Wednesday, May 11, 2011

placenta previa vs low lying placenta


okay. lets talk about baby and me.


so far kandungan dah masuk 21 minggu. ini ikut kiraan asal dan kalau ikut ukuran size baby melalui scan, dr kat klinik kerajaan yang aku pegi last routine check up aritu kata masih 17.5weeks. aih, aku pun tak faham. dia siap tuduh aku salah bagi tarikh last period. memang aku nak lempang je dr tu. confirm xkan salah sbb since kahwin aku memang catat period time aku kat bb notes. so every month aku leh check delay ke
ape ke.


tgk la nanti aku buat check up kat sini pulak. sebab before pegi kat klinik kerajaan tu, few weeks back aku ada buat 4D scan kat klinik swasta di Taman Melati, Gombak (sangat murah! dan service dr nya bagus..) dan dr tu kata baby aku memang ok dan size 17weeks (at that time) dan cakap memang delivery date aku around 20-21 september. aih, tetiba dr kat klinik kerajaan kata 5 oktober pulak. tapi like my mom cakap, edd ni memang tak tepat sebab dia lahirkan kami semua adik beradik delay 2weeks. so no worries la. as long as baby sihat..


ok. lagi satu. masa aku buat check up kat dr pakar after 2weeks keluar hospital few months back. dr tu ada cakap yang aku ada masalah low lying placenta. but no need to worries sebab masa tu masih terlalu awal. 13 weeks kalau tak silap. so dia kata ada possibility baby akan naik dan placenta jadi normal.



so aku pun takde la nak kecoh or menggelabah sangat.



but then, last check up dr cakap benda yang sama. bila scan mmg dia kata uri kat bawah. but dr tak explain byk. dia cuma kata jangan angkat benda berat. if sakit or bleeding kena pegi hospital. and if continuously bleeding kena admit to hospital sampai kena bedah bila cukup bulan. aih. horror aku dgr. enuf la duk 10 hari kat spital aritu. Allah je tahu seksa nya macamana. oh ya, i still tak cite pasal tu kan. later kay! ;)


aku pun google dan asking friend pasal low lying placenta. sekali tu jumpa plak pasal placenta previa/uri bawah. placenta previa dimana uri memang menutup laluan baby tu. so kena operate sebab xboleh beranak normal. plus placenta previa memang akan menyebabkan si ibu bleeding. so far aku xde pulak bleeding. huhu..but still risau.

ni contoh gambar placenta previa. thanks to wikipedia.




ini sedikit info tentang placenta previa ye. took it here


plasenta previa adalah merujuk kepada tempat perlekatan uri pada dinding rahim. Uri berbentuk seperti piring berurat setebal kira-kira tiga hingga lima sentimeter dan selebar kira-kira 20 sentimeter diameternya.

Ia melekap kuat pada dinding rahim untuk menjadi perantara pembekalan nutrisi daripada ibu kepada janin dan pembuangan bahan kumuhan kembali kepada ibu melalui tali pusat. Tempat perlekatan ini bergantung kepada kedudukan embrio kecil pada awal kehamilan melekat pada bahagian rahim yang lebih besar.

Memandangkan dinding rahim akan terus mengembang terutama bahagian segmen atas, uri yang melekat padanya juga akan turut mengikut dan kelihatan seolah-olah menaik ke atas.

Tidak ada sebab khusus untuk plasenta previa berlaku namun ia sering dikaitkan dengan keadaan berikut: l Usia ibu (tiga kali ganda lebih kerap bagi ibu berusia 30 tahun ke atas berbanding usia 20 tahun ke bawah).

l Bilangan anak (lima peratus risiko bagi ibu yang sudah mempunyai lima anak berbanding hanya 0.5 peratus secara amnya).

l Pernah mengalami plasenta previa sewaktu kehamilan terdahulu.

l Pernah menjalani pembedahan Caesarean.

l Kehamilan kembar (memandangkan saiz uri lebih lebar).

l Pernah menjalani prosedur ‘cuci’ dilation & curettage (D&C).

l Merokok.

l Kehamilan dengan kedudukan janin tidak normal.

Belum ada kaitan dibuat antara plasenta previa dengan pengambilan pil perancang.

Berkemungkinan ia ada kaitan dengan trauma yang dialami sewaktu kelahiran dahulu (anda cuma menyatakan pengalaman pahit tetapi tidak menjelaskannya).

Anda perlu meneruskan rawatan antenatal dengan doktor serta memilih untuk bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan pembedahan, bekalan darah dan unit rawatan intensif.

Jika uri berada pada bahagian dinding hadapan rahim, kemungkinan untuk ia 'menaik' ke atas adalah lebih tinggi berbanding jika uri terbabit berada pada bahagian dinding belakang.

Selain itu, ultrabunyi dop pler boleh dilakukan untuk mengesan kemungkinan uri ini turut melekat ke dalam otot rahim, ini dinamakan plasenta previa accreta.

Dengan placenta previa, risiko placenta accreta meningkat sehingga 10 peratus (satu dalam 10) berbanding risiko amnya hanyalah 0.04 peratus saja (satu dalam 2500).


.............




so sekarang ni aku pun tak tahu level mana masalah low lying placenta aku ni. dr suruh scan lagi dalam 30weeks nnt. tapi rasanya lama sangat nak tunggu.maybe aku nak buat check up dalam masa terdekat. kena cari dr or klinik yg betul betul reliable.


hopefully baby boleh dilahirkan secara normal tanpa perlu operate. huhuhu..scary scary.


oh, i have my baby's pic. hehe..will update later k! :)






0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails