Wednesday, July 31, 2013

Hujung ramadhan



Àssalamualaikum..

Kejap je dah masuk penghujung ramadhan. Bila dah hujung-hujung ni semua sibuk fikir nak beraya..

As for me takde la beria sangat. First sebab aku tak dapat nak puasa. Takde rasa seronok sangat nak raya bila tak puasa ni. Walaupun dah agak ok sikit tp masih lg mabuk2. Second sebab hubby kerja sampai raya ke 3.jadi aku kena raya kat sini dulu. :( raya ke 4 baru balik tg krg seminggu. Raya kat sini bagi aku tak semeriah di kampung aku. Biasa2 saja. Nanti cerita entry lain.

Erm..baju raya pun aku tak berminat nak beli.plus aku tak leh pakai baju kurung skrg ni. Jubah je la sentiasa. Perot dah besau. Kebetulan bulan lepas my mom ada belanja belikan sepasang jubah.so okaylah jadi baju raya. The best part is aku berjaya paksa hubby beli baju melayu warna shocking pink. Wahaha..dari first year kawen paksa xmenjadi. Itu pun sebab dia la yang gatal tangan ambik baju melayu shocking pink untuk aisy. Aku paksa dia beli sekali. Hihi..puas hati.

Kuih raya plak mak dah belikan 4jenis untuk aku. Huhu..aku baru dapat buat sejenis je..almond choc chip cookies. Tu je yg mudah dan laris.


Puasa ni sebenarnya seronok kalau duduk kampung ramai2 dengan family. Rasa meriah.. Malam2 lepas terawih kat surau bleh main bunga api or pasang pelita. Hehe.. Best2. Dah tua2 cenggini pon masih layan lagi main bunga api mercun bagai. Hehe..


Apa pun harap2 tahun depan dapat jumpa ramadhan lagi.. Ameenn..

Saturday, July 20, 2013

Malam tadi punya cerita

Assalamualaikum..

Seminggu lepas badan rasa macam dah mula kuat sedikit.dah boleh masak sikit-sikit. Tapi selepas beberapa hari jadi tak ok balik. Mula muntah loya mabuk balik. Bila dah macam tu jadi lesu jela..

Malam tadi sakit kepala sangat. Angin banyak dah naik kepala. Picit sendiri sambil duduk tepi katil. Tiba-tiba rasa nak muntah sangat dan terus bangun menuju ke bilik air. aku tak sedar ape yang jadi lepas tu. Sedar- sedar husband tarik tangan dan badan bangun. Aku pengsan tak sedar diri langsung!


Pagi tadi baru perasan sinki bilik air macam dah nak tercabut mungkin malam tadi aku jatuh dan tahan badan dan tangan pada sinki. Seriously memang tak sedar! Muntah pun tak jadi keluar. Lama aku fikir macamana boleh pengsan. Mungkin sbb low blood pressure kot.last time check up memang sedikit rendah banding kebiasaannya. Nasib baik husband ada kalau tak entah bila aku akan sedar. Dan alhamdulillah aku dan baby takde pape. Huhuu..

Kena lebih berhati- hati lepas ni..

Tuesday, July 16, 2013

Puasa puasa!!

Assalamualaikum,


lama betul tak update. berapa bulan ek? hehe

lama tak on lappy. nak update kat handphone macam takde mood. plus rasa macam tetiba boring nak berblogging kottt..

update ni pun tetiba dapat komen kawan suh update. haha..terasa semangat pulaaakkss.

kebetulan hari ini aku sihat sikit nak on lappy.

oh lupa nak bagitahu, im pregnant almost 12weeks. dah nak masuk 3 bulan. alhamdulillah. jadi boleh bayangkan tak macamana teruk aku mabuk sebelum ni?kalau yang tahu kes masa aku preggy anak first dulu,fuhh memang menguji kesabaran. alhamdulillah tak masuk wad. Doktor kat klinik dah offer dah tapi tak sanggup lak nak berpisah dengan aisy walaupun asyik bergaduh je dengan dia sekarang nih. hehe

hari ni dah berapa hari ye puasa? huu..seminggu dah kan? aku memang tak penah kira betul bab hari ni. tau2 dah habis. erm, sadly masih tak dapat nak berpuasa sebab tak mampu. walaupun ibu hamil memang tidak digalakkan berpuasa especially trimester awal ni, aku cuba juga nak puasa hari first tapi tahan sampai jam 10 pagi saja. lepas tu dah muntah-muntah lembik sampai ke esokkan harinya. aku ni walaupun muntah hanya sekali tapi badan jadi lembik selembik lembiknya! huaaa!! nak baring je. nak tidur payah sangat-sangat. tak leh bayangkan macamana bila dah sarat nanti. aku kena makan setiap sejam sekurang-kurangnya. tak leh bagi perut berbunyi lapar. angin penuh satu badan. tak makan muntah tapi bila makan jadi sebu je. macamana tu? makan sikit je boleh. kalau  makan banyak nanti pun keluar balik.


ape-ape pun semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan ini.. dan sangat-sangat berharap baby girl! hee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers