Thursday, August 18, 2011

Tak tahu memilih ke sengaja tanak memilih nih??


Kahwin Kembar Kerana “Tidak Tahu Nak Pilih Siapa”


Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.

Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.

Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.

Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.

Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.

Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Baca Di Sumber di sini

http://singaporeseen.stomp.com.sg/stomp/sgseen/this_urban_jungle/724092/man_legally_marries_twin_sisters_because_he_could_not_decide.html


ambil di sini


......................................................................



berkali-kali aku baca news nih. biar betik???



tak tahu memilih ke memang sengaja tanak memilih?



or



tamak?



hehehe..



entahlah. tapi dalam Islam perkara ni haram. Mana buleh kawen adek beradik serentak cenggini.



Tapi paling tak bleh blah dengan statement.....



"manakala pada setiap hari sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.."



whattttheeee????!!!!



haih, hilang pahala posa aku ni kang.



aku rasa orang lelaki sure jeles la dengan mamat nih kan kannnn..???!!!


huh!!


................................................


takde kaitan dengan aku pon nak emo emo gak. hahaha..


2 comments:

Mom called me Sarah said...

Mmg wth laa!!! esp part yg saturday nite tu! Twin tu pn saikoo!! Hahaha..Dunia oh duniaaaa

~ez~ said...

memanggggg!!!!! saiko dorang ni..tah hape hape..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails