Sunday, September 23, 2012

diet oh diet

Assalamualaikum..

hari ini masuk hari ke 5 aku berdiet. Sebenarnya bermula dengan adik2 aku sibuk nak makan SDII tu. so aku tumpang sekaki suh belikan 2 tin untik aku.harga memangla mahal kan. huhuhu..ramai ku tengok dah slim melim makan benda tu so why not give it a try kan?

hari pertama..y rabbi seksa sungguh. dahlah aku ada kelas statistic hari tu. dari pukul 230 sampai 6 ptg.stress sgt2. itu menyumbang kepada migrain yg agak teruk dan perut jd berangin. habis kelas terus masuk kereta dan muntah. rasa macam tak mampu nak drive balik.tp ku gagahi jua.balik tu singgah mcd beli burger sebab tak tahan sgt nak tunggu sampai rumah. dah makan burger kurang sikit lapar dan sakit kepala masih tak hilang2. sampai rumah aku makan 4suap nasi. sebab dah lapar balik. senang kata hancur diet.

kalau ikut program diet ni..aku perlu elakkan karbo dalam setiap menu.boleh makan tapi tidak boleh melebihi 35gm carbo. okay hari first failed.

masuk hari kedua..aku ada kelas lagi. so bawak bekal siap2 dari rumah so aku tak perlu singgah mcd balik kelas nnt. sebab apa aku singgah mcd bila lapar balik dari kelas?sebab aku tak perlu turun dari kereta. yelah..hari dah malam dan aku drive sendirian..makanya aku prefer tak nak turun dari kereta even untuk isi minyak. okay ini cerita dlm entry lain nanti.

kelas hari ke dua tak stress mcm stat so aku tak sakit kepala. aku dah boleh agak perut aku lapar time bila.so bila perut mula berkriokk kriookk tu aku terus makan. dapat makan sikit pun jd so perut tak berangin dan tak sakit kepala.

hari ke 3 dan 4 pun sama. dah biasa makan salad atau apa2 sayuran yg tekak aku boleh terima. tak heran sangat dengan nasi tu dah. hihi..so hopefully berjaya laaa aku nak slim melim macam dulu2. *eh slim ke kau dulu2 makcik oi?* haha xpelah..ini untuk kepuasan diri sendiri. :)

yang penting kena amalkan diet yang sihat dan tidak memudaratkan diri. plus kena exercise sekali baru badan lebih sihat :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails