Thursday, October 27, 2011

rindu cucu

Assalamualaikum,




sejak aku balik ke perlis ni, hari-hari abah call. Sebelum ni punya lah jarang abah nak call aku. Kalau call mesti hanya ada urusan @ hal yang penting nak tanya dan bincang.




Hari pertama aku di perlis, dua kali abah call. tanya apa aisy buat, aisy tdo ke, aisy nangis ke, aisy jaga kul bape..suma lah pasal aisy. hehe..




yang kelakarnya call tu tak sempat bagi salam, tak sempat aku cakap hello, terus dia tanya..."cucu abah dok buat ape tuuu.." . hari kedua call, siap lupa nama aisy."ape nama cucu abah tu??dok tengah buat ape dia?. hehehehe..




kalau ikutkan masa aku berpantang, abah tak pernah lagi dukung aisy ke ape. just pegang-pegang sikit je. Lepas aku abis pantang baru dia rajin nak main dengan aisy. tu pun still tak berani nak dukung..Aku ingatkan mak la yang dok akan asyik call tanya aisy..rupanya abah plak. Masa dalam tepon, mak siap gegelak kan abah lagi..kelakar tengok abah rindu kat cucu dia..




aku rasa kalau perlis ni sebelah mata je sure dah hari-hari abah datang jenguk. hehe




sejak accident ni abah banyak berubah. hmm..banyak perkara berubah..suasana dalam rumah pun sedikit sebanyak jadi lain. Abah dulu rajin bergurau gelak ketawa..since accident ni tak pernah lagi aku tengok abah ketawa or senyum walaupun kami duk sakan bergurau ngusik.. huhu..bab ingatan dia pun tak berapa. ada banyak perkara dia tak boleh nak ingat.. yelah, accident yang melibatkan kepala ni bukan bleh recover sekejap. Walaupun luka-luka dah sembuh tapi tang ingatan tu tak berapa lagi lah..fizikal pun dah tak berapa kuat. abah dah tua..so kena banyak berehat..




so bila abah dok rindu kat aisy ni aku jadi kesian pulak. tapi nak buat camne.. dah duduk jauh. aku rasa kalau tak sebab weekend ni ada kenduri, sure dah drive ke kangar ni dah abah tu. hehe..





0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails