunkan tekanan darah tinggi..


16-meningkatkan sistem penghadaman/pencernaan..


17-merawat gastrik..


18-anti bakteria/kulat..


19-merawat anemia


20-menurunkan tahap kolestrol..


21-menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh)


22-melicin,menegang dan meghaluskan kulit..


23-mempercepatkan pengecutan jerawat..


24-menghapuskan parut..


25-merangsang penghasilan sel2 baru kulit/menyembuhkan luka


26-menstabilkan kandungan gula dlm darah(kencing manis)


27-membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas..


28-memeberikan rasa kekenyangan(diet)


29-memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir)


Green- AAAA

Purple- AAA


Yellow-AA



Purple and Yellow in stock now. RM10 only! (add RM5 for postage)



untuk maklumat lebih lanjut, sila like page business online ku ini ye. thank you!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers