Tuesday, November 1, 2011

day 57

Assalamualaikum,


beberapa hari tak berupdate entry kat blogku ini. Takde la sibuk mana, cuma melayan si kecik aisy ni la yang buat masa tak menentu sekarang. weekend lepas dah keluar berjalan bawak dia. Ke wang kelian dan padang besar. dah masuk siam dah anak aku ni. hehe.. masa tu boleh tahan lah panasnya..tapi rileks je dia tidur dalam baby carrier tu.


sekarang aku dah faham dah perangai dia..suka sangat naik kereta berjalan. No wonder la masa dalam 7 jam perjalanan dari tanjong karang ke kangar tu dia dok asyik tidur jek. sekali dua bangun menyusu. tiapkali bawak naik kereta sure lentok lena habis..melalak bila lapar jek. sumbat susu tidur balik. kalau kat rumah..adoi..........................payah dia nak lena lelama. paling lama pun 3 jam. pastu dah jaga ekk ekkkkk bunyi. tatau la kenapa. kalau bawak berjalan memang diam aje. sonok agaknya.. :)



aisy sekarang dah pandai golek mengiring. masa dalam pantang tu ari pun ada la sekali dua dia mengiring sendiri. sekarang pun dah boleh mengiring. kalau tak ditahan badannya dia boleh dah meniarap tergolek sendiri. huhuhu.. pastu dah pandai senyum gelak time jaga. sebelum ni dok senyum gelak time tidur jek. dan makin laahhh manja. tidur nak dipeluk dengan aku aje..kadang-kadang pelik jugak, dah bagi susu kenyang-kenyang tapi masih nangis lagi. rupanya nak didukung dan dipeluk. aku peluk je terus pejam mata... manja alahaiii.....


seronok spend masa dengan dia 24jam. memang berat je nak lepaskan dia. hehe..dok mengadaapp aje la si kecik ni..

2 comments:

aNIe said...

Hehehe...pandai nak manja si kecik tu... dia tau mak dia ada kat rumah...tu yg dia manja tu...takpelah...sementara ada kat rumah tu layanlah si kecik tu...

Seronok kan?

~ez~ said...

hehe..tu la kak..sonok aje layan sikecik ni..geram je tgk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails