Thursday, January 19, 2012

Aduh seksanyaaa

Assalamualaikum,

Hari selasa aku bawak aisy berjalan ke jaybee with my bro n parents of course. Saja berjalan jumpa my family kat sana.. Dari utara sampai ke selatan si kecik ni dah berjalan.. Senang je bawak dia ni. Masuk kereta terus lena tidur. :)


Masa otw ke jb tu berhenti makan di kluang. Makan asam pedas ikan ape tah. Beberapa minit sebelum makan terus aku rasa mual yang teramat. Masa tu dalam kepala... "Aik,aku pregnant lagik ke nih?" Lepas makan, perut terus sakit dan bertambah-tambah rasa mual. Sampai ke rumah makcik kat jb tu,bermula lah episode horror aku. Muntah-muntah dan cirit birit (cb). Setiap setengah jam. Sampai tak daya dah aku nak dukung dan nyusukan sikecik ni. Terpaksa mintak adik aku jagakan. Huhu..azabnya rasa. Teringat masa aku sakit macam ni waktu pregnantkan aisy sampai masuk spital. Hati aku dah berdetik ni mesti aku keracunan makanan sampai macam ni. My mom n adik pon sama sakit. Hari ni dah masuk hari ketiga. Perut masih fragile lagi. Dok cb lagi. Makan pun sikit-sikit je. Berat aku dah makin turun. Hehe..part ni aku suka lah. Tapi tak sanggup plak nak kurus cara macamni. Seksa woo!!


So lepas ni kalau makan kat luar,kena lah berhati-hati. Makin serik aku nak makan asam pedas kat luar. Huhuuu.. Aku rasa salah satu sebab, tempat tu mungkin dah tercemar (tp my dad xsakit langsung tu yg hairan btul!) Dan aku tak sesuai makan asam pedas ikan sungai. Org tua ada kata yg ikan sungai (ikan rohu ke ape tah namanya tp spesis ikan besar2) tak sesuai buat asam pedas sbb ada org mungkin xsesuai makan. Dan aku lah salah sorangnya! Huhu..tatau dah nak buat camne bagi baik ni. Pegi klinik sampai abis dah ubat aku makan tak juga rasa baik. Maybe esok lusa okayla kot.. Insyaallah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails