Assalamualaikum,
alhamdulillah..lepas sudah hari pertama 'persekolahanku'. hihihi..cam budak darjah satu plak kan? sebab semalam juga adalah pertama kali aku tinggalkan aisy dengan jangkamasa agak lama. Dulu tinggalkan dia lepas pantang keluar beli barang dia takla lama macamnih..
Aku ada dua kelas semalam. from 3-6pm and 6-9pm. i realized from previous experience kalau amik dua kelas berderet satu hari macam tu memang exhausted. Disebabkan dua-dua subject adalah wajib untuk aku ambik dan takde subject wajib lain yang boleh aku ambik sem ni jadi aku takde pilihan lain..
Keluar rumah around 12pm. Before that sempat lah siapkan aisy. Mandikan dia..siapkan food dan beri dia makan sekali. Sempatlah melambai-lambai sikecik tu kan..huhu..sedih sikitlah..sebab selalu berkepit 24jam je dengan dia.
Dah sampai kuala selangor, aku singgah pejabat pos untuk renew lesen yang dah mati hampir setahun. huhu...malas betul nak renew. Disebabkan new rule, kena bayar extra RM15. Lesen mati ikut tarikh lahir. senang la nak ingat lepas nih. =)
Pastu kalut sebab baru teringat jadual kelas suma tertinggal. Aku lupa plak kelas kat mana. Dah setahun cuti kan. Jadi semua kalut je. Padahal kelas kat fakulti aku tu bukan banyak mana..ada lah 3-4 kelas je. haha..boleh je usha setiap kelas tu pon. Tapi nak juga tepon my mom suruh checkkan. Then baru teringat bil kena block tak bayar lagi. Gigih la plak nak cari public phone tapi hampeh satu pun takde yang elok. Semua rosak. hmmm..camne la kan kalau ada emergency. memang lah semua orang ada handphone..tapi kot jadi cam aku ni kalut nak pakai..bil tak bayar or prepaid abis ke kan.. ish ish..
meneruskan perjalanan yang hampir 2jam ke kuliah. mencabar!
sampai ke upm around 230. jumpa my friends..bagitahu yang kelas kul 3 tu postponed. berbulu je aku baca notice yang tampal kat pintu kelas tu kan.. kalau dulu duduk dekat takpelah. ni jauh 2jam ni letih la kan kalau tetiba kelas cancel.
Sebelum sampai ke upm tu, lalu la jalan kat rumah sewa lama aku dulu. aduhai..tetiba rasa sedih. rindunya masa duduk situ dulu. Walaupun takat rumah sewa je..tapi aku suka duduk situ. tak jauh dari upm. boleh jumpa kengkawan. boleh ke kedai bakeri beli barang. huaaa!!! i missed all the moments. =( kalau aisy sempat duduk situ mesti best. petang-petang boleh bawak dia mandi pool kat situ. sure besar nanti aisy pun pandai berenang. sob sob sob =(
lepak sembang dengan my friends kat mamak sampai masuk kelas kul 6. Lecturer ni da penah amik subject dengan dia so boleh la agak dia camane kan. membebel lama plak tuu..dekat kul 8 baru abis. dengan tangan menggeletar lapar..perut bergelodak..kepala nyut nyuttt..sikit lagi aku nak muntah. pening yang teramat. then memikirkan nak drive balik dua jam. kuss semangaaatt!
lepas kelas terus drive balik. tak bawak laju pun. 80-90 saja. around kul 10malam selamat sampai rumah. aisy baru lepas nangis. sian dia..nampak je muka aku terus sengih melebar. happy sangat dia. hahaha..rindu kat mamanya la tu. abis 'berperang' dengan mak abah aku. haha..sian my baby..
kena biasa kan diri lah..nak buat camne kan?
disebabkan ini minggu pertama..dan aku takut kalau-kalau kelas tetiba cancel..so ive decided not to come semua kelas till next week. huhuhu..mintak tolong kawan-kawan jelah incase kalau ada kelas. dah la jauh ni..haru beb kalau kelas tetiba cancel. huhu..
0 comments:
Post a Comment