Friday, August 19, 2011

35weeks++


kelmarin pertama kali pergi klinik kesihatan dan abis check up dalam tempoh sejam saja. Selalunya kalau tak 3 jam tak sah! pergi dengan keadaan yang sangat mengantuk dan lemah je. Tidur tak cukup..bp pun 90/60. huhu..


Nurse suruh scan..bila jumpa doktor, dia hanya ukur perut je. Aku malas nak cakap banyak so diam jelah. Di beri lagi ubat extra (antibiotik) sebab kencing masih lagi kotor. Tiap kali check up memang urine kotor..huhu..tak baik-baik lagi walaupun aku minum air dah macam nak meletop perut. huhuhu..


Banyak tak ubat dan vitamin kena makan? lebih 6 biji kot tiap kali makan. Ada yang before meal dan ada yang after meal. Masa kat KK (klinik kesihatan) seri kembangan, ubat yang diberi hanya obimin saja. Tapi bila kat KK kangar, diberi iron tablets, vitamin B complex, asid folic dan disuruh makan vitamin c, plus ubat tuk keputihan dan kencing kotor.

Aku risau gak kalau makan banyak sangat ubat or vitamin ni boleh beri effect pada baby. But insyaallah ok.


Bila pergi kat KK tanjong karang, ubat yang sama diberi tuk vitamin suma. Takde beri obimin dah. Plus diberi lagi antibiotik sebab urine masih kotor lagi. Plus tambahan lagi ubat tuk keputihan. Tapi bila tak baik-baik gak, aku jadi cam malas nak makan ubat tu. Plus risau side effect pulak. Aku just minum air banyak-banyak je. Ubat yang diberi tu pulak aku memang was was nak pakai. huhu..


Bila pergi klinik swasta kat Taman Melati, doktor bagi probiotik kot ape tah yang dalam botol tu. She said ubat yang diberi KK tu tak elok. Bila makan probiotik ni memang nampak perubahan la banding sebelum ni. Lega sikit. Tak sia-sia husband bayar mahal tuk ubat tu. huuu..


enuf pasal ubat.


As usual, aku dah jadi kelawar yang memang tak boleh nak lelap langsung dimalam hari. Biasanya dapat tidur pun lepas solat maghrib. Then akan terjaga balik around 1030 pm or 11pm. Then terus la berjaga sehingga sahur. Malam memang agak menyeksakan. Macam-macam sakit. itu ini sakit..



Hari ni bangun dalam jam 2 pm lebih. Not really sleeping pun. Golek sana golek sini. Dapatla lelap kejap. Jaga kejap. Bila bangun dan solat zuhur, terus sambung mengaji. Masa ni rasa tak sedap hati sangat. Sebab baby tak bergerak. Biasanya dia akan bagi kick kat aku at least sekali dua dalam setengah jam.



Bila mengaji memang biasanya baby akan gerak. i mean gerak tu ada la movement dari kaki or tangan dia..or siku or lutut ke..entah. Tapi tadi memang takde langsung. Okay. sabar jap. Try pegang-pegang perut..usap-usap. Rasa something yang keras. Maybe lutut kot. or punggung. tak leh nak teka sangat. Try tekan cket nak suruh baby respon. still senyap.



haish...hati dah dup dap dup dap nih..




aku panggil baby berkali-kali sampai akhirnya air mata berjurai. huhuhuhuhu...nape baby ni?




seriously dah cuak habis. Tapi cuba bertenang. aku keluar bilik dan told my mom..sama ada nak terus pegi hospital or panggil nenek (mak bidan yang jaga aku dari kecik..). My mom cuba pegang perut dan picit-picit baby. still takde respon jugak.



masa ni memang risau yang teramat. Terus bbm husband while waiting nenek datang.



after 10minutes, nenek leha sampai dan aku disuruh baring tuk dicheck.



nek leha try urut lembut perut. bukan urut cam nak betulkan urat tu lah. Urut nak gerakkan baby. try few times, few minutes, still takde respond. ok. now nenek pun naik risau dah. Baca bismillah few times..then ada sedikit perbezaan. Tetiba perut menegang. Baby macam gerak sedikit dan perlahan. Urut lagi cket..baru dikicknya perut aku sekali. Alhamdulillah. Maybe baby tengah letih puasa kot. huhuhu...



nenek kata perut aku dah turun banyak. baby dah memang kat laluan dia. Rasanya before raya dah keluar agaknya ni. Kata nenek lah..aku cuma diam je. huhu..



Tak kesah la kot. Dah bersiap sedia pun ni. part makan rendang ketupat kuih raya aku dah balun awal-awal dah. hehee..so dah raya dulu la. part ni penting ye! hehe



rite now, perut masih keras dan tegang. tak tahulah nak beranak ke ape..tapi tanda-tanda besar belum lagi. Sakit pinggang dah terasa gak. huhu..Nervous la pulak kan..baby still not active. Tak banyak bergerak banding semalam dan sebelum ni. Hanya slow je dia tendang...



huhu..apa pun harap-harap semuanya dipermudahkan.






4 comments:

::~aFiFaHaNi~:: said...

akak, kalu xsilp kite,time dh hjung2 ni biasenye baby mmg kurg gerak sbb d dah slow2 turun..ce akak bace blog ni.. kite thu pn sbb dlu rajen jaln2 kat blog ni.. http://aniemz.blogspot.com/search/label/Cite%20Baby

~sheschocoholic~ said...

yup i know baby kurang gerak but at least from 9am to 9pm mesti cukup 10gerakan.kalau x there's something wrong.

pagi akak tdo.perasan baby gerak tp xbyk. bila bangun ptg tu..baby tak gerak langsung dalam 2-3jam. tu yg jadi risau.

Dalila.Khalid said...

beb gudlak !! aku lak yang excited :) heheheh..

semoga mudah semua nya =)

~ez~ said...

ameen..insyaallah..


aku pon xsabar sgt da nih..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails