Saturday, August 27, 2011

raya oh raya II

apa budaya @ style anda sekeluarga dalam membuat persediaan menyambut raya?


aku nak cerita serba sedikit style kami sekeluarga beberapa hari sebelum raya. mau kasi feel raya lebih cket. hehe


1- beberapa hari sebelum raya tiba, kami akan masak menu yang special dan lain dari kebiasaan masyarakat kat kampung sini untuk diberi kepada jiran tetangga. budaya ni lebih dikenali dengan nama 'munjung' dalam bahasa jawa. entah begitu ke idak ejaannya aku tak pasti. saya jawa tak reti cakap jawa. hehe.. macam harini, masing-masing sibuk kat dapur masak nasi dan lauk beriani untuk diberi pada jiran petang nanti. Biasanya orang di sini bagi ketupat rendang bagai. Kami up sket ye. hehehe..coz my parents expert masak nasi beriani. :D sedap wo!



2-banyak atau sedikit kami pasti akan buat ketupat nasi pakai daun tu. tapi takde sapa pun dalam family aku yang reti buat kecuali my parents jek. Aku pernah terer buat..pastu lupa dah camne. hehehe..ketupat palas (pulut) biasanya akan ditempah saja. Rendang mak akan buat sama ada ayam atau daging. dan seperti biasa, rendang mak ni hanya tahan sehari dua saja walau sebanyak mana dimasak. Memasing perut cam naga tak makan sebulan kat rumah nih. hehe..of course la sebab Sedaaaaapppp! :D



3- abah sejak dah pandai buat dodol, memang tetiap tahun akan berusaha sedaya upaya kerah keringat dalam kuali (erk, tak tak! ) untuk buat dodol. hehe..dodol abah ni pelik dan lain cket dari yang lain. camne nak explain aku tak reti..tapi ada rasa crunchy cket..sbb rasa rangup gula..entahla.camne nak explain.hehe..tapi sedap la..lembut je. ramai suka dodol abah.. :D
rasanya esok adalah operasi mengacau dodol!



4- biskut kurang popular untuk kami sekeluarga. beli sikit untuk hidang kat tetamu. Biasanya kami suka makan kek. contoh, kek lapis atau kek buah. aku tak kesah. semua aku baham. hoho



so far ini je yang aku dapat fikir buat masa sekarang. if ada nanti aku update lagi. hehe..


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails