Sunday, January 29, 2012

Seminggu yang dramatik

Assalamualaikum,


Lama betul rasanya tak berupdate. sian blog ni bersawang-sawang. Kalau ikutkan mood memang masih malas nak buat entry. Tatau la sejak bila kan tapi aku perasan la kalau hidup aku agak 'tunggang langgang' hari tu sure aku macam malas je nak update.

Cuti CNY pun dah lama abis. Eh, tapi ada juga yang cuti sampai seminggu kan?aku ni dah nak abis tempoh bercuti. Lepas ni bersiap sedia la untuk lebam mata buat assignment suma.


Sebenarnya hidup aku berpindah randah. Kejap kat perlis kejap kat selangor. Begitulah kan..last week dua kali aku ke johor. Lepas insiden drama food poisoning tu..on 25 aku ajak hubby balik muar. Celebrate besday anak cousin. Hari tu juga aku 'kehilangan' bb (blackberry bukan baby ye). Penat dah aku selongkar beg aisy. Sebab aku dah jarang bawak handbag. Letak purse and bb dalam beg dia. Since hubby ada aku jarang dah la nak pegang hp. Plus bb tu bateri dah kong so aku simpan je dalam beg tak kuarkan.


Bila dah sampai rumah aku cari bb tak jumpa-jumpa. Call la cousin tu suh carikan but still xde kat rumah dia. Hubby pun cari gak dlm beg aisy still xde. So hati dah mula rasa kecewa. Marah dengan diri sendiri. Bb tu memang la murah je sekarang ni. Tapi it was a wedding gift from hubby. Aku sayang sungguh. Huhu..the next day call makcik aku suh carikan lagi bb tu kat rumah dia. After a while she called back n ckp still xde. masa tu aku dok tahan air mata laa dari berjurai. I hate crying in front of my mom. Tetiba mak hulur berkeping-keping note 50..


" Nak buat apa bagi duit banyak-banyak ni". Aku tanya mak.


" Ala..mak byrla cotton yg mak amik ni.."

"Tak yah la bayar. Mak amik je bape byk tak yah byr..modal n untung dah dapat pun". Balas aku.


"Amiklah..buat beli bb baru...."

Aduh! Ayat last tu buat aku sebak. Bergenang dah air mata masa tu. Sepatutnya aku yg bagi duit kat mak. Ni mak plak tak abis2 bagi duit kat aku. Huhu..I told mak bb tu hadiah dari hubby. Hukhukhuk.. Hp Nseries aku dah bagi mak. Aku tanak amik balik hp tu. Sbb nak belikan mak hp cecanggih blum ada duit lg so bagila mak pakai hp lama aku yg still baru lagi tu. redha jela bb dah hilang kan..

The next day aku ikut hubby balik perlis. Dah dua hari kat sini..entah camana bila hubby selongkar balik beg aisy tu leh jumpa plak bb. lega! Nasib baik tak beli lg hp baru. Sim card baru pun sampai hari yang sama gak. Haha.. Sengal kan? Drama btol...nasib baik aku tak beria-ia nangis. Kalau tak jenuh jadi bahan dengan laki aku tuh kang.. Hahaha.. Apapun alhamdulillah..masih rezeki aku lagi sebenarnya.. :) syukur...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

aNIe said...

Alhamdulillah tak hilang BB tu... bukan harga yang penting...tapi pemberian dari yang tersayang yg buat Ez sedih kan?

~ez~ said...

tu la kak anie..value bb tu lebih dr harganya..tu yg sedih tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails