Tuesday, February 21, 2012

isteri saya tak bekerjalah!

Assalamualaikum,


satu status facebook yang menarik untuk dikongsi bersama. dishare oleh my friend. status ini diambil dari Eija Imran..



ISTERI TIDAK BEKERJA?

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Isteri pula? ... ...

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.

Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!



apa pun, kenalah hargai isteri tu.. bekerja bukan kewajipan untuk dia. walaupun sekadar suri rumah tapi itu tetap satu pekerjaan yang sangat mulia =)


have a nice day!



3 comments:

Mulan said...

waahh.. i love this posting..!! baru la rasa duduk rumah tak bekerja ni macam ada profession pulak..

suezen said...

oo aku suke article nih....kengkadang lelaki lepaskan sume tanggungjwb kat pompuan..thats not fair

~ez~ said...

mulan,

jd suri rumah juga satu profession..kalau ikhlas dpt pahala berganda-ganda..=)


sue,

betul betul..orang kata isteri jd over function. semua isteri kena buat. jadi lelaki lepas tangan.tp tak semua lelaki begitu..

tp aku rs masyarakat sekeliling ni pun ada tanggapan 'yang kurang best' pada suri rumah. i mean, utk orang muda seperti kita ni lah..kalau pegi mana2..jumpa sedara mara ke kawan2 ke.. "u kerja apa sekarang ye?" "i suri rumah spenuh masa.." bila jawab mcmtu sure pelbagai reaksi 'pelik' yang kita boleh nampak kan? mcm aku ni, masa masuk kelas kena introduce diri,kerja apa..dengan bangganya aku sebut.. "im a fulltime housewife!" macam2 reaksi aku boleh dapat tau bila cakap macamtu.. haha..nak tergelak pun ada..mcm2 diorang nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers