Saturday, August 27, 2011

raya oh raya

semua sibuk dah nak balik kampung. Rasanya masing-masing dalam perjalanan balik ke kampung. Aku dah memang duduk kat kampung so tak kemana lah. Sejak balik kampung ni memang life dalam rumah je. Jarang dapat keluar berjalan ke apa. Orang takde suami la katakan. Nak keluar dengan sapa pulak kan..


Rite now, semua adik-adik dah balik dan ada dirumah. Yang takde hanya abang sulung di kanada. Nak buat camne. keje punya pasal kan.


Aku perasan semua orang kat rumah pun macam acuh tak acuh je nak raya. Si bongsu je sibuk tanya pasal baju raya. Yang lain, alah..raya ke tak sama je kot. As for me, memang tak seronok pun. Husband's not around. Sekali je jumpa dalam ramadhan nih. Plus, nervous menunggu kelahiran baby ni buat aku sangat tak tentu arah.



my dear friend lilly, dah selamat lahirkan baby boy semalam pagi. Katanya takde tanda apa pun. Tengah check up dekat klinik tetiba doktor check dah ada bukaan. Senang je dia lahirkan baby. Alhamdulillah..






apasal laaa aku rajin sangat nak hapdet blog nih? orang lain dah sibuk excited nak raya, aku sibuk berblog. hehe..takpelah, lain kali la aku raya kaw kaw ye.









0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails