Friday, January 20, 2012

Lagi bayi mati tersedak susu

Assalamualaikum,

Kebelakangan ni banyak betul kejadian seperti ni kan? Innalillah..siannya baby malang tu. Sian kat ibubapanya.. tak sanggup aku nak baca cerita macam ni. Sedih..

Apa pilihan yang ibubapa ada?hantar anak ke nursery atau pusat asuhan dengan harapan anak kita dijaga sebaiknya.. Tapi ini pula yg terjadi. Bukan sikit tau kejadian macam ni berlaku. Dah terlalu banyak! di nursery pulak,kanak-kanak dan bayi yang perlu dijaga dan diberi perhatian ramai..tetapi pengasuh yang ada hanya beberapa orang saja. Sebab tu ada kes mereka bagi susu pada baby dengan sendalkan pada bantal. Dah jadi kes macamni ape pun dah tak guna.

Aku rasa mungkin bg pada orang yg kita kenal untuk jd pengasuh anak-anak. Tapi tu lah..nak cari pengasuh tu satu hal lg.kalau di kampung mungkin ramai je yg kita boleh harapkan jd pengasuh tapi dibandar?nak cari yg kita boleh percaya tu yg payah. Nak harapkan ibubapa tu bergantung pd keadaan mereka. Bg aku macam kesian kat parents sbb tanggungjawab menjaga n membesarkan anak utk mereka da tak perlu. Dah tua-tua mereka patut berehat dan tumpukan buat amal ibadat. Tapi dah jd isu macamni,pilihan apa yg kita ada kan? Aku pun terpaksa harapkan ibubapa aku juga tuk jaga aisy. Insyaallah kalau aku dah kerja nanti mungkin aku nak hire sorang nanny tuk tolong uruskan hal-hal anak-anak aku dibawah pengawasan ibubapa aku. Aku ni agak cerewet nak bagi orang jaga anak aku. Kalau pegang kasar-kasar,dok goncang-goncang anak aku memang tak suka betul. Kalau nak anta ke nursery pun at least bg dia dah boleh jalan sendiri.


Sebut pasal bibik ni lagi satu hal kan? Siapa yg ada bibik@org gaji ni lagi haru biru. Family aku pun pakai org gaji masa aku kekecik dulu. Till now hanya pakai kejap smpai noon tuk buat kerja-kerja rumah. Susah la nak percaya kt dorang ni. Kalau dah percaya, habis macam-macam hal jd. Dengan anak kita didera atau buat teruk..barang harta benda kita dikebas. Maid lari lah. Macam-macam kan.. So ape pilihan ibubapa ada? Berhenti kerja dan duduk rumah? Kalau gaji pasangan kita sorang cukup nak tampung semua perbelanjaan,mungkin bolehlah pakai option ni. Kadang-kadang fikir aku macam nak kerja sendiri je sebab senang nak uruskan hal anak dan keluarga. Entahlah.

Moga-moga Allah lindungi anak-anak aku dan kalian semua dari perkara buruk sebegini..

2 comments:

aNIe said...

Kesian pada mak ayah bayi2 berkenaan...akak pun tak sanggup nak baca...sedih....sebab kita pun ada anak...kita tau camaner rasanya...tapi adakala ibubapa yang bekerja takde pilihan....

~ez~ said...

kesian sgt akak..huhuhu..hmm..itulah..takde pilihan terpaksa hanta ke nursery tp camtu plak yg jadi..hmm..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails