Tuesday, July 16, 2013

Puasa puasa!!

Assalamualaikum,


lama betul tak update. berapa bulan ek? hehe

lama tak on lappy. nak update kat handphone macam takde mood. plus rasa macam tetiba boring nak berblogging kottt..

update ni pun tetiba dapat komen kawan suh update. haha..terasa semangat pulaaakkss.

kebetulan hari ini aku sihat sikit nak on lappy.

oh lupa nak bagitahu, im pregnant almost 12weeks. dah nak masuk 3 bulan. alhamdulillah. jadi boleh bayangkan tak macamana teruk aku mabuk sebelum ni?kalau yang tahu kes masa aku preggy anak first dulu,fuhh memang menguji kesabaran. alhamdulillah tak masuk wad. Doktor kat klinik dah offer dah tapi tak sanggup lak nak berpisah dengan aisy walaupun asyik bergaduh je dengan dia sekarang nih. hehe

hari ni dah berapa hari ye puasa? huu..seminggu dah kan? aku memang tak penah kira betul bab hari ni. tau2 dah habis. erm, sadly masih tak dapat nak berpuasa sebab tak mampu. walaupun ibu hamil memang tidak digalakkan berpuasa especially trimester awal ni, aku cuba juga nak puasa hari first tapi tahan sampai jam 10 pagi saja. lepas tu dah muntah-muntah lembik sampai ke esokkan harinya. aku ni walaupun muntah hanya sekali tapi badan jadi lembik selembik lembiknya! huaaa!! nak baring je. nak tidur payah sangat-sangat. tak leh bayangkan macamana bila dah sarat nanti. aku kena makan setiap sejam sekurang-kurangnya. tak leh bagi perut berbunyi lapar. angin penuh satu badan. tak makan muntah tapi bila makan jadi sebu je. macamana tu? makan sikit je boleh. kalau  makan banyak nanti pun keluar balik.


ape-ape pun semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan ini.. dan sangat-sangat berharap baby girl! hee..

2 comments:

suezen said...

babe!!! congrats!!!...suka2!!!

~ez~ said...

Hehe..aku update sbb ko ni tau! Tq tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails