sesiapa yang ada blog, apa tujuan anda berblog?
aku kenal pada blog ni dalam tahun 2004 kalau tak silap. tapi kejap on kejap off. lepas tu. blog dedulu aku delete. aku memang tanak ingat atau ada apa-apa yang boleh membuatkan aku ingat beberapa perkara yang dah lepas dalam hidup.
btw, aku berblog ni sekadar untuk bercerita tentang hidup aku. kalau kalian rasa ada manfaat baca blog aku, sila teruskan. kalau takde manfaat, silakan pergi ke blog orang lain yang lebih bermanfaat. aku sekadar nak berkongsi kisah hidup.
tapi entahlah..banyak negative yg aku dapat sebelum ni dgn berblog buatkan macam malas je dah nak berblog. plus, aku rasa macam nak privatekan jek. stalker yang menyibuk buatkan aku semak kepala. so untuk beberapa ketika, aku pernah privatekan blog ni. lepas tu, entah bagaimana aku rasa nak public kan balik blog ni. tapi dengan beberapa syarat yang aku tetapkan..tak boleh cerita 'berlebih-lebihan'..just cerita benda yang biasa-biasa jek. tak leh nak share sangat feeling. bahaya. sebabkan blog ni sekadar penulisan, pembacaan mungkin berbeza dengan cerita sebenar yang cuba disampaikan..plus, satu dunia boleh jumpa blog ni. so lebih baik berhati-hati semasa menulis. tak nak la nanti ada yang sakit hati sampai nak putuskan silaturrahim..
sekarang ni terlalu banyak dah blog yang ada. mungkin puratanya dari 10 orang, 7 orang ada blog. mungkin. ini statistik aku. aku dah lama tak menjelajah mencari blog baru atau mencari kenalan baru. sebab tu bila tengok follower blog aku dah 30 tu macam terkuzut jugakla..eh, siapa mereka ni?minat pulak ikut blog macam hape je ni..biasanya blog list yang ada kat aku ni dah lama aku ikuti mereka ataupun kawan-kawan dan juga ada yang rajin menjengah kesini. kebanyakan dalam bloglist tu aku kenal la orangnya dan personaliti mereka.
tapi tolong ya, aku tak suka orang paksa-paksa suh jadi follower. sebab aku pun takde nak paksa orang follow blog aku. oh ya, sekarang ramai nak ada blog sebab nak duit. semua nak jadi kaya/jutawan cam blogger yang terkenal. jadi masing-masing desperate nak ada ramai follower dan naikkan rate pengunjung.
tentang nama pada blog pulak. im so sory la.. LEEYA tu obviously bukan nama aku. pada yang mengikuti blog aku dari awal tahu dari mana datangnya nama tu. hehe..lagi pun aku rasa sebab pengalaman lepas buat aku mcm tak yakin nak letak nama sendiri. haih. malas nak cerita sebabnya. tapi kebanyakan pembaca blog aku ni kawan-kawan aku, ataupun kenalan yang memang tahu nama aku. so musuh-musuh memang tak dialu-alukan disini ye. hehehe...so xpelah kalau nak panggil leeya pun buleh, real name pun buleh. no hal.
apa pun niat anda berblog, pastikan ianya tak membawa mudarat untuk diri sendiri dan juga orang lain. :)
..................................................................................................
p/s: so my dear hajar, i tak leh nak cerita lelebih dalam blog ni ye. hehe.. kalau ada maybe i just tulis email je kat u okay? ;)
0 comments:
Post a Comment