Tuesday, July 24, 2012

mari memasak di dapoq masterchef!

Assalamualaikum,

hari keberapa puasa?dari dulu sampai sekarang, itu tak aku kira.tup-tup dah nak habis puasa. huhu..


alhamdulillah, pertama kali selepas dua tahun dapat berbuka puasa bersama-sama hubby dari hari pertama dan insyaallah sampai ke penghujungnya nanti. hehe..sebelum ni dia sibuk kerja kat opis. dah kerja kat 'state' ni jarang balik sampai malam.


okay, sebenarnya nak cerita tentang cara memasak yang pantas ibarat memasak di dapoq masterchef tu. kan ada timingnya. 30minutes or 45minutes. kat rumah jarang kita dapat masak secepat itu kan? hehe..sebab tu dorang yang kat masterchef suma kelam kabut masak macam puting beliung.


aku tak lah hebat mana masak. cuma aku suka masak. suka berada kat dapur. boleh berdiri berejam kat dapor semata-mata nak masak. sekarang ni hari-hari masak. masak tuk sikecik, masak menu berbuka dan sahur, buat cake lagi. phew~


ada beberapa cara yang aku gunakan untuk jimatkan masa memasak;


1- aku akan buat stok cili blend untuk jangka masa yang lama. me and hubby hantu sambal. hari-hari mesti kena ada sambal. haha..sambal ayam, sambal daging, sambal ikan, sambal telur, sambal ikan bilis, name it! haha..so aku perlukan stok cili blend yang banyak. ini aku belajar dari my mom yang simpan stok cili dalam peti ais untuk memudahkan cara memasak. cili kering tu gunting halus. ikutla nak berapa banyak. ku buat 100gm pun dah banyak tahan untuk stok 2-3minggu. depends pada kegunaanla ye. ada orang tak campur dengan bawang tapi aku campur siap-siap senang kerja nanti. bawang merah dan bawang putih kena agak-agakla.aku lupa berapa gram. biasanya cili mesti lagi banyak dari bawang. bila kita campurkan tu kena cili lebih banyak kalau tak nanti tak pedas. tapi jangan terlebih banyak pulak. sebabtu aku kata agak-agak.hehehe..kalau nak masak asam pedas pun dah senang, tinggal tambah kunyit dan halia tumbuk saja.


2-siang siap-siap bahan basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan sebagainya. aku beli terus siang dan simpan.walaupun ada yang kata tak fresh tapi semua ni memudahkan kerjaku didapur. bukan ada sapa yang boleh tolong siangkan betul tak? benda yang paling aku tak suka ialah siang benda2 ni lah. benci betul tapi kena la buat. kalau kat kampungku, abah yang akan siang siap-siap.hehehe..


3- kopek bawang merah dan putih untuk stok seminggu dua dan simpan dalam peti ais. kalau nak menumis sayur ke hape ada dah bawang yang siap dikopek. kalau kat pasar pun ada jual bawang siap kopek kan?kerja-kerja ni biasanya aku buat malam-malam.hehe..but make sure jangan basuh bawang tu.dah kopek terus simpan dan elakkan kena air.kalau tak nanti cepat busuk.


4- defrost ayam rasanya lambat kan?biasanya kalau aku nak pakai cepat, ku rendam dengan air panas.hehe.. tak pun keluarkan malamnya dan letak dibahagian sejuk dingin tu. so tak la keras. esok pagi dah boleh masak.


ha..tu jela kot teknik yang biasa aku guna pakai. kalau memasak, aku tak suka dapur bersepah. even dapur sekarang kecik (standard la umah sewa kan..) tapi aku make sure tak bersepah. sakit mata. even tengah memasak pun.hehe..so let say aku dah siap masak sayur, dan tengah tumis cili, sambil tunggu cili tu betul-betul masak dan pecah minyak, aku akan basuh siap-siap kuali/periuk yang dipakai masa masak sayur. macamtu la contohnya. yelah, space limited nak letak semua benda kotor kat sinki kan?



i guess that's all la kot. ;)





maaf la takde gambar. next time maybe.







selamat memasak!





ps: esok misi nak menyiapkan 4 jenis cake--> red velvet cake, cheese cake, carrot cake, moist choc cake. hopefully ada tenaga dan menjadi sedap la semuanya.. esok malam juge nak balik kampungku! yay!! ;)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers