Thursday, December 15, 2011

Dekat busuk, Jauh wangi

Assalamualaikum,



hee..spent quality time dengan husband and baby. Today hubby went back to perlis even still ada 3days cuti. He got many things to do kat sana. So takpelah..next week kami nak join family day kompeni kat melaka. huhu.. first time bercuti with aisy.



some people asking how to survive tanpa husband disisi. humm..tough question juga tu. Aku pun tak jangka juga bila dah kawen kena duduk jauh dengan hubby. The main reason adalah aku masih belajar lagi di upm so tak leh nak ikut sama. Kalau ikut sama tu dah jadi different story. Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama boleh la survive. Jarang sikit nak bergaduh ke ape. Lagi pun macam baru bercinta pulak. Sesekali jumpa..pastu malu-malu kucing. hahaha..




Bila PJJ ni (perhubungan jarak jauh) yang paling penting trust. Jadi benda tu kena jaga betul-betul sebab bila 'kacau' sikit tang tu...ha mula la payah. Relationship ni memang perlu jaga part tu. Pjj ni ada bagus ada tak bagusnya lah. Good part bila kita ada masa tuk diri sendiri. Nak buat apa yang kita suka. Cuma untuk aku sekarang ni dah jadi agak terbatas sebab ada baby. Part yang tak best tu macam-macamlah. But i hope one day nanti hubby akan balik kl semula for good. Entahlah. Ini harapan aku tapi hanya Allah yang dapat menentukan. Aku harap aku kuat. hmm..




aisy hari ni 3 bulan 11 hari. Hari ni check up tuk bulan ke 3. Aisy kena inject lagi. Tapi macam biasalah..dia nangis kejap. Itu pun sebab marah aku tak bagi dia susu. Masa kena cucuk tak leh menyusu. Aisy dah melalak dulu before kena cucuk. Bila cucuk jerit kuat jap then aku bagi susu terus senyap lentok tido seolah-olah macam tak ape yang berlaku kat paha dia tu. hehe..




berat cuma naik 600grm. Jadi 5.5kg. Panjang 60cm. lilit kepala 41cm. Nurse kata semua ok dan normal. Alhamdulillah..





Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday (v.14)







hmm...


Monday, December 12, 2011

Happy monday

Assalamualaikum,

Eh,yg keje selangor cuti ek?hee..aku tak kerja so takde bezanya. Hari ni nak berjalan ke kl. Ahh..syoknyaa ;)


Rindu zaman duduk seri kembangan dulu..bosan-bosan leh ke ikea makan meatballs. Huhu..bukanlah syok sangat dok tengah kl pun. Tp sebab byk benda ada kan..hehe. Lg pun seri kembangan bukan tgh kl. ;) hmm..


Bulan 2 nanti mula balik kehidupan as a student. At the same time,aku nak mula cari keje. Kalau pas abis blaja baru cari kemungkinan besar aku akan apply jd lecturer tapi kalau boleh nak keje dalam industri dulu dan cari pengalaman. Kalau ada rezeki lah.. Ameenn..insyaallah..


Oklah,happy monday tuk semua. Yang kerja tu, buat lek lok ye! Have a nice day all!


Notakaki: pic-aisy lena tdo sementara mama n papa melantak.. :D

Sunday, December 11, 2011

happy sundaayyy!!

Assalamualaikum,


wahhh..ahad yang sangat menyegarkan. eh?apakah hari lain xsegar?coz woke up and hubby ada sebelah. ;) dia cuti one week so sangat seronok.


semalam my friend, hajar datang rumah. oh my. rasanya last jumpa masa aisy dalam perut and beberapa hari before aku move to perlis. maybe dalam bulan 4 kot. huhu..padahal bukanla jauh mana..hehe..so dapat jumpa dari pagi sampai petang dok berboraaaakkk. naik perit kering tekak dibuatnya..hehe..alhamdulillah dapat bagi makan macam-macam kat dia. hehe..including my not so red velvet cake! btw, hubby kata sedaappp. berkali-kali dia kata sedap. walaupun dia makan sikit coz dia pun bukanla penggemar kek cam haku nih. :D



oklah. have a nice sundaayyyyy!! ;)

Friday, December 9, 2011

My first not-so- red velvet cake

Assalamualaikum,

Tetiba terajin lak nk buat red velvet cake ni. Sbb hubby nak balik malam ni.hehe..tp tulah..sian my bro cr pewarna merah tuk cake tak jumpa-jumpa..last-last aku pakai merah sirap. Huuuuu.. Tu yg xjadi bape merah.. :(


Bahan-bahan tuk buat cake ni leh tahanla mahalnye..kalau jual xtau la bape hinggit kan..so far rasa not bad la..hehe..nnt nak buat lg kalau cake ni mendapat sambutan kat uma ni. Huuu..resepi amik dr blog kak nani rostam. Leh google kt blog dia. Tengkiu lah kak! :D


Nyum nyum

Notakaki: sbb xbrape merah so malas nk snap cecantik. Huhu..nnt aku amik gambarnya cecantik ye

Thursday, December 8, 2011

aww!!! suweetnyaaaaa..!!

Assalamualaikum..


meh nak share satu story. rasanya ramai yang dah baca kot. takpe nak share jugak untuk simpanan aku. nanti bila bosan boleh baca lagi..



..........................

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.




Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.



Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.



“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”



Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?



Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.


Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”



Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:

.
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”


Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

.
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

.
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

.
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

.
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”



“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.




Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers